Salam Khamis. Saya masih lagi berada di daerah aman di pantai timur. Blog saya update bersama hembusan bayu laut yang begitu nyaman menepis lembut di pipi. Sangat damai. (Macam intro novel cinta pulak kan..). Ye ke? Saya tak suka layan novel-novel cinta ni.
Nota : Entry telah saya siapkan menggunakan windows phone saya. Saya cuma uploadkan pada hari ni memandangkan pengetahuan saya dengan windows phone ni baru. Shhh!! saya tak tau nak upload gambar)... Sebab itu entry hanya dipublish hari ini.
Lepas subuh, saya susur pantai yang lurus dan panjang. (Konon exercise...). Perjalanan menyusur pantai sejauh lebih kurang 2 batu berbaloi. Nak tau apa yang saya jumpa? Teruskan membaca.
Semalam saya terbaca pamplet di kaunter resepsi hotel.. aktiviti melihat penyu bertelur. Nak tengok kena bayar RM53.00 satu kepala. (Kesian penyu... Nak telor pun tak aman). Hati saya tolak aktiviti ni, kasi privasi sket kat binatang pemalu ni. Tak pelah nanti fikir aktiviti lain.
Rupanya kat daerah ni banyak tempat makan sedap. Memang niat awal nak belanja mak dan along makan seafood. Hari ibu saya belum belanja apa-apa. Tapi masih tak tercapai niat sebab mak dan along tak jadi ikut trip ni. Kami makan di sini dan saya kira murah dengan macam-macam benda yang dioder. Tengok bil di bawah.
Mana totalnya?
Makan sedap, harga murah, tapi menunggunya... MAK DATOK! Lambat sesangat. Tak percaya sedap? Tengok...
Pinggan semua licin... SEDAP lauk pauknya... Dah kenyang pun muka LAYU ye kakak, adik, cucu
Kami juga mencari makanan setempat yang disukai ramai orang termasuk saya dan ahli keluarga Hajah Cik Wok. Satar dan otak-otak. Tempat kami makan ni pun ramai orang. Kata abang yang dok bakar makanan ni jumlah satar yang dibakar mencecah ribuan biji dan jumlahnya meningkat pada hari minggu.
Encik Aziz Awang tukang bakar merangkap tokey kedai Aziz Satar yang ramai customernye..(tak de kena mengena dengan Dato' Aziz Satar ye..)
Untuk pengetahuan, (rasanya semua orang pun tahu makanan ni..) satar ialah sejenis makanan tradisi di sini. Dibuat dari ikan yang direbus, dihancur dan digaul bersama kelapa, cili api, gula dan bawang. Kemudian dibalut dengan daun pisang hutan. (fakta diperolehi dari abang yang bakar satar).
RM0.50 se satar
Ok berbalik kepada janji saya nak bagitau apa yang saya jumpa di penghujung penyusuran saya di pantai yang panjang dan lurus itu. Pengalaman yang sangat-sangat berharga dan saya tidak perlu bayar RM53.00 untuk itu. Malangnya anak saya Muaz tidak berpeluang menyaksikan "secara langsung" bagaimana ianya berlaku.
(Nota : untung bangun pagi-pagi, lihat kebesaran Allah swt.. Subhanallah).
Semasa saya dan kakak saya berjalan (brisk walk), kami ternampak sesuatu di hujung pantai. Seperti orang mengorek tanah. Alamak ada yang nak bunuh diri ke ni?
Kami pun menghampiri tempat tersebut.
Rupa-rupanya...................!!
Penyu Belimbing yang besar saiznya
"Si Ibu Penyu" yang dah mengembara ke seluruh dunia ini, singgah sekejap di pantai ini untuk bertelur. Ya Allah, payahnya dia hendak bertelur. Setiap kali dia mengibas tangan dan kakinya menguak tanah untuk membuat lubang yang cukup dalam untuk telur-telurnya, dia kelihatan amat letih. Besarnya keagunganMu ya Allah.
Pasir pantai dikuis sehingga dalam
Saya rasa sangat bertuah pagi itu diberi peluang Allah swt melihat dengan mata sendiri bagaimana susah payahnya si ibu penyu ini untuk bertelur. Pada kebiasaanya sang penyu akan naik ke darat untuk bertelur pada waktu malam. Tetapi dia ni kami jumpa pada jam 7:30 am. Saya terpanggil untuk menyatakan di sini, janganlah di usik atau diambil telurnya. Biarlah telur-telur ini diberi peluang menetas dan meneruskan kehidupannya.
Semoga telur-telur penyu ini dilindungi dari mata dan tangan-tangan manusia jahat. Amin...
Begitulah Allah menunjukkan kekuasaanNya kepada kita.
ReplyDeleteKakcik suka makan sata yang panas2 tu. :)
Assalamualaikum Kakcik.
DeleteYe Subhannallah. Tengahari saya makan satar je Kakcik.. Sedap..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete