Tuesday, February 21, 2012

DONUT LAGI...


Assalamualaikum.  Minggu yang sangat sibuk dan meletihkan.  Ideapun tak timbul untuk update blog.  Walau begitu, untuk stok frozen makanan si bujang tetap saya buat.  Seperti biasa karipap pusing dan donut frozen sentiasa ada dalam petiais.  Kali ini saya mencuba donut resepi Chef Noraini.  Lama dah tidak menimba ilmu dari Chef yang bagi saya resepinya semua sedap, dari biskut raya, kuih talam sampailah ke kek.  Semua sedap pada tekak saya.  Minggu pertama cuti sekolah mungkin saya akan ke Kelang, menimba ilmu makanan sejuk beku dengan Chef Noraini, insyaAllah.

Resepi donut Chef Noraini saya post di bawah :-

Gebu dan sedap...

Bahan-bahan

500g tepung roti (saya campurkan dengan tepung gandum)
70g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
11g yis segera
3g serbuk penaik
5g pemantap roti
1 biji telur
50g marjering
250 ml air
2 cawan minyak masak


Cara Mengadun

1.  Campurkan semua bahan kecuali air dan gaul rata. 
2.  Buatkan lubang di tengah dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan hujung jari sebingga menjadi seketul doh yang kasar.
3.  Uli doh sehingga kental (saya ambil masa hampir 30 minit.  Tumbuh muscle..hehe). 
4.  Perapkan doh sehingga naik dua kali ganda (lebih kurang 15 minit).
5.  Selepas itu, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
6.  Gelek doh setebal 0.5 hingga 1 cm dan terap guna acuan donut
7.  Rehatkan sekali lagi (lebih kurang 10 minit)
8.  Goreng dalam minyak yang banyak dengan kepanasan sederhana
9.  Sejukkan dan gaul dengan gula kastor atau celupkan dalam coklat dan hias dengan coklat urai
10.  Sedia dihidangkan.



Untuk disejukbekukan, goreng sedikit, sejukkan dan masukkan dalam plastik bersih.  Tutup dan bekukan.


Sudah disejukbekukan.


No comments:

Post a Comment