Saya masih ingat, Tigger saya jumpa bersama saudaranya yang kami namakan Akun di beranda rumah. Tigger sangat lemah manakala Akun sukar didekati. Tigger berbelang tiga (sebab tu saya namakan Tigger), manakala Akun bertompok putih dan hitam. Kedua adik beradik ini dari baka tempatan bertubuh besar Tigger kemudiannya diambil oleh Cikgu Azura yang sememangnya sayangkan kucing. Akun pula terlalu liar, dia membesar di jalanan.
Tigger sememangnya kucing yang lain dari yang lain. Lelangitnya hitam, tapak tangannya berselang warna merah jambu dan hitam, kencingnya tidak berbau dan jarang mengiau tika meminta kita menyediakan makanan, tidak seperti kucing lain yang rimas kita dengan ngiauan.
Tigger setiap hari menghantar tuannya ke pintu setiap kali Cikgu Azura melangkah keluar untuk ke sekolah dan berlari menunggu di pintu sebaik mendengar kereta tuannya masuk ke laman rumah. Kalau tuannya keluar daerah, dia tidak mahu makan dan sentiasa menunggu di luar bilik tuannya. Tidak pernah membuang air merata-rata, malah kalau pintu bilik air ditutup, dia sanggup menunggu kami bangun dari tidur jam 5:00 pagi baru dia berlari ke bilik air. Kalau malam masih siang, dia akan mengiau perlahan minta dibuka pintu untuk dia keluar membuang hajat.
Umur Tigger 9 tahun bersamaan 63 tahun manusia, kata doktor veterina. Semasa saya, Cikgu Azura dan Muaz melawatnya di klinik, dia mengiau seolah merayu kami membawanya pulang dengan genangan air mata memenuhi bahagian bawah matanya. Doktor kata dia menangis. Sedih sungguh. Semalam Tigger pergi selamanya di bilik tuannya.
Nama 3 (Tigger), Lahir 2003, Mati pada jam 3 pagi, 13hb, bulu berbelang 3. Tigger memang kucing yang istimewa. Rest In Peace Tigger....
Gambar terbaru, temankan tuannya breakfast sambil baca surat khabar
Tempat favorite.... untuk lelap..
No comments:
Post a Comment