Thursday, February 2, 2012

ROTI TELUR BERINTI TUNA PEDAS - BENTO

Catatan : Khamis, 2 Februari 2012

Berat sungguh mata nak buka pagi ni.  Dah berkali-kali jam berbunyi asyik saya snoozekan.  Akhirnya pukul 6:00 pagi baru terbangun.  Apa lagi melompatlah.  Aduh! Lambat sungguh lah hari ni.  Semalam waktu balik dari office jem ya amat teruknya.  Bayangkan di basement parking area office dah mula stuck sebab jalan di Persiaran Bandar Utama sudah tidak bergerak.  Sesak berlarutan hingga ke Sg. Buluh.  Mungkin sebab tu saya penat tahap maksima. 

Nak tak nak, dengan kelambatan maksima saya, snack yang paling senang nak dibuat untuk anak saya petang nanti ialah ROTI TELUR berintikan TUNA.  Nasib baik ada tuna tin, dan syukur anak sukakan Tuna.  Kalau tak mahu je saya intikan dengan coco crunch atau cendawan butang yang ditumis sedikit dan ditabur gula halus selepas digoreng.  Jadilah Roti Telur Peranchis.  Walau resepinya ringkas, saya tetap nak syer makanan Bento yang boleh dibawa anak ke sekolah.



ROTI TELUR BERINTI TUNA

Bahan-bahan

6 keping roti putih
2 biji telur
Secubit garam, lada putih
Tuna dalam Tin

Cara-Cara

1.  Campurkan telur, garam dan lada putih, pukul sedikit
2.  Buangkan bahagian keras roti, letakkan inti tuna dan lipat dua menjadikannya bentuk segitiga
3.  Celupkan ke dalam telur, biarkan seketika
4.  Dan goreng diatas non-stick pan sehingga masa.  Pastikan bahagian tepinya juga masak.
5.  Pack cantik-cantik dalam bekas bento dan sedia untuk dibawa anak ke sekolah




No comments:

Post a Comment