Wednesday, February 1, 2012

MENU BENTO KE SEKOLAH

Antara bento yang sempat saya buat di pagi hari yang dingin.. dan sempat disnap gambarnya.  Kebanyakkannya tak sempat disnap... masa amat SUNTUK.. (agaknya saya ni tak cekap kot..)



Menu : Hotdog dengan roti gardenia (yg ni tak buat sendiri ye), bersama bebola ayam dicampur jagung dan daun sup (dipotong dua dan diletakkan cheese ditengah) dan serangkai buah anggur.

Nota :  Cheese tidak sesuai diletakkan di dalam bento kerana baunya bercampur dengan hotdog dan mencair.  Sesuai kalau dimakan sebaik dihidangkan.  Oleh kerana anak saya bersekolah petang, memang tak sesuai sangat-sangat.



Menu :  Nugget ayam (yang ini saya beli, untuk resepi nugget tofu (oleh jintamanis) di bawah, sosej dibentuk menjadi sotong dan sayur baby karet.  Juga diletakkan biskut jejari dan biskut gula.

Cara membuat sosej sotong - sosej dipotong dua dan dikerat 6 bahagian bawahnya. Tugas ni kena hati-hati sebab sosej senang putus.  Rebus sosej didalam periuk dan tangan-tangan sotong itu akan naik ke atas bila masak.  Coretkan mata dan mulut sotong guna edible marker pen.  Saya guna jenama Wilton. Senangkan. 

RESEPI NUGGET AYAM TOFU
Resepi asal : Ros @ jintanmanis.com (Terimakasih Ros)
Diubahsuai oleh saya

BAHAN-BAHAN

400g ayam cincang (Resepi asal menggunakan 4 keping daging ayam tanpa tulang)
2 cawan serbuk roti (Saya guna lebihkurang 1 cawan lebih sikit)
1/2 biji telur
150g taufu
Sedikit garam dan lada sulah
2 sudu kecil baking powder (saya tak guna)

UNTUK COATING

2 biji telur ayam dipukul sedikit
3 cawan serbuk roti

CARA-CARA

1.  Gaulkan ayam cincang, taufu, lada sulah dan garam sehingga taufu hancur
2.  Campurkan serbuk roti dan telur, gaul hingga sebati
3.  Bentukkan nugget mengikut citarasa masing-masing
4.  Leperkan sedikit dan dicelup dalam telur dan salut dengan serbuk roti.  (Kalau nak salutan yang tebal, ulang langkah ini beberapa kali)
5.  Boleh terus goreng atau disejukbekukan.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment