Thursday, February 9, 2012

HAPPY BIRTHDAY MAK YONG / CIKGU AZURA

Catatan Isnin, 6hb Februari 2012

Selamat Hari Jadi Mak Yong!  Semoga Allah memberkati kehidupan dan dikurniakan segala yang terbaik di dunia dan akhirat. 

Awal-awal lagi saya sms anak buah dan kak untuk buat Pot Luck Party untuk Makyong.  Mak Yong atau Cikgu Azura sememangnya peramah, happy go lucky, kalau dapat ketawa tak habis ketawanya, paling penting suka menolong orang. 

Majlis hari jadi MakYong walau kecil, tapi tetap meriah.  Saya menyumbang kuih karipap pusing. Karipap pusing saya yang pertama!.  Resepinya saya akan post di entry akan datang.  Birthday party tak lengkap tanpa kek kan.  Untuk Mak Yong... saya persembahkan Fair Lady Chocolate Cake (resepi akan saya upload).  Fair Lady ni sememangnya lembab dan sedap, hasil dari kelas Chef Fauziah.  Tak tahu kenapa, kek ini selalu tak menjadi dari menjadi kalau saya yang buat.  Tak serasi air tangan agaknya. 

Mak Yong yang periang...
Gambar gelap laa..

Birthday Afiq juga rupanya... Happy Birthday Afiq
Oloi juga... Selamat Hari Lahir Oloi...
Fair Lady...... simple tapi sedap....
Lembab...

Kepada yang menyambut hari lahir... Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran.  Semoga diberkati Allah.  Amin..

No comments:

Post a Comment