Alhamdulillah. Pagi Sabtu cuaca panas. Boleh jemur kain basuh semalam. Bilas semula dan jemur dan senang sikit kerja-kerja kawin jiran sebelah
Selain basuh kain, saya upah orang basuh kusyen kereta. 10 tahun tak bercuci. Banyak sungguh peta.
Macam-macam rupa peta ada. Bekas susu tumpah masa boy baby ada, peta kfc budak-budak makan pergi Melaka minggu lepas pun ada.
Pukul 9.30am adik ni datang rumah nak buat kerja-kerja cuci. Laman depan penuh dengan orang parking kereta, kita buat dekat belakang rumah. Selesa dan redup. 11.30am selesai tugas dia. Kita jamu dengan ubi rebus cicah sambal tumis dan air oren.
Bersih dah. Alhamdulillah. Selesa memandu lepas ni. Kalau kat kedai mahu rm300 - rm350 melayang. Kat Shahir harga sangat berbaloi-baloi. Pada yang mahukan perkhidmatan murah dan terbaik adik ni bolehlah hubungi nombor di bawah:
013 6292954 Shahir
Sementara tunggu Shahir kerjakan kusyen lari kejap rumah kenduri. Atol nikah jam 10 pagi.
Sah dah Atol jadi isteri orang, alhamdulillah. Semoga kekal ke anak cucu. Aamin.
Snap dari anjung rumah. Cakpung! Cakpung!
Kalau kenduri kahwin dulu-dulu, lepas majlis jangan haraplah pengantin dapat duduk rileks. Mesti kena kerah cuci periuk belanga besar-besar. Siap lap kering baru boleh duduk.
Esok giliran teman sekerja pulak.
Semoga bahagia selamanya Hazlin Husin dan Malek.
Petang sebaik selesai majlis kenduri, hujan mencucur turun mencuci segala kotoran di bumi ini.
Cukuplah sampai di sini dulu. Cuci hati bersihkannya dari hasad dengki riak tamak haloba. Semoga dengan hati dsn jiwa yang bersih bertambahlah rapat kita dengan sang pencipta. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment