Monday, December 14, 2015

HABIS DAH CUTI PANJANG

Assalamualaikum wbt

Selamat bercuti warga Selangor. Cuti panjang dari hari Jumaat hingga ke Isnin. Senyum lebar orang Selangor. 

Dan

Tahniah Siti Nurdiana juara GV musim 2. Sikit terkilan Ezad Lazim tak menang.  Apapun semua peserta terbaik.


Cuaca mendung, basuh kain dan selesai tugas mengering di sini, lipat pastu terus ke kedai untuk breakfast. Matahari takde. Dah banyak entry asik cerita pasal cuci kain.

Oh ye, hari ni keputusan PT3 keluar. Bahagianya ibu-bapa anak-anak dengan keputusan cemerlang. Tambah lagi anak-anak itu sendiri yang sudah berhempas pulas betusaha untuk dapatkan grade terbaik.

Apapun kejayaan hidup bukanlah tertakluk pada cemerlang tidaknya keputusan periksa. Ramai yang berjaya dalam hidup tetapi mereka tidak cemerlang malah ada yang gagal dalam peperiksaan. 

Cari ilmu kehidupan, in sha Allah berjaya.


Balik dari "kedai dobi sendiri" dah jam 12 tengahari. Terus keluarkan meatball dari petiais. Rebus meatball pastu goreng, basuh segala daun salad dan siapkan sos lada hitam.  Siap lunch boy. Senang.



Sos black pepper sedap tu sahabat chef yang ajar, mudah dan enak.


Untuk yang senior budu dengan tempoyak cicah dengan ikan goreng tambah sayur campur dan goreng cili ayam.


Lepas siap semuanya kami ke TGV Rawang, The Good Dinasaur.


"Sometimes you gotta get through your fear to see the beauty of the other side" says poppa to Arlo. Anak dinasor yang kurang keyakinan diri selalu gagal dalam tugasan. Banyak side positive dalam cerita Good Dinasaur ni. Bagus ditonton kanak-kanak.


Hidup mesti berani untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran.  Hadapi dan selesaikan. Harap boy dapat absorb pengajaran dalam cerita ini.

Perjalanan balik sangat mencabar. Hujan lebat, keadaan sangat gelap dengan jalan yang berliku.  Alhamdulillah dapat diatasi dengan penuh kekuatan hati ditambah zikrullah dan mohon perlindungan Allah swt sepanjang jalan.

Habis dah cuti panjang warga Selangor. Esok semuanya kembali seperti sediakala. Semoga kita dapat berjumpa lagi, in sha Allah.


Wassalam.

6 comments:

  1. Hectic schedule nampaknya.Now back to work.Esok aku plak cuti.Nak service kamera sebab mcm dah spot kat sensor.Tasik Banding pun mcm dah panggil2 je tu....happy working

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehulu kehilir je kejenye Lok. Terimakasih singgah.

      Delete
  2. As Salam,
    Wah nanti boleh lah share resepi black pepper sauce tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazila. Terimakasih singgah. In sha Allah nanti akan disyer.

      Delete