Assalamualaikum w.b.t
Disember memang bulan sejuk. Pejur kata orang Selangor. Basuh baju tapi tak jemur. Syer sikitlah cerita hari ni.
Minggu ni cuti panjang. Jumaat public holiday di Selangor. Rasa syukur sangat. Dapatlah recharge energy.
Tengok pokok mahkota dewa pun dah berbuah. Pokok ni daun dan buahnya sangat berguna. Boleh merawat kanser, kencing manis, darah tinggi dan mungkin banyak lagi penyakit.
Kali ni mood tanam pokok herba, minggu lepas pokok stevia. Kalau menjadi nak keringkan daunnya, campur dalam teh panas. Kalau ada masa nak beli pokok daun rama-rama pulak nanti.
Pokok misai kucingpun nampaknya merimbun. Alhamdulillah.
Dulu-dulu arwah uwan suka basuh mukanya dengan daun sirih. Kadang diambilnya daun sirih digosok kat tapak tangan, getahnya sapu pada mata. Boleh hilangkan gatal dan cerahkan mata katanya. Pernah nampak dia merebus daun misai kucing. Kalau demam dipupuknya kepala kita dengan lendir daun bungaraya putih supaya cepat turun panas demam
Ada mass nanti nak ajak along potong pokok orkid mak dan suburkan semula garden emak. Dah tak berbela semenjak emak tak sihat.
Hari ni, kawan-kawan boy meneruskan cabaran menguji semangat kental dan skill mereka dalam tournament tae-kwon-do. Boy dah lama tak pergi training sebab ekzema dijari kaki bertambah teruk. Kalau ada sesiapa tahu ubat atau tips untuk sembuhkan ekzema bolehlah syer ya. Kesian boy kakinya luka sentiasa.
Kepada Pro Sports fighters, selamat berjaya.
Kat luar hujan tak berhenti, renyai dari pagi. Dari duduk tak buat apa, jom beli baju sekolahlah. Naik komuter sampai Bank Negara dan terus ke Kamdar. Saya suka baju sekolah di Kamdar, kain cottonnya sedap dipakai dan yang penting murah dari jenama popular yang lain.
Sambil tu capai dua tiga helai shawl rm10 dan tudung syria. Boy macam biasa kalau pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman tak mau ikut. So kembara keseoranganlah ibu.
Make sure balik tak bertembung dengan pekerja-pekerja di Kuala Lumpur. Kalau tidak, tau-tau sendirilah macamana punya sesak dalam komuter nanti.
Sampai rumah kepala memang tak boleh tahan, sakit berdenyut sebab kena hujan. Kalau masa budak-budak dulu siap main hujan takdenya demam atau sakit. Mungkin sekarang air hujan kotor ada asid atau bahan yang merbahaya pada badan.
Syukur malam ada kenduri doa selamat. Makan kenduri. Anak jiran menamatkan zaman bujangnya.
Jiran terdekat. Kakak-kakak ni dulu teman sepermainan, main kunda kundi, main high jump, main police entry, rounders, geng redah hutan, panjat pokok, main lopak air, syok giler zaman tu. Tapi saya selalunya tak boleh ikut sebab kecil lagi.
Gambar yang ni bersama Atol si pengantin.
Tahniah pada Atol. Semoga rumahtangga dibina kekal bahagia hingga ke akhirnya.. amin ya rabbal alamin.
Sampai sini dulu. Dah tengah malam. Boy masih segar bugar tapi ibu mata dah layu.
Jumpa lagi, in sha Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment