Assalamualaikum wbt
Hari ni Star Wars. Han Solo, Chewbacca, Princess Leia, Luke Skywalker, kapal dagang Millenium Falcon tampil semula. Semua pendokong karektor asal kembali dalam usia yang tua. Rasa sedih pulak Han Solo dibunuh anak sendiri.
Pertama kali saya menonton filem Star Wars seingat saya adalah pada tahun 1976 Star Wars IV- A New Hope. Masa tu saya baru berusia 8 tahun. Abang Lit yang bawa menonton di panggung wayang Rex di Jalan Petaling. Dari situ saya mengenali Luke, Ben Kenobi, Han, Yoda, Chewwy, C3PO, R2D2, perkataan Jedi dan kata-kata MAY THE FORCE BE WITH YOU.
Sekarang dah tua Star Wars masih bersambung dan tak tahu bila akhirnya.
Boypun dah mula suka filem berangkai Star Wars. Macam- macam ditanya. Nasib baik ingatan babah masih kuat, dapatlah explain watak-watak penting dalam cerita tu. Kalau ibu, banyak lupa dari ingat.
Next Ip Man. Favourite boy filem ini. Dengar khabarnya ticket sold out. Jadi jangan last minute kalau nak tonton cerita ni.
Minggu depan dah mula sessi persekolahan. Tuisyen pun mula jugak. Semua aktiviti Sabtu Ahad pun jalan. Tak tahulah ada masa atau tidak ke panggung.
Malam ini juga berlangsungnya perkahwinan pengacara Malaysia Hari ini, Za'im Helmi dan pasangan. Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru, dan semoga rumahtangga kalian berdua sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmah Allah swt.
Sayangnya atas sebab tertentu, tak dapat nak hadir majlis resepsi kedua mempelai.
Hari ini juga pulangnya kerahmatullah, sahabat penyiar, Allahyarham Aziz Desa dan takziah buat keluarga beliau. Saya mengenali figura ini pada tahun 1994 semasa mula-mula menyertai stesen tv swasta pertama negara.
Inilah orangnya yang cukup suka menyakat. Masa tu perantara ini sangat popular dengan rancangan Jejak Kasih kelolaan Aziz sendiri.
Al-fatihah semoga Allah swt meletakkan beliau bersama insan-insan soleh. Aamin.
Semalam lepas makan tengahari di gerai Teh 50 sen, Port Dickson, kami sebenarnya tak terus balik. Tapi terus memandu dari Batu 4 ke Teluk Kemang. Dah tak dapat makan tepi laut, jalan kat jalan besar pun jadilah. Dalam jalan-jalan tu ternampak sign board Galeri Rumah Terbalik.
Lokasinya di Teluk Kemang dalam deretan kedai. Tak susah mencarinya.
Antara replika terbalik yang dicuba boy
Cukuplah sampai di sini dulu. Jika ada umur kita berjumpa lagi.
Wassalam.
MAY ALLAH BE WITH YOU..
No comments:
Post a Comment