Saturday, December 19, 2015

SALAM JUMAAT SAYYIDUL AYYAM

Assalamualaikum wbt

Hati panas. Sudahlah terpaksa bergegas ke pejabat lepas selesai urusan di hospital, boy boleh tertinggal ubat di kedai serbaneka hospital.  Hari ini pula Jumaat dan jam sudah menunjukkan angka 1 petang. Risau kedai serbaneka tutup.


Ringan mulut nak marah boy tapi saya teringat kata-kata Ustazah Norhafizah dalam ceramah beliau, didiklah hati anak menjadi lembut. Tunjuklah teladan pada anak,  kita tidak mengikut amarah hati dan masih boleh berbahasa baik walau sedang marah. 

Hadiah paling indah bila boy minta maaf.

Saya start injin kereta terus memandu semula ke hospital yang jaraknya lebihkurang 16km dari rumah.

Alhamdulillah ubat boy masih terletak elok dan kedai tak tutup.

Sampai semula di rumah jam sudah pukul 2 pm. Saya call office untuk inform cuti hari ni.


Hubungan adik beradik, kalau boleh buarlah yang wangi-wangi, yang segar-segar, yang rangup-rangup je. Kalau ada yang busuk-busuk kita tolak tepi.

Hari ni gotong royong memasak lauk tengahari. Gulai ikan sardin dengan pucuk ubi, goreng cili ayam dan sambal ikan bilis cili api.

Memang berasap, pedas semuanya.


Spagetti carbonara untuk budak mat salleh celup sorang kat rumah ni. Lauk sedappun nak makan macam ni.

Malam selepas habis kelas mengaji boy, kami cari tempat baru untuk dicuba makanannya.


Lifetime Vapours. Foodnya kami sokong tapi vapornya minta maaflah. Kami tak suka asap.

Terletak di belakang Restoren Tempayan berhampiran Restoren Yusoff di Bandar Baru Sg. Buloh. Mudah saja cari kedai ini.


Di sini ada macam-macam jenis burger yang sedap-sedap dan harganya pun harga mampu.


Cheezy wedges dan cheezy sausage.


Chocolate icecream bun ditabur biji-biji coklat dan disiram coklat sauce. Sedap.

Boy macsm biasa akan bagi reviewnya ala-ala pro dalam bidang food dan interior design. Food boy rate 9/10 tapi interiornya banyak kena re-modelized katanya.

Apapun yang boy suka buat untuk masa depan boy ibu sokong sepenuhnya syaratnya biarlah yang dapat menyumbang pada bangsa dan agama.


Tak tau kenapa akhir-akhir ini saya suka edit gambar style macam ni. Ala-ala gambar komik. 

Apapun pelakon ini manis orangnya ya. Taklah handsome tapi manis tu ada.  Sape yang minat dia ni bolehlah saksikan drama terbarunya tak lama lagi diTV3.


Harap esok secerah dan seceria gambar ceri di atas. Rangup dan segar. Esok sesi menimba ilmu masak. Doakan saya istiqomah selepas ini menyediakan yang terbaik untuk keluarga dan insan tersayang. Mungkin juga boleh dipanjang-panjangkan pada orang lain juga.

Wassalam. Sampai ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment