Wednesday, December 9, 2015

WARNA 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah tunggu boy habis tuisyen nak syer sikit peristiwa dari awal tahun.  Mudah update guna handphone.

2015 dimulakan dengan menambah ilmu. Dapat pos laju dari MARDI untuk kursus pembuatan roti. Panggilan betul-betul last minute.  Masa tu bimbang tak dapat cuti.  Alhamdulillah kalau Allah kata itu rezeki kita, apapun akan jadi hak kita.

Alhamdulillah banyak ilmu dapat dikutip. Dari pembungkusan, melabel, pembuatan roti dan donut yang super sedap dan yang paling best dapat berkenalan dengan usahawan-usahawan muda yang sangat bersemangat.



Kejadian yang tak boleh dilupa (sebab memang dah jadi pelupa) ialah tertinggal beg baju di rumah sedangkan kita sudah sampai di UPM Serdang. Dah siap lapur diri.

Bayangkan dari pagi dengan segala aktiviti kelas dan dapur membawa ke malam dengan baju yang tidak berganti?

Syukur sepupu sanggup hantar. Kalau tak.. entahlah..  pengajarannya, cek semuanya sebelum pergi. Jangan aku harap engkau, engkau harap aku. Saya harap hubby, hubby ingat saya dah bawa masuk beg dalam kereta.


Dikalangan bakers mesti kenal 3 usahawanita dalam gambar ni.  Semua dah ada kedai sendiri.  Famous people. Ada yang pernah menghiasi halaman majalah. Tahniah girls. Muda-muda dah berjaya. Bangga!

Terimakasih pada Mardi sudi turunkan segala ilmu selama 3 hari 2 malam tanpa sebarang bayaran, dengan makan minum dan tempat tinggal selesa disediakan. Kepada yang masih muda dan berminat berniaga teruskan usaha kerana banyak insentif menunggu.


Cuti sekolah bulan Mac kami tak ke mana-mana. Kali terakhir boy ke Zoo Negara masa berumur 2 tahun. Now dah 10 tahun. Re-visit. Selain dari bayaran tiket yang naik, Zoo Negara memang banyak upgrade.  Syabas!


Keluarga Osman memang suka berkumpul makan-makan. Cuma tahun ini kami kurang buat get together.  Masing-masing sibuk. 

Birthday bash Januari ke Mac buat kat laman belakang.  Paling best anak buah dan anak-anaknya dapat join sekali. Bertambah ramai bertambah meriahlahkan.


Banyak makanan, angin yang kuat dan paling best meriah dengan gelak ketawa.  Bukan main besar ketawa Mak Yong.



Bila dah lama tak jumpa mulalah nak buat makan-makan.  Rasanya bbq ni atas permintaan emak. Buat malam tak dapatlah buat di laman belakang. Banyak nyamuk.

Nampak tak bbq pit instant yang kami buat tu? Bila lah agaknya dapat buat bbq pit permanent.  Belum ada yang rajin nak membinanya nampaknya.

Oh! Ok.. boy dah keluar dari tiusyen Cikgu Aisyah. To be continued di rumah.



Masa ni ada kambing bakar, ayam bakar, udang bakar, tauhu bakar, rojak buah, nasi lemak.. meriah cuma tak ramai Osmanian yang hadir.  Yang penting emak happy.


Saya tak ingat bulan berapa event ni, yang pasti selepas Aidilfitri.  Berkumpulnya kami atas jemputan Alumni bekas pelajar sekolah. Ada tema sebenarnya, retro. Riuh rendah.  Apapun tanpa re-union inipun kami selalu berkumpul mengeratkan ukhuwah.  Persahabatan dari kecil sampai ke nafas terakhir, in sha Allah.


Yang dah bermenantu dan bercucu pun ada. Alhamdulillah, syukur nikmat.


Cuti pertengahan semester dua kami ke Kelantan dan Terengganu. Kali ini ikut rombongan cikgu sekolah Mak Yong dan naik bas.  Boy memang excited sebab tak pernah naik bas dan berjalan jauh pulak tu. Atleast bolehlah dia menceritakan pengalamannya dalam esei di sekolah nanti.

Tempat pertama kami singgah ialah Rantau Panjang, Kelantan. Seronok tengok cikgu-cikgu shopping.  Kami asyik makan.  Adapun kami cuma beli beras siam 10kg.  


Sana sini di Rantau Panjang ramai yang menjual aiskrim kelapa ni.  Nampak sedap tapi rasanya entahlah sebab tak rasa.


Lepas tu kami singgah di Pasar Besar Siti Khadijah dan terus ke homestay di Pantai Cahaya Bulan.  Di sini popular dengan Maggie sup ketam atau maggie sup belut.


Inilah maggie sup ketam (gambar ihsan Google).  Tak sangka boy suka dan yang paling surprise dia suka maggie sup belut.  


Pagi esoknya kami berangkat ke Kuala Terengganu. Cikgu-cikgu shopping di Pasar Payang. Kami beli keropok je.


Masjid Kristal tempat kami solat jamak Asar. Cantik masjid ni.

Seronok tengok boy merasa ada abang, abang Bb anak bongsu Cikgu Siti Aminah. 

Lepas ni ke Losong. Cikgu-cikgu nak borong keropok lekor dan selepas itu bas kami terus meluncur laju hingga selamat sampai ke Selangor jam 3 pagi.  Alhamdulillah. Betul-betul fun walaupun jadualnya padat dan penat. 

Akhir sekali, November lepas merapatkan ukhuwah. Bff dari usia seawal 7 tahun sehingga sekarang masih kekal bersama. Alhamdulillah. 

Cukuplah sampai di sini dulu.


Hidup ini memang penuh ranjau dan duri. Sebagai hamba kita memang patut diuji. Redhalah.

"Allah tidak akan berhenti menguji kerana Allah tidak pernah berhenti menyayangi kerana setiap ujian tanda Allah sayang. Dengan ujian itu kita menjadi akrab dengan pemberi ujian" Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Islam Itu Indah, Radio IKIM

Peringatan untuk diri saya juga yang selalu alpa ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment