Thursday, May 9, 2013

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Salam

Saya terbaca sesuatu yang amat mengguris hati dan perasaan saya sebagai anak Melayu yang hidup aman damai bersama pelbagai bangsa di sini

"I am not Malay, I am Malaysian".  Mungkin budak ini Melayu Jawa atau Minang sebab wajahnya beriras bangsa keturunan ini.  Kalau bangsa asing sangat bangga dengan bangsa mereka, kenapa kita tidak mahu mengaku bangsa kita.

Secara jujurnya.. "Saya sangat bangga menjadi anak Melayu, dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia" dan saya mahu anak saya juga bangga dengan bangsanya dan bangga menjadi anak Malaysia yang hidup rukun damai berbilang bangsa.


Bak kata Hang Tuah "Takkan hilang Melayu di dunia"


Wednesday, May 1, 2013

INGATAN MU TERPAHAT DI HATIKU...

Salam Sahabat!

Hari ini pasti hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.  Kalau tidakpun, saya sendiri memang tertunggu-tunggu hari-hari cuti gini.  Kenapa?  Pertamanya tak payah buru-buru di waktu pagi memasak breakfast dan bekal anak ke sekolah, keduanya tidak perlu bergegas menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah.  Ketiganya TAK DE ngadap JEM!!!!!!..  Tenang je hari ni walaupun wall FB penuh dengan acara politik yang panas membara. 

Pagi-pagi tadi masa tengah makan nasik lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis dan telur rebus separuh masak (sedap!), saya dapat titipan dari novelis terkenal, Aisya Sofea.  Titipan novel-novel beliau.  

"Alamak! Dia mesti baca post aku pasal entry caca marba tu".. Apapun terimakasihlah ye Jua.  Kita doakan awak terus berjaya dan berjaya menghasilkan novel-novel bermutu.  Suka sangat!


 Tiga buah novel, Adam & Hawa dan Sehangat Asmara tu dengar ceritanya MELETOP.



Rasanya minggu ni, minggu ingatan kawan-kawan kepada saya.  Semalam juga saya dapat titipan ini dari sahabat blogger dan sahabat office, sehelai kain sari yang cantik.  Saksikan nanti laporan sahabat saya ini dalam Majalah 3 mengenai Roti Canai vs Roti Chennai.  Juga ada banyak side stories mengenai perjalanan beliau di India di blog beliau.  Menarik!  Jangan lupa ye.  Nanti saya update tarikh siarannya, In Sya Allah (kalau tak lupa).

dan

dapat juga sebuah dompet syiling yang comel, juga dititip oleh seorang sahabat dari program Resepi Turun Temurun, TV9.  

Alhamdulillah, dan terimakasihlah kawan-kawan atas ingatan ini.


Nota:... dah pukul 12 lebih.. nak masak apa ye? 

Jumpa lagi sahabat!.