Thursday, December 31, 2015

BAI 2015 HAI 2016

Assalamualaikum wbt

Malam new year eve disambut dengan bacaan surah Yassin. Kebetulan pula malam Jumaat adalah malam ilmu. Forum Perdana di tv1 membincangkan soal azam dan umur. Sangat menarik.

Semoga barokah kaki melangkah di ambang 2016.


Pagi new year eve pejabat kosong walaupun jarum pendek jam sudah menunjuk angka 10 dan jarum panjang di angka 12.

Dan

Pagi-pagi dah ada satu bungkus nasi lemak atas meja. Terimakasih Malaysia Hari Ini for nasi lemak. Semoga rezeki korang bertambah baik tahun depan.



Balik dari kerja, jalan sesak. Ramai yang nak sampai awal di tumah mungkin untuk celebrate ambang tahun baru atau ingin mengisi malam tahun baru di masjid dan surau. Ke majlis ceramah atau zikir memuji junjungan besar Muhammad saw.

Bila masuk tahun baru, ramai yang bercakap pasal azam. Saya sendiri ada lima perkara yang saya mahukan. Yang penting 3 M untuk capai keinginan iaitu membuat, melaksana, memahami, kata tetamu dalam radio IKIM petang tadi.



Sebenarnya azam itu penting, sebab azam itu doa. Berazam kecil setiap lepas solat supaya menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan sekiranya kita tidak lagi diberi rezeki menghirup udara Allah pada esoknya, matikanlah kita dalam husnul khotimah kata Dato Dr Fadzilah Kamsah.

Dari pagi tadi saya memang berazam nak buat kek pelangi wangi ni. Sambil telinga mendengar ceramah Forum Perdana, tangan menggodek tepung. 


Pertama kali guna bundt pan dari Nordicware seorang sahabat belikan masa dia melancong ke New York beberapa tahun lepas. Cantik nampaknya.

Azam juga adalah niat. Allah bertindak mengikut apa yang kita mahukan. Semoga kita semua mendapat taufik, hidayah dan inayah Allah swt semoga apa yang diimpikan berjaya dimiliki.


Bau kek pelangi buat boy berlari ke dapur, terus diterkamnya. Nasib baik sempat selamatkan. Kasi sejuk dulu boy.

Orang yang untung adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Orang yang rugi adalah orang yang hari ini sama sahaja dari semalam
Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam

Dato' Dr. Fadzillah Kamsah wrapped ceramah malam ini.


Siap dah. Esok boleh tabur snow powder dan ready untuk dipotong.

Sampai di sini dulu. Selamat menyambut tahun baru 2016.

Semoga setiap keinginan kita untuk tahun 2016 ini kukuh dan istiqomah berdoa kerana doa adalah senjata utuh untuk keinginan kita tercapai.

Wassalam.

Tuesday, December 29, 2015

TERAPI KALER @ LANTAI KERJA

Assalamualaikum wbt

Sri Pentas ditutup?  Pindah ke mana?




Sebenarnya tidaklah ke mana-mana. Memang benar sebahagian besar warga Sri Pentas telahpun berpindah ke bangunan New Straits Times di Bangsar, tetapi wargakerja penerbitan televisyen dan radio masih di sini.

Hidup melalui banyak perubahan. Sri Pentas atau dulu orang kenal dengan TV3 juga telah alami pelbagai perubahan, tidak saja dari renovation dalaman bangunan hinggalah pertukaran Pengurusan dan datang pergi wargakerjanya. Kalau yang pernah ke sini, pasti dapat melihat hampir 90% bahagian dalamannya telah dirubah. Kami yang mula kerja di sini pun dulu muda belia sekarang dah jadi atok dan uwan.

Mulanya kami berpindah dari Jalan Liku, Bangsar ke Sri Pentas lebih kurang dalam bulan Mei 1995. Bermakna sudah 20 tahun kami di sini. Berpindah sebab hendak memberi ruang yang lebih besar dan lebih selesa untuk wargakerja tv berkarya. Selari dengan perkembangan Sri Pentas, tempat ini kembali tidak dapat menampung wargakerja yang makin bertambah.

Tapi kali ini, perubahan ini bukan di dalam Sri Pentas tetapi di luar.  Pihak pengurusan Bandar Utama membina tempat letak kereta bertingkat di hadapan Sri Pentas memberi kemudahan meletak kereta wargakerja yang sememangnya kritikal.  Jadi, kami akan berada di dalam keadaan seperti di gambar lebih kurang 10 hingga 11 bulan akan datang.



"Hidup kena ada kaler", kata seorang sahabat lama dulu. Musibah, gelak ketawa, airmata, sedih, ria, sihat, sakit, semua itu warna dalam hidup kita, tambahnya. Takde kaler tu, mendatarlah suasananya. Tak bestlah kan, sambungnya lagi.


Dan kita juga dikuasai oleh kuasa warna. Stress, tenang, teruja ada peranan warna di situ. Setiap warna dikatakan ada getaran dan auranya tersendiri. Kanak-kanakpun selalu tertarik pada warna.



Jadi, pihak pengurusan membuat keputusan perlunya menambah elemen warna di lantai kerja kami. Mampukah warna-warna lukisan mural di ofis kami yang sangat berwarna-warni meringankan stress dan tekanan wargakerja?

Wall painting day @ Lantai Kerja. 




Kerja-kerja mengubah suasana pejabat dengan mengecat lukisan mural pelbagai warna garang di dinding Lantai Kerja kami bermula beberapa minggu yang lepas. Tukang catnya kamilah juga. 


Dipercayai setiap hari ada warnanya sendiri. Contohnya Isnin -putih, Selasa - pink / violet, Rabu - biru, Khamis - kuning / oren, Jumaat - hijau, Sabtu - merah, Ahad - hitam. Wallahualam.

Kiranya bila stress kerja, melihat lukisan ni dapat memberi sedikit kelapangan dan ketenangan. 

Samada berjaya atau tidak misi ini, cuba sahabat nilaikan melalui lukisan dan warnanya yang telah siap seperti di bawah.
















Bagaimana? Tenang atau stress?

Apapun yang penting adalah warna hidup kita. Kitalah berusnya. Pilihlah warna-warna yang dapat menceriakan hidup.  Namun harus diingat disebalik kita memilih warna-warna hidup kita, ada sang Pencipta yang Maha berkuasa dan Maha menentukan.

Jumpa lagi. Wassalam.

HABIBI BY ALKENALI

Assalamualaikum wbt.

Isnin, 28/12/2015, hari terakhir cuti panjang Disember 2015.  Hari ini sebenarnya plan nak settlekan hal sekolah boy, nak masak nasi ayam simple dan nak mandikan kenderaan tua saya.

Akhirnya ke Shah Alam temankan my sister shopping barang-barang untuk dia menunaikan umrah pada 7hb Januari nanti. Ke Seksyen 7 Shah Alam ikut Google Map, ya Robbi jauhnya dibawanya kami pusing. Padahal Shah Alam adalah rumah kedua masa belajar di UiTM. Lupa semua selok belok jalan nak ke Seksyen 7.

Paling best ini bukan kali pertama saya ke Jalan Plumbum tempat deretan butik muslimah berada. Dah banyak kali cuma bezanya bila suami memandu, kita tak fokus, tak ambil tahu pasal jalan yang kita lalu.  Akibatnya bila pergi sendiri, sesat barat.


Turun naik tangga, masuk keluar kedai akhirnya terserempak dengan sicantik manis ni. Keluar dari butik muslimah Habibi By Al-Kenali bertembung dekat tangga, rasa macam kenal dia ni. Yang best dia juga kenal saya. Iya, dia owner butik Habibi by Alkenali, Nazrah Mohd Noor. Kalau terjumpa awal, agaknya bolehlah dapat diskaun akhir tahun. So boraklah dekat tangga sampai berpeluh-peluh, panas.

Kami kenal masa Nazrah kerja satu department dengan saya sebagai Wartawan Siaran dan perantara rancangan Al-Hidayah. Setiap hari Jumaat keluarlah dia dekat tv, rancangan diterbitkan oleh sahabat Junaidah Md Din.

Sekarang dua-dua sahabat dah berhenti. Nazrah meneruskan minatnya dalam bidang perniagaan dan Kak Jun bersara terus. Mungkin masa untuk menambah ilmu dan berehat bersama keluarga.

Semoga Nazrah terus dan terus berjaya dalam perniagaan. Kepada yang berminat bolehlah jenguk butik HBAK di alamat di bawah.


Baiklah, sampai di sini dulu. 

Wassalam.

Sunday, December 27, 2015

STAR WARS, PERKAHWINAN DAN KEMATIAN

Assalamualaikum wbt

Hari ni Star Wars. Han Solo, Chewbacca, Princess Leia, Luke Skywalker, kapal dagang Millenium Falcon tampil semula. Semua pendokong karektor asal kembali dalam usia yang tua. Rasa sedih pulak Han Solo dibunuh anak sendiri.

Pertama kali saya menonton filem Star Wars seingat saya adalah pada tahun 1976 Star Wars IV- A New Hope. Masa tu saya baru berusia 8 tahun. Abang Lit yang bawa menonton di panggung wayang Rex di Jalan Petaling. Dari situ saya mengenali Luke, Ben Kenobi, Han, Yoda, Chewwy, C3PO, R2D2, perkataan Jedi dan kata-kata MAY THE FORCE BE WITH YOU.

Sekarang dah tua Star Wars masih bersambung dan tak tahu bila akhirnya.


Boypun dah mula suka filem berangkai Star Wars. Macam- macam ditanya. Nasib baik ingatan babah masih kuat, dapatlah explain watak-watak penting dalam cerita tu. Kalau ibu, banyak lupa dari ingat.


Next Ip Man. Favourite boy filem ini. Dengar khabarnya ticket sold out. Jadi jangan last minute kalau nak tonton cerita ni. 

Minggu depan dah mula sessi persekolahan. Tuisyen pun mula jugak. Semua aktiviti Sabtu Ahad pun jalan. Tak tahulah ada masa atau tidak ke panggung.

Malam ini juga berlangsungnya perkahwinan pengacara Malaysia Hari ini, Za'im Helmi dan pasangan. Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru, dan semoga rumahtangga kalian berdua sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmah Allah swt. 

Sayangnya atas sebab tertentu, tak dapat nak hadir majlis resepsi kedua mempelai.


Hari ini juga pulangnya kerahmatullah, sahabat penyiar, Allahyarham Aziz Desa dan takziah buat keluarga beliau. Saya mengenali figura ini pada tahun 1994 semasa mula-mula menyertai stesen tv swasta pertama negara.

Inilah orangnya yang cukup suka menyakat. Masa tu perantara ini sangat popular dengan rancangan Jejak Kasih kelolaan Aziz sendiri.

Al-fatihah semoga Allah swt meletakkan beliau bersama insan-insan soleh. Aamin.


Semalam lepas makan tengahari di gerai Teh 50 sen, Port Dickson, kami sebenarnya tak terus balik. Tapi terus memandu dari Batu 4 ke Teluk Kemang. Dah tak dapat makan tepi laut, jalan kat jalan besar pun jadilah. Dalam jalan-jalan tu ternampak sign board Galeri Rumah Terbalik.

Lokasinya di Teluk Kemang dalam deretan kedai. Tak susah mencarinya.

Antara replika terbalik yang dicuba boy








Cukuplah sampai di sini dulu. Jika ada umur kita berjumpa lagi.

Wassalam.

MAY ALLAH BE WITH YOU..

AWESOME DAY TRIP

Assalamualaikum wbt

Hari ini posting saya bertajuk KUIH LAMA SIBADAK BERENDAM mencapai hit 26,344 dilihat oleh pembaca. Ramai betul silent reader blog Sekadar Coretan Buat Kenangan ini.  Apapun terimakasih singgah di blog ini walaupun sahabat tidak meninggalkan bicara mahupun salam.


Cuti panjang masih berbaki lagi. Rombongan ke Jitra dah cancel last minute atas sebab yang tak berapa nak faham. Saya call banyak resort yang berdekatan seperti Cherating, Lumut, Pangkor, Bagan Lalang, Morib FULLY BOOKED. Maklum cuti sekolah ramai yang buat booking awal.

Selalu saja kita dengar rungutan kenaikan harga barang, bebanan GST dan sebagainya.  Rupanya ramai yang belum terkesan. Malah kalau dilihat di media sosial, ramai yang mampu bercuti ke luar negara. Alhamdulillah.

Saya cuma mencari sesuatu yang boleh mengisi masa kualiti dengan boy. Sesuatu yang tidak jauh dan kos pun tidak membebankan.


Bukan jauh tempat ini dari Kuala Lumpur. Cuma satu setengah jam perjalanan. Hanya terletak di Lukut Port Dickson dan boleh balik hari je. Kalau nak pergi google map cari 3D Art Gallery Lukut.

Ke sini waktu cuti, elok pergi awal, gallery buka jam 11 pagi sampai 11 malam. Kalau lambat alamat panjanglah beraturnya.

Tiket dicaj rm20 untuk dewasa dan rm 15 untuk kanak-kanak.


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya ke Galeri 3D. Sebelum ni di Langkawi, di Melaka di Penang tidak pernah singgah ke tempat seperti ini. Menarik rupanya ya.


Ada lebihkurang 50 gambar 3D yang boleh kita gayakan. Yang jadi masalahnya orang ramai dengan tujuan yang satu. Agak mencabar nak dapat shot yang ummmph.


Nak bergambarpun kena pandai menggayakan sesuai dengan imej 3Dnya. Kalau tak, tak ngam gambarnya.


Seperti dijangka boy memang pandai menggayakan aksi. Cepat saja dia blend dengan cerita digambar.

Cuba tengok gambar-gambar di bawah.


Saya fikir ini aksi saya paling awesome.

Kurang berjaya menyampaikan mesej lohong besar di tengah-tengah jambatan. Boy macam biasa, terbaik.











30 hingga 35 minit cukup untuk cover semua 2 floor bagi yang tak details seperti saya.

Sebelah 3D Art Gallery ni ada tempat main dengan kucing, Cat Cafe. Saya tak masuk sebab takut mata jadi macam Yoda Star Wars. Allergic. So boy saja yang masuk.

Saya sebenarnya teringin sangat nak ke Teluk Kemang. Semua tempat di sini pack. Tak dapatlah makan tepi laut.


Teluk Kemang ada beberapa gerai nasi campur yang awesome. Gerai ni pertama kali kami cuba. Asam pedasnya memang terangkat. Di sebelahnya ada masjid, lepas lunch terus je solat Zohor.



Cuma bila makan di gerai ini perlu hati-hati mengambil ikan kerana ada antara menu ikannya berharga agak tinggi seperti ikan kerapu sweet sour, sepotong berharga rm25.00.  Kalau dah terambik, rasanya sangat berbaloi. Sangat sedap sampai teringat-ingat.

Sampai di sini dulu. Ada lagi cerita di PD ni sebenarnya. Jumpa lagi.