Friday, December 30, 2011

PERTEMBUNGAN CHEF-CHEF HEBAT PRIMEWORKS STUDIOS

Catatan Khamis 29hb Disember 2011

Pagi Khamis, saya ke pejabat lepas bercuti beberapa hari.  Penat sebab tiba di rumah dari Tanah Tinggi Cameron agak lewat.  Tidurpun lewat dan bangunnya cepat. 

Sebaik membuka pintu laluan belakang tingkat 1, semerbak bau makanan.  Ada jamuan.... tak sempat...... tidak bawa apa-apa.  Terus saya mendekati Chef-Chef hebat bertanggungjawab mengatur breakfast ini antaranya ada "Chef instant" (tak masak beli je...hehe).. sedang menjamu selera bersarapan pagi.  Beginilah kalau bertembungnya mereka di meja makan... ada nasi lemak ("Chef" Noraini Tahir.. beli ye Kak Ani), mee hoon goreng ("Chef" Azizah Ariffin), roti jala ("Chef" Kak Nura, instant gak rasanya ni...), Otak-otak ("Chef" Kak Jun), dan yang paling handal sebab tajaannya datang lambat dan menjadi usikan.... minuman teh tarik (lain betul sedapnya), nescafe, nescafe O dan Teh O... ("Chef" Mazlin Nordin).

Antara makanan yang dihidang

Kek pun ada... Indulgence tajaan Aien

Breakfast kali ini istimewa sebab disertai sicantik jelita Neelofa dan pengacara MHI, Wardina (Wardina tidak lagi mengacarakan MHI selepas ini).  Kesian Neelofa sebab tak sempat makan, asyik bergambar. 

 Kesempatan bergambar dengan Neelofa

Sedap sangat nampaknya Dina

Setiap bulan makan-makan breakfast ini diteruskan.  Bulan depan giliran staf yang lebih muda (saya ambil kata-kata Mazlin Nordin aka ChikInn) menganjurkan breakfast.  Apa-apapun saya sangat happy hari ni sampai tak lalu makan.  







Rambutan Intan sampai lambat

Terimakasih semua..... semua hidangan sedap-sedap belaka.  Lagi cerita boleh dibaca di blog Chik Inn



Thursday, December 29, 2011

SEDAP JUGAK BURGER MALAYSIA NI - RESEPI

Catatan 27hb Disember 2011

Dari minggu lepas saya menghabiskan cuti tahunan.  Tak banyak aktiviti baking, banyak aktiviti luar.  Menghabiskan masa kualiti bersama anak tunggal saya.  Menonton wayang, membeli barangan keperluan sekolah, berjalan-jalan di shopping mall.  Dah lama sangat rasanya tak bawa anak ke shopping mall.

Disebabkan sibuk dan suami tidak dapat bercuti panjang, saya berjanji dengan Muaz untuk membawanya ke Cameron Highland sahaja untuk cuti sekolah kali ini.  Jadilah daripada tidak membawanya ke mana-mana.  Saya berhajat untuk membuat roti, bekalan perjalanan pergi nanti.  Saya ke LMC, Sg. Buluh mencari tepung high protein.  Malangnya kedai tutup.  Shortening pun dah habis.  Dengan resepi donut anak buah saya, jadilah burger Malaysia yang lembut ini.  Resepi paling senang.  Pejam mata pun boleh buat.. hehe (nak gambarkan punyalah senangnya)...Boleh juga guna resepi donut Mak Long Homemade yang saya pos sebelum ini.  Nak resepi... baca entry hingga habis...


 Manis, lembut dan ringan

 **Gambar sedikit kelam, tak cukup cahaya, snap selepas waktu subuh

INDAH DAN NYAMANNYA... Lama dah tak ke sini...

Disember memang waktu tepat ke tanah tinggi Cameron ini.  Sejuk dan nyaman.

 Bermain di ladang strawberry... malangnya buah masih muda


 Semuanya strawberry dan sedap...

 Hidangan di Taman Agro 
 Salad segar

Rangup


 Bharat Tea Plantation

RESEPI BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan

200g tepung gandum
2 st yis 
1 1/2 sb marjerin
2 sb gula
secubit garam

Inti
Hirisan timun
Sambal tumis

Cara mengadun

1.  Campurkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk besar dan uli hingga tidak melekat.  
2.  Perapkan adunan tadi hingga naik dua kali ganda
3.  Bila adunan sudah mengembang, uli sekali lagi 
4.  Bahagikan adunan dan bentukkan bulat-bulat
5.  Perapkan sekali lagi hingga adunan mengembang dua kali ganda
6.  Goreng didalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan
7.  Setelah sejuk, belah dua dan masukkan sambal tumis dan timun

Siap untuk dimakan.

DONUT MUDAH - RESEPI

Catatan 25hb Disember, 2011

Bosannya cuti Krismas.  So buat donut mudah ni.  Resepi dari Facebook Mak Long Homemade.  Donut saya ni bentuknya kurang 'perfect', agaknya sebab guna muncung gelas dan bulat dalamnya saya guna tutup botol mineral water.  Ringan dan sedap.  Resepi di bawah :-


Bahan-bahan

Bahan A
1/2 paket yis (mauripan)
1 1/2 cawan air suam (saya kurangkan jadi 1 cawan)
Secubit garam

Bahan B

500g tepung gandum
1/2 cawan minyak masak atau marjerin cair
2 sudu besar shortening
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara Mengadun
1.  Campur semua bahan A dalam mangkuk besar dan biarkan 15-20 minit. 
2.  Bila campuran A mula berbuih dan mengembang masukkan bahan B ke dalam mangkuk bahan A dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
3.   Terap donut menggunakan acuan donut (saya guna muncung gelas dan bahagian tengahnya saya guna penutup botol mineral water)
4.  Perap lagi selamat 10 minit
5.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas
6.  Sesudah sejuk, gaulkan dengan gula halus

 Siap untuk dihidang.

COOL SUNGGUH DIA NI.....

Catatan Khamis, 22hb Disember 2011

Bulan Disember kali ini operasi DLO dihentikan gara-gara mixer turun temurun saya rosak.  Belum tergerak hati untuk menghantar mesin Kenwood yang memang banyak jasanya ini untuk dibaiki atau untuk 'rest'kan sahaja.  Gerak hati lebih kepada membeli mixer industrial supaya mudah membuat kerja-kerja 'pukal'.  Dapatlah luang lebih masa untuk sediakan peralatan anak ke sekolah dan ada lah masa menonton tv.  Ye tak? 

Saya jarang sangat menonton tv, tapi semenjak program realiti Master Chef Malaysia, walau ada episod tertinggal, saya masih pasti luangkan masa dan mengikuti perkembangan chef-chef amatur ini.  Antara ramai saya meminati Brian dan Felix.  Tenang dan kreatif menangani tekanan demi tekanan dan cabaran menyediakan menu yang dipertandingkan.  Pendekata memang admirelah dua orang jejaka bukan Melayu ini beraksi.  Paling istimewa berpeluang bertemu ketika makan di Restoran Santai Tesco.  Kalau nak tahu siapa, scroll di bawah.......


Bukan setakat 'cool' di dapur, di luar juga Felix punya personaliti yang cool juga.

Hehe... Felix ni personalitinya memang cool, peramah dan boleh tahan kacak.  Untung teman istimewa Felix ni, hebat di dapur, kreatif dalam masakan, mesti fun berdamping dengan Felix.  Apa pun, semoga berjaya Felix!

Tuesday, December 13, 2011

I AM GONNA MISS U BABE...

 Catatan Sabtu, 10hb Disember 2011

Sedang mixer berputar laju mengadun telur, tepung dan gula untuk membuat kek span coklat tiba-tiba mixer terhenti.  SENDIRI.  Saya memutar cembul kelajuan ke kosong dan kemudian memutarnya kembali ke speed tinggi.  Bergerak semula.  Beberapa minit kemudian ia terhenti semula.  SENDIRI!  Aduh, kenapa ni?   Saya mengulang teknik yang tadi.  Bergerak lagi kemudian terhenti semula.  SENDIRI! Seram!  Lihat di luar, cuaca elok, terang dan sedikit panas.  Sepi, sunyi yang ada cuma kicau burung. Buah rambutan kuning bergayut lebat, pokoknya rendah, buahnya boleh dicapai tangan ditanam di belakang dapur.  Sekali-sekala berbuai ditiup angin pagi.  Mixer Kenwood milik mak yang diperturunkan kepada saya sebenarnya :-

"Dapurku kecil tempat memasak
Letak di penjuru yang redup
Mixerku kini telah rosak
Jasamu ku kenang seumur hidup"

Banyak jasanya mixer Kenwood ini kepada saya.  Terpaksalah saya mencari penggantinya.  Sedihpun ada, seakan kehilangan kekasih.  Walau bagaimanapun, sempat saya siapkan kek ini masih dengan bantuan mixer Kenwood ini.  Mungkin yang terakhir buatnya. 


Kek : Span Coklat
Filling : Blueberri
Frosting : Buttercream
Decoration : Piping Gel Drawing

**note : inilah rupanya gambar tak cukup lighting.. ish..

DUHAI ORKID.... CANTIKNYA DIKAU...

Minum petang sambil menjamu mata keindahan orkid yang sedang mekar di laman Hajjah Zalifah (Ibu saya)



Orkid hutan yang berwarna putih, benih dibawa burung.  Baunya sangat wangi.  Bunganya hanya bertahan beberapa hari.  Sungguh indah.

Monday, December 5, 2011

HUNDRED ACRE WOOD

Catatan Ahad, 6hb November 2011

Antara deretan buku "Bedtime Story" bujang saya, yang paling diminati ialah Winnie The Pooh.  Balik-balik buku ini yang akan dibacanya.  Berpuluh kali tapi tak pernah bosan nampaknya.  Walau begitu, watak Christopher Robin paling tak digemari.  Selalu bila dia membaca kuat cerita ini, akan ditukarnya nama Christopher Robin dengan Muaz Robin, namanya sendiri.  Dum Dee Dum Dee Dum Dum dan Silly Old Bear pernah menjadi perkataan paling disukai.  


Kek : Vanilla Sponge Cake
Filling : Bluberry
Frosting : Buttercream

Kalau diberi pilihan Super Sleuth (Darbie and Friends, karektor Winnie The Pooh ada di dalam kartun ini) dan Winnie The Pooh versi lama, saya lebih suka menonton Winnie the Pooh versi lama.  Lukisannya cantik, dan yang paling penting, ceritanya mengajar kanak-kanak berfikir.



HAPPY ENGAGEMENT

Catatan Sabtu, 3hb November 2011

"Mengapa ini harus terjadi
Ditengah kebahagiaan
Inginku rasakan lebih lama lagi
Hidup bersama denganmu...."

Hah!.. sekali sekala dengar lagu lama, menusuk giler.  Sambil membuat kerja-kerja menghias kek Puan Moon, deria telinga saya dihayun jauh lunak suara penyanyi veteren Indonesia, Emilia Contessa.  Tajuk lagu ni saya kurang pasti, tapi memang hanyutlah mendengarnya.  Tambahan menghias kek hantaran dengan bunga-bunga ros kecil berwarna merah jambu lembut, feeling habislah katanya.  
 Kek : Red Velvet
Filling : Cream Cheese
Frosting : Buttercream
Size : 9"
Lepas ni saya akan selalu tune ke radio Klasik Nasional.  Banyak lagu-lagu lama yang masih segar untuk didengar.  Rancangan Aku, Dia dan Lagu bakal menjadi kegemaran saya juga.  Seronok dengar coretan kenangan yang dihantar ke rancangan ini.  Ada yang lucu banyak juga yang sedih.

Kek yang siap diletak di dalam bekas lutsinar, akan dihias sendiri oleh Moon



Akhir kata, terima kasih kepada Puan Noor Mumtaz yang menempah kek ini untuk dihadiahkan kepada sahabatnya Cik Zura