Tuesday, November 26, 2013

ANAKANDA MASUK JAWI

Salam sahabat

Lama dah tak bersama.  Semoga sahabat semua sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt.   

Minggu kedua cuti sekolah, my one and only precious son masuk jawi.  Atas permintaan dia sendiri.  Tiada paksaan dan tiada suruhan ajakan sebab rasanya dia masih muda sangat, baru 8 tahun, manja dan tak tahan sakit. Luka sikit pun dah tak mau mandi, inikan pula nak berkhatan kan..  

Sejak hari pertama dia menyatakan hasratnya, saya dah mula pening nak pilih kaedah yang mana satu, yang paling selamat, yang paling tak menyakitkan.

Maka bermulalah 'penjelajahan' dari satu klinik ke satu klinik dari satu hospital ke satu hospital mencari yang terbaik.  Dari semurah rm50 hingga ke semahal rm3,000 plus plus lagi.

Ada beberapa kaedah khatan dan yang termutakhir ialah menggunakan alat dinamakan Alisklamp.  Risikonya cuma sakit ketika menanggalkan alat alisklamp ini sekiranya luka khatan tidak dijaga betul.  Kalau jaga baik, tidak bengkak atau bentan, proses membukanya cuma 5 hingga 10 minit, berbanding dengan kaedah lain yang risikonya menakutkan.


My Precious sebelum berangkat ke klinik... Ceria!!!

Menunggu giliran untuk dipanggil.  Pukul 10:10am 24 November 2013 my precious dipanggil ke dalam.  Beberapa minit kemudian terdengan jeritan 'sakit....'.  Cuma Babah dan Pagong je yang masuk temankan dia didalam bilik tu.  Ibu duduk luar berdoa tak putus.

Selesai.  Rilex berjalan keluar.  Alhamdulillah.

Sebelum tarikh berkhatan, kami adakan majlis doa selamat kecil.  Alhamdulillah rezeki My Precious, cuaca yang hujan diwaktu petang atau awal malam sejak beberapa minggu lepas, menjadi baik dan tenang tanpa hujan atau angin kuat.


Door gift saya sediakan cuma 50 pax.  Dalamnya saya isikan bunga telur, surah Yassin, cheese tartlet dan kacang tumbuk dalam bekas.  Untuk anak-anak pula Vanilla Lava Cheese Cake saiz mini.  Ramai yang suka cake ini.

Cheese Cake Lava dengan parutan cheddar di atasnya

Maaflah kepada jamaah yang tidak dapat door gift ni memandangkan tetamu diluar jangkaan.

Rezeki My Precious juga, kami jangkakan jemaah yang bakal hadir cuma 30 orang, tetapi yang hadir memang diluar jangkaan.  Kecut perut ibu, takut makanan tak cukup, tapi alhamdulillah.. cukup... tak lebih, tak kurang.  Apapun contingency plan tetap diatur melihat tetamu yang hadir ramai.



Apapun, alhamdulillah, semuanya telah selamat dan syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang tidak disangka-sangka ini. 

Antara yang hadir.  Gambar kredit Masjid Al-Islahiah, Kuang.

Amin... Amin...

Next entry saya cuba upload makanan selama berpantang, in sha Allah.




Monday, November 11, 2013

SAHABAT SEBENAR..

Salam Sahabat

Kami membesar bersama
Terpisah sementara
Kini bersua kembali
Di usia dewasa

Selamat Hari Lahir khas buat sahabat Siti Salmah, semoga kamu sentiasa berada di dalam pegangan Allah swt dan diberi kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat

 dan 

buat sahabat lain yang di dalam gambar dan yang tiada, kamulah sebenar-benar sahabat.  Semoga kekal sehingga ke hari akhir kita menyedut udara Allah swt ini.  Amin.. 























Wednesday, November 6, 2013

JANJI DITEPATI - RESEPI HEH!

Salam

Hari ini 2 Muharram.  Doa saya semoga kita istiqomah dalam menjalankan ibadah samada yang sunat mahupun yang wajib.  Semoga tahun baru ini membawa seribu rahmah dan hijrah kita dari baik menjadi yang lebih baik.  Dari berjaya menjadi lebih berjaya, in sha Allah.

November tahun  ini bolehlah dikatakan bulan sejuk.  Cerah di waktu pagi dan hujan mencurah-curah turunnya bila petang.  Alhamdulillah, rahmat Allah. 


Semalam... errr... hari ni sebenarnya.. saya berjanji pada jam 1:00 pagi, 2 Muharram sebelum melelapkan mata beberapa jam sebelum subuh.

Janji saya resepi kek Pisang berkeju dan sos butterscotch.  Mudah saja membuatnya, rasanya pulak sedap, sangat 'rich', dan ada manis-manis karamel kan.

Sebiji kek bersaiz 8" saya bawa untuk sahabat-sahabat di pejabat.  Sosnya saya biarkan cair supaya bila disapu di atas kek, boleh meresap dan sebati dengan kek pisang

Kek pisang ini pembuatannya sangat mudah dan yang penting sedap.  Boleh juga guna apa juga resepi kek pisang selain dari resepi di bawah.

3 biji telur disatukan dengan 150g gula dan 1 sudu teh ovellette, diadun didalam mixer sehingga kembang.

Masukkan 150g pisang dilenyek dan 180g tepung gandum atau tepung kek yang diayak bersama 1 st Soda B dan 1st Baking powder.  Sedap kalau guna pisang lemak manis dan tidak mengandungi banyak air seperti pisang emas atau rastali.   Pukul sebati.

Perlahankan kelajuan mixer dan tambahkan 180 ml minyak jagung atau butter cair ke dalam adunan.

Akhir sekali masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.


Sebelum kita mengadun frosting cream cheese, sediakan dahulu 3/4 cawan gula perang bersama 2 1/2 sudu besar butter dan 2/3 cawan thick cream.  Campur semua bahan dalam periuk, dikacau atas api perlahan sampai butter cair. Biarkan mendidih sebentar.  Lebih lama dididih lebih pekat sosnya nanti.  Sejukkan.

Saya guna 250g cream cheese jenama Philadelphia.. boleh je kalau nak guna mascarpone tapi RM nye lah yang tak larat kan.  Mahal.  

Cream cheese tu diputar bersama 60g icing sugar yang diayak.  Bila dah sedikit kembang dan tidak berketul masukkan 30g UHT whipping cream.  Kalau tengok adunan kental dan mahukan frosting yang lebih lembut tambahkan whipping cream sedikit demi sedikit sehingga dapat consistency yang kita mahukan.

Semua sudah ada, keknya, frosting kejunya dan sos butterscotchnya, bolehlah disatukan menjadi sebiji kek yang sedap dan menarik.  Caranya mudah

1.  belah dua kek atau bahagi adunan kek kepada 2 bahagian dan bakar di dalam tin kek berlainan
2.  Sapukan sos di atas kek pertama, diikuti dengan frosting keju
3.  Lapiskan kek kedua dan letakkan frosting keju di atasnya, seterusnya disiram sos butterscotch

faham ke tu?  rasanya tak de masalahkan..

Dah boleh potong dan hidang..








WAKTU CUTI YANG SANGAT DIHARGAI

Salam

Buat pertama kalinya saya mengetuk keyboard dari dalam bilik, atas katil di waktu dini hari.  Semua orang sudah tidur.  Suasana sangat sepi dan dingin.

Cuti hari ni mungkin ramai yang memanafaatkan beriadah bersama keluarga.  Bagi saya, inilah masanya untuk melakukan perkara yang saya suka iaitu baking...

 Sempat menyempurnakan permintaan Kak Neni, Red Velvet sebiji bersaiz 8 inci

Selain kek ini, ada lagi satu kek yang saya buat.  Nak tahu kek apa, teruskan membaca sehingga ke akhir ye


 Selit RV Cupcake, suka-suka celebrate birthday playdate My Precious hari ni, Afzar.


Buka mata pagi-pagi, My Precious dah bertanya pasal playdate dia ni.. bila nak sampai.  Kebetulan semalam harijadi Afzar dan kebetulan juga ada empat biji cupcake lebihan kek red velvet Kak Neni.  Apasalahnya kan.. saja nak happy-happy, cucuk lilin dan nyanyi lagu Happy --=Birthday.. kemain happy budak ni.. Girl yang kat sebelah My Precious tu nama Nur Nilam Sari.  Istimewa namanya..

 Having fun together.. Nak main kat luar hujan.. Bila dah bersama tak ingat dunia diaorang ni.  Dioarang sibuk main, saya sibuk di dapur siapkan makan minum, snek bagai.. tapi diaorang ni tak ingat nak makan pun.  Main sampai ke malam.

Petang yang sangat sejuk, hujan mencurah-curah turunnya,  Waktu ni saya cuma berdoa supaya tak de guruh petir sabung menyabung.  Kek pisang saya baru je masuk oven.  Ngeri bila kalau ada kilat, guruh.

Dan malam diakhiri dengan kek ini, Kek Pisang Berkeju dengan Sos Butterscotch untuk budak-budak kat office. 

Tak tau apa silapnya, kek pisang ini kurang gebu.  Nantilah post mortem tengok apa silapnya.  Selalunya cantik je.. 

Okelah, untuk Resepinya saya sambung esoklah.. dah dekat pukul 1 pagi... mohon memejamkan mata, esok saya perlu bekerja.

Semoga kita diberi usia dan rezeki untuk menikmatI keindahan alam maya ini esok hari.

Selamat Malam Sahabat.

Monday, November 4, 2013

SELAMAT TINGGAL TAHUN 1434H

Salam

Hari ini adalah penghujung bulan Zulhijjah.  Esok kita sudah menyambut tahun baru,  tahun baru Hijrah 1435.  Agak-agaknya yang kita hasratkan pada tahun lepas sudah dicapai atau belum?

Sebenarnya berbaris benda yang saya ingin buat di tahun baru ini.  Belum tertulis, mungkin esok atau lusa saya listkan sebagai rujukan diri sendiri.  Harap tahun ini lebih fokus kepada perkara-perkara pembangunan diri dunia dan akhirat, in sha Allah.

Jadi ke 'masuk jawi' budak ni di tahun baru hijrah ni?

Mengimbau semula peristiwa tahun lepas, keluarga Osman (al-fatihah untuk arwah abah) menerima seorang ahli baru, cucu menantu, Shakila.  Semoga Shakila dan Afiq, jodoh kamu dipanjangkan sehingga ke Jannah.

Tahun ini dengan izin Allah, keluarga kami bakal menerima dua orang lagi ahli baru.  Seorang dari Johor dan seorang lagi dari Kedah.  Semoga segalanya dipermudahkan.


Tahun ini juga semoga Allah swt memanjangkan kasih sayang Precious Emak kepada kami semua, dilimpahi rahmah ilahi, dikurniakan rezeki umur yang panjang, dan kegembiraan di hujung usia.

Happy Birthday Precious Kakak, Precious anak2 buah (ramai yang tak de atas urusan peribadi) dan Precious hubby.  Inilah October babies.. baby tua..hehe..

Tahun ini juga diharap hubungan kekeluargaan antara kita semua berkekalan, penuh keharmonian, penuh kasih dan sayang.

Dapat kita buat makan-makan Potluck lagi.. kann..

Potluck Birthday Bash October 2013.  Laksa, pulut, ayam masak merah, mee goreng mamak, agar-agar buah

Cream Puff... resepi?  Tunggu next entry ye..

Kek Pisang lapis krim cis dan sos butterscotch

Tercetusnya idea membuat kek ini dari kek yang saya tak dapat rasa dari seorang sahabat di pejabat.  Resepi?  Next entry ye..

Terimakasih Ya Allah atas segala-galanya.  Sesungguhnya tiada yang maha berkuasa selain engkau.

Jumpa lagi sahabat!.


Saturday, October 19, 2013

CHEESE DENGAN BISKUT YANG SEDAP

Salam Sabtu

Apakhabar sahabat?  Saya doakan kita semua masih berada di dalam pegangan Allah swt dan ditetapkan iman, masih berada di atas track Allah swt yang lurus.  Amin.


Kek mudah tidak menggunakan alat pembakar, anak dara dan bujang sahabat sekalian pun boleh buat



Kalau nak tau kek apa di atas tu, teruskan membaca ye.

Tak puas makan nasi beryani masa raya hari tu, hari ni masak lagi, kali ni nasi tomato.  Guna rempah nasi tomato segera tu je.  Mudah dan pantas kan.

 Memanfaatkan daging kurban.  Kalio daging kali nih.

Nak jadi cerita, sebelum ni memasak tak pernah lah tak masak nasi tu, kali ni diuji Allah swt sebab tadi ada sikit perasaan riak, kata mudah dan pantas guna paste segerakan. Nasi dimasak mentah. Astaghfirullahalazim!!!

Alhamdulillah, Chef Hanieliza cepat membalas whatsapps beri sedikit tips macamana nak masakkan nasi yang mentah tu.  Nak tau apa?


Tips mudah saja, transfer nasi yang dimasak ke dalam pengukus dan kukuslah 20 - 30 minit.  Alhamdulillah masak.  Terimakasih Kak Liza.



Ayam masak merah in the making.

Update blog pada hari Sabtu atau Ahad memang mengambil masa.  Maklum kita terpaksa mengimbangi antara kerja-kerja rumah yang kita lakukan seminggu sekali dengan tugas-tugas 'supir' demi memastikan anak-anak kita sampai dan diambil dari sesuatu lokasi dengan selamat.

Kadang kita merungut penat, tapi bila difikirkan bagaimana hidup kita tanpa mereka yang kita uruskan kehidupannya.  Bayangkan kita berada berseorangan di dalam sebuah bilik tanpa suami, tanpa anak-anak, tanpa orang yang kita kasihi. Tanpa perlu memasak, tanpa perlu menguruskan rumah dan kehidupan.

Bagaimana?

Pasti rasanya sunyikan.  Jadi, bersyukurlah.  

Kadang-kadang kita rasa anak-anak bermasalah, malas, tidak bersolat sebagai satu yang menyesakkan dada.  Ditambah dengan suami yang tidak mahu menolong kerja rumah.  Ujian dan musibah.  Kadang datangnya bertimpa-timpa.

Teringat kata-kata Ustazah Norhafizah dalam ruangan Usrati radio IKIM "Allah punya plan terbaik untuk setiap seseorang.  Ujian dalam kehidupan adalah asbab Allah mahu menaikkan darjat sesorang.  Musibah ialah satu cara Allah swt mahukan kita mengenal siapa Dia.  Maka muhasabahlah diri setiap kali musibah dan ujian menjengukkan diri". 

Kadang kita lupa, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu itu bila bersama kita.  Kita akan rasakan bila sesuatu itu hilang dari pandangan. 


Jantung pisang di tepi rumah.  Dulu arwah wan selalu rebus jantung pisang untuk dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan.

Saya bersyukur kerana saya masih dikelilingi oleh orang yang saya sayang, saya masih dikelilingi oleh suasana yang saya rasa semasa saya kecil.  Saya sayang semua ini. 



Tak lama lagi dah boleh potong nenas ni.  Paceri nenas?

Minggu lepas, bunga-bunga kantan yang cantik berkembang ni saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di pejabat. Pada yang tak tau, inilah pokok bunga kantan.  Nampak tak di tepi-tepi pokok batang bunga mula menjulur.

Rezeki tanaman kampung dapat dirasai oleh sahabat-sahabat yang tinggal di bandar.  Alhamdulillah.  Anak-anak juga dapat mengenal pokok bunga kantan yang indah ini.

Pokok orkid precious emakpun banyak yang berputik dan mula mengembangkan kembangnya.  Mencantik pemandangan di beranda rumah. 

Khas untuk precious emak, pinang masak.  
Tak mungkin saya meninggalkan kampong saya tercinta ini untuk tinggal di bandar.


Hampir terlupa pasal kek ni. Asyik bercerita pasal tanaman keliling rumah.  Okelah, namanya cheesekut.  Kalau nak resepi ambil sini ye sayepunyebelog.blogspot.com

Pembuatannya simple dan mudah, rasanya sedap cuma kandungannya boleh menggemukkan.  Saya rasa susu pekat boleh diganti dengan dairy whipping cream dan diletak sedikit gula. 

Mulanya saya membaca blog Alonacintamanis ada menceritakan kek ini.  Alona juga ada mesej saya resepinya.  Terimakasih pada Nadt dan Alona.

Cubalah ye, anak-anak pasti suka.

Okelah sampai di sini dulu Sahabat dan marilah kita fikir-fikirkan apakah matlamat hidup kita ini, samada di dunia atau di akhirat.



Booloo ni dah mengakibatkan mata saya bengkak seperti Yoda dalam filem Star Wars tu.  Tulah kan, dah tau allergic kucing, boleh dukung-dukung, usap-usap bulunya.  Kan dah bengkak.