Tuesday, November 29, 2011

SELAMAT BERTUNANG

Catatan Isnin, 21hb November 2011


Kek : Sponge Pandan
Filling : Buttercream
Frosting : Buttercream

KEK DAM SEKALI LAGI

Catatan Sabtu, 26hb November 2011

Salam.  Seperti yang dijanji Hajah Zalifah atau Hajah Wok (mak ni manja orangnya), kek dam dilapis jem strawberri.  Siap ada gambar kerat rentas.


Thursday, November 24, 2011

KEK DAM, KEK SENTIMENTAL

Catatan Khamis, 24 November 2011

Malam tadi bila saya membawa keluar acuan kek dam, Hajah Zalifah Khamis, ibu saya tersenyum luas.  Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah mahu mengambil 'order' kek dam, pasti sangkanya kek ini untuknya.

Kali ini kek dam ini bukan untuk mak tetapi untuk seorang anak bernama Saidah dari Kelang.  Bila Saidah kata kek ini adalah untuk bapanya yang teringin makan kek dam, tak sampai hati pula nak tolak. Menolak persis menolak permintaan mak, macam tu lah lebih kurang.  Terimakasih Saidah dan harap ayahnya suka dengan kek ini.  Untuk mak saya janji, insyaAllah, akan saya buat juga hujung minggu ini.

Seperti kek pelangi, kek dam ini juga punya nilai sentimental yang tinggi buat diri saya.  Tiap kali membakarnya pasti teringat suasana ketika arwah Wan masih ada.  Mak memukul butter dan telur gula pemukul telur bergelung yang besar. Cap cap cap pukul sampai kembang.  Kemudian adunan dibagi dua, satu coklat satu vanilla.  Masa kek masih panas diletak jem strawberri dan dilapiskan.  Belum sempat sejuk kek dah hilang dari pandangan.   Seronok zaman itu.  

Zaman ini, masa saya membakar kek dam, cuma mak yang menunggu hasilnya.  Sekali-sekala dia menolong meletak adunan dalam loyang acuan dam.  Kecuali kek coklat yang tidak difrost apa-apa, anak saya tidak langsung meminati kek.

Kepada yang mahu resepinya, boleh menggunakan apa-apa resepi basic buttercake atau lihat resepi kek marble coklat saya.  Yang penting perlu ada acuan kek dam.  Kalau tak ada, perlulah dipotong kecil memanjang, disusun berselang seli coklat dan vanilla kemudian dilekatkan guna jem atau buttercream.  Rasanya gambar kek dipotong dan disusun jadi kek dalm ada di blog Cehf Hanieliza .

Kek Dam atau Checkerboard Cake yang disusun berlapis bila dipotong membentuk corak dam

Tuesday, November 22, 2011

B23 - TERBAIK

Catatan Selasa, 22hb November 2011



Barisan Hero Malaysia... Syabas kalian semua...

Terus terang saya tidak menyaksikan perlawanan yang menjadi topik utama perbualan kebanyakkan warga Malaysia hari ini. Saya cuma menjengok sekali sekala bila anak-anak buah melompat dan menjerit seiring visual permainan di kaca tv.  

Bila terdengar unit Wanita Hari Ini berkobar-kobar membicarakan topik ini lewat Berita 1.30, saya terpanggil untuk menulis.  Tambahan kerana ketaksuban warga Indonesia dan kebencian mereka kepada pasukan B23 dan negara Malaysia yang tercinta ini.  Perasaan bangga bila pasukan ini menang malam kelmarin membuak-buak atas sebab semangat kebangsaan saya memuncak akibat dari kebencian yang ditunjuk warga Indonesia ini.  Banyak lagi cerita di blog sahabat kita, saudara mazidul.

Sepatutnya sukan menyatukan bukan memporak-perandakan hubungan.  Apa-apapun syabas kepada anak-anak muda ini..

Well done guys!..

Monday, November 21, 2011

TIDAK TERHENTI DI SINI

Catatan Ahad, 20hb November 2011

Selesai menghadiri majlis persandingan di Kota Damansara, saya bergegas pulang ke Sungai Buloh menghantar anak bujang saya ke Smart Reader Kids bersiap untuk konsert graduasi.  Saya kemudiannya ke Kelana Jaya MAS Academy Centre menunggu rombongan anak-anak ini.

Pertama kali melihat anak-anak ini memakai robe dan topi graduasi, hati saya sayu.  Ini adalah generasi akan datang.  Jatuh bangkit bangsa dan negara di tangan mereka.  Kesemua barisan anak-anak berumur 6 tahun comel dengan wajah polos tidak mengerti apa-apa berdiri di atas pentas bakal menjejakkan kaki ke tahun 1.  Sedih juga rasanya melihat mereka ini berpisah dan memulakan sessi persekolah sebenar tahun depan. 

Aishah Eleiney, Agnes dan Muaz


Dalam hati saya berdoa agar dalam masa 15 ke 20 tahun lagi, apabila anak-anak ini membesar, mereka menjadi insan yang berguna, bertaqwa dan mencintai negara ini sepenuhnya, hormat menghormati walau berlainan ugama dan bangsa.  Saya juga berdoa agar, ibu-bapa yang menyaksikan penganugerahan skroll tanda berakhirnya sessi pra-sekolah anak-anak ini, menjaga dan mendidik mereka menjadi insan berhemah tinggi.  Semoga kita semua dapat menyaksikan lagi anak-anak ini berdiri di pentas menerima anugerah dan scroll sebenar tanda kejayaan mereka di bidang akademik kelak.  

Semoga Muaz menjadi insan terbaik antara yang terbaik... Amin..
 Muaz dan Agnes lepas konsert.  Bila lagi agaknya berjumpa


 Dengan ibu....

Balik dari Kelana Jaya, masing-masing lapar, nasib baik ada kek marble coklat.  Boleh buat minum lewat petang sebelum makan malam.

 Nyum! Nyum!

SITI ZABEDAH TERIMA MENANTU

Catatan Ahad, 20hb November 2011

Saya dan Siti Zabedah bersahabat lama.  Tika di sekolah rendah, Siti Zabedah atau Bed aktif bersukan, orangnya cantik dengan kulit yang putih mulus.  Kala saya bedebar sibujang saya akan melangkah ke tahun 1, tahun depan, Siti Zabedah berdebar hendak menerima menantu.  Betapa masa banyak meninggalkan saya tanpa sedar, rugi rasanya.  Tatkala ramai teman persekolahan mengatur perincian majlis perkahwinan anak mereka, saya pula baru mula mengatur perincian kehidupan persekolahan anak.  

Siti Zabedah awal-awal lagi memilih saya untuk mereka kek istimewa perkahwinan anaknya, tarikh yang sama sibujang saya menerima 'scroll' graduasi menandakan berakhirnya zaman pra-sekolahnya.  Beberapa masalah timbul terutama penghantaran ke rumah Bed, terpaksalah saya tolak permintaan istimewa ini.  Permintaan ini betul-betul istimewa kerana Bed adalah teman sekolah saya yang pertama menempah kek istimewa perkahwinan untuk anaknya yang pasti seperti anak saya sendiri.  Maaf ye Bed.  

Semakin hampir tarikh graduation Muaz, pihak sekolah memaklumkan masa persembahan dianjak ke petang.  Aduhai, kalau lah saya tahu awal perkara ini, pasti permintaan Bed saya tidak hampakan.  Saya akhirnya menghadiahkan Bed, sebiji kek oren berhiaskan kuntuman rose kecil.  Terima ya Bed, hadiah yang tak sepertinya ini.  


















Kek : Orange Sponge Cake
Frosting : Buttercream
Decoration : Small Roses

Friday, November 18, 2011

"LAST MINUTE ORDER"

Catatan Jumaat, 18hb November 2011

Salam Jumaat.  Pagi ini masa di pejabat agak senggang, jadi tak salah rasanya kalau saya ambil peluang ini untuk update blog.

Ramai yang bertanya kenapa saya susah hendak melayan permintaan last minute.  Rasanya ramai baker juga keberatan menerima tempahan-tempahan last minute ni.  Mungkin full time baker tidak merasakannya satu masalah, mungkin... tapi untuk partime baker mungkin ya. 

Kalau tanya saya kenapa, jawapan saya ialah perkara ini mungkin akan mengharu-birukan diri saya terutamanya bila bahan yang hendak digunakan tidak cukup.  Al-maklumlah, saya tidak begitu aktif mengambil order, kebanyakkannya di hujung dan di awal minggu dan ada kalanya di pertengahan minggu.  Jadi saya tidak menyimpan stok yang banyak kerana saya ingin mengekalkan prinsip DLO, menyediakan yang segar.  Terutama bahan-bahan basah seperti kekacang, krim keju maupun karet mentah untuk kek lobak merah.  

Bayangkan saya yang bekerja ini hendak mendapatkan bahan dari kedai menjual bahan kek (kalau di tempat saya tutupnya jam 8:00 malam.  Sekiranya hari itu hujan (fahamlah di Kuala Lumpur ini, hujan sikit boleh menyebabkan kesesakan yang maha hebat), mampukah saya sampai ke tempat dituju sebelum kedai tutup.  Perjalanan dari pejabat saya di Damansara Utama ke Sg. Buluh lebihkurang 1 jam.  Kalau jem, bayangkan!  Pasti menyebabkan jantung saya berdegup kencang sepanjang mengharungi kesesakan.  Kalau sempat alhamdulillah, kalau tak sempat.... habislah... dengan pelanggan dah kata boleh ambil dan bahan tak de.  Macamana ye???

Jadi, seikhlasnya saya mohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan last minute ini.  Kepada pelanggan diharap memahami situasi homebaker seperti saya.

Monday, November 14, 2011

RED VELVET - FIZA, LEGAL

CATATAN AHAD, 13 NOVEMBER 2011

Kek yang merah ini masih berada di tangga teratas carta tempahan.  Apalah istimewanya ya? Penggemar kek boleh beri saya jawapan tak?

Untuk kek baldu merah kali ini, tak tahu kenapa, warna merahnya kurang menjadi.  Kek ini sepatutnya merah darah atau merah menyala tapi kali ini dia menjadi merah hati walaupun food coloring saya guna, masih yang sama, bright red color Tan See Fong.  Takut juga kalau Fyza tak berkenan

Lepas mengadun krim keju, swirl saya pula tak menjadi.  Berkali-kali dilakukan pada kek cawan yang sama.  Kenapa ya?  Cuma Allah yang mengetahui.  Hasilnya swirl saya kurang kemas.  Takut Fyza tak berkenan.. Sesudah itu saya taburkan serbuk koko, dan tercari-cari apa yang patut saya letak di atas krim keju ini.  Saya segera menerap bunga-bunga kecil dari fondant dan terus meletakkan atas kek.  
Bunga-bunga kecil fondant diletak di tengah kek.

TERLUPA! Fondant cair atas krim keju.  Esok paginya saya lihat bunga-bunga kecil telah bersatu dengan krim keju.  Ala... macamana ni.. Akhirnya saya mengambil keputusan menaburkan cebisan-cebisan kek di tengahnya menutup kecacatan. 

 Fiza.. harap awak suka.... Terimakasih.


SURPRISE TAK MENJADI

Assalamualaikum

Semalam, 13hb November 2011, tarikh lahirnya Saudara Mohd Raziff Zulkifli atau nama manjanya Ajieb.  Ajieb teman sepejabat saya, seorang Penerbit yang lembut tuturkatanya.  Ajieb pernah menyuarakan untuk menempah kek lewat harijadinya kerana tiada siapa pernah menghadiahkannya kek, katanya.  Terlintas terus difikiran saya untuk 'surprise'kan Ajieb kek yang simple tapi sedap.

Pagi-pagi saya cukup excited, penuh harapan membawa kek ke pejabat.  Cuba merancang sesuatu dengan staff Malaysia Hari Ini, si cantik manis, Zahan tapi malangnya, Zahan dengan senyum lebar mengatakan si birthday boy tiada dalam negeri.  Ke Filipina.  Alaaaa.... tak menjadilah surprise kek aku... Apa lagi, kek pun dikorbankanlah bersama-sama Zahan, Ally Iskandar, Helmi, Nazrul, Liyana, Kak Ani, Alfian, staff 360 dan 999.  

Apa-apapun, Selamat Hari Lahir Ajieb, semoga menjadi insan yang lebih berjaya dunia dan akhirat.


 Kek : Sponge Cake Vanilla
Filling : Peach canned fruit
Frosting : Fresh Cream

Tuesday, November 8, 2011

BATRISYA DAN OREO CHILLED CHEESE CAKE

Catatan 7hb November 2011

Alhamdulillah, hari ini saya semakin sihat.  Harum sungguh bau sup tulang daging kurban yang sedang direbus.  Sedap dihirup panas-panas tambah dengan tekak yang tak berapa nak sedap ni.  

Saya oke je bila cucu sulung saya telefon suruh ajar Kek Keju Oreo (Disejukkan).  Ha! tak percaya saya dah ada cucu?  Batrisya anak perempuan anak buah saya.  So pangkat Wan (nenek) lah saya kan.  Batrisya datang dengan semua bahan yang siap dibeli.  Resepi Chef Noraini memang tidak menghampakan.  Resepi seperti di bawah :-

Nurul Batrisya tersenyum bangga dengan kek keju oreo sejuk. (Gambar kurang memuaskan)

OREA CHEESE CAKE (CHILLED)

Bahan-bahan

Biskut
230g biskut oreo (dihancurkan)
30g butter (dicairkan)

Cara Mengadun 
1.  Hancurkan biskut oreo (tinggalkan beberapa keping)
2.  Cairkan butter dan gaulkan bersama biskut oreo
3.  Tekankan dalam loose tin 7" dan sejukkan dalam petiais selama 30 minit

Kek
250g Philadelphia Cheese (apa-apa jenamapun oke)
180g gula kastor
Isi krim oreo
250g whipping cream
30g gelatin halal
80g air panas 

Cara Mengadun

1.  Cairkan gelatin dalam air panas, ketepikan
2.  Pukul whipping cream sehingga kental, sejukkan dalam petiais
3.  Pukul cream cheese, gula dan isi krim oreo sehingga berkrim
4.  Masukkan gelatin halal dan gaul sebati
5.  Campurkan whipping cream ke dalam adunan dan digaul rata
6.  Patah-patahkan beberapa keping coklat oreo dan masukkan dalam adunan cheese
7.  Masukkan dalam base biskut yang telah disediakan sebelum ini
8.  Sejukkan dalam petiais selama 5 jam, kemudian boleh dihidang.

SELAMAT MENCUBA

 

SALAM AIDILADHA

Catatan 5hb November 2011

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.  LAILAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM...

Sayunya hati kala mendengar alunan takbir memuji nama Allah, tuhan Pencipta sekian alam. Selesailah sudah ibadah haji umat Islam yang sedang berkumpul di Padang Arafah untuk tahun ini.  Setiap umat Islam yang pernah berada di tempat ini, pasti menyimpan niat untuk kembali. Semoga kita semua diberi rezeki untuk kembali ke Tanah Suci Mekah samada mengerjakan Ibadah Haji mahupun Umrah.  

Aidil Adha tahun ini keluarga kami menyediakan Nasi Beryani berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, dalca daging dan jelantah timun.  Namun tahun ini saya tidak join team memasak yang selalunya diketuai oleh Chef Along.  Tekak saya bagai disiat sembilu dan demam.  Kesian melihat Along dan Ua bangun seawal 5:00 pagi untuk menyiapkan hidangan pagi yang istimewa ini.  Agak terkilan kerana tidak sempat membuat tart nenas kegemaran Along.  Maaf ye Long, bila sihat nanti, InsyaAllah saya buat khas untuk Along.  Saya cuma sempat membuat kek belang coklat.  Di sini Resepi Kek Belang Coklat



Tahun ini juga, anak bujang tunggal saya 'exited' pergi solat sunat Aidil Adha bersama Pa'Gong (panggilan Muaz kepada abang ipar saya).  Lepas tu melihat orang menyembelih lembu.  "Kenapa semua orang kill lembu, sedih saya", ucap Muaz sebaik pulang.  Walau berkali-kali saya terangkan peristiwa Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail, namun Muaz masih tidak mengerti.  Tak pe wahai anak, nanti kamu akan faham juga.

Muaz bersama Pa'Gong.. sekembali dari solat

Lewat petang, kakak saya menjemput ke rumahnya di Sri Damansara.  Ada Mee Rebus, ketupat dan rendang.  Terus terfikir membuat kek cawan oren dan pandan bercoklat cip yang resepinya saya post sebelum ini.  Cuma untuk membuat pandan, gantikan oren dengan pes pandan.  Proses yang lainnya sama sahaja. Abang ipar cukup suka dengan kek oren.



Kek cawan ini pernah menjadi antara menu DLO yang digemari pelanggan.  Rasanya lembut, lembab dan kaya rasa oren.  Bolehlah mencubanya sendiri nanti.






Friday, November 4, 2011

LABAIKALLAHUMALABAIK...

Salam Jumaat...

Sudah lama saya mendengar tv bukan menonton tv.  Bekerja di stesen tv tetapi tidak menonton tv, pelikkan.  Tapi memang begitulah saya.  Tika berada di dapur melakukan aktiviti malam dan tv di ruang makan memang sengaja dibuka.  Malam tadi rancangan Ustazah Pilihan, entah mengapa rancangan ini gagal menarik perhatian saya.  Sesekali saya menjeling juga ke kaca tv bila rancangan Dari Tanah Suci Mekah (kalau saya tak silap) ke udara.  Menariknya malam tadi, bekas rakan sepejabat Haji Nazri Kahar yang berada di Kota Suci Mekah menemuramah host MHI juga DJ radio Sinar, Habsah Omar atau lebih mesra dengan Abby Fana.  Berlainan Abby dengan jubah hitam namun senda guraunya tetap sama.  Dua hari lagi, rombongan haji akan berangkat ke Muzdalifah seterusnya menyempurnakan ibadah Haji ini. Kepada Abby dan Haji Nazri semoga mendapat Haji Mabrur dan kepada semua pengunjung blog DLO yang sudah menjalani ibadah Haji, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

Dalam leka mendengar rancangan ini, saya menyiapkan beberapa tempahan kek butter pelangi dan kek cawan oren bercoklat cip untuk hidangan Aidil Adha agaknya.  Kepada yang ingin resepi kek cawan oren bercoklat chip, klik sini


Wednesday, November 2, 2011

RATU TAE-KWON-DO

Mengingati perwatakan sang Ratu ini tika masih kecil, sememangnya aktif, tak tau berjalan (yang dia tahu berlari),comel dan macam-macam lagi.  Mengingsut remaja, sang Ratu memang tidak membesar di rumah.  Dia membesar di hostel.  Anak kedua dalam keluarga kakak saya, meminati sukan lasak tae-kwon-do dari kecil, mula menyepak terajang dari umur 2 tahun lebih.  Tempat pertama dia belajar tae-kwon-do di Bukit Aman bersama-sama abang dan sepupu-sepupunya. 

Semalam saya menyaksikan rakaman KARISMA (sukan antara UiTM), sang Ratu mewakili UiTM Pulau Pinang.  Melihat beliau bertukar watak dari sang Ratu yang lembut ke sang Ratu yang ganas, tak dapat dinafikan EMAS yang sang Ratu sumbang untuk universitinya memang sepatutnya milik beliau.  Sang Ratu yang saya maksudkan ialah anak buah saya Angah (saya panggil minah engine sebab dia ambil kursus kejuruteraan injin).  Semoga Angah lebih berjaya dan bergaya dalam bidang Tae-Kwon-Do ini.  Link ke page Angah.

 Bersama kawan-kawan dan coach selepas menerima medal masing-masing.
 Inilah Angah @ minah engine...
Penerima Emas Kategori Lelaki dan Perempuan (agaknye laa)..