Wednesday, September 26, 2012

PENAMPILAN ISTIMEWA CHEF HANIELIZA

Salam

Tak sabar nak syer video ni dengan semua peminat dan pengikut Chef Hanieliza aka Kak Liza.  Sudi-sudikan ye.  Dengar betul-betul nasihat Kak Liza ni.  Saksikan rakaman Kak Liza dalam Wanita Hari Ini segmen Serikandi siaran 5hb September 2012.  Untuk tontonan UMUM... Alhamdulillah, dapat jugak upload video ni.




Tuesday, September 25, 2012

ORDER TERSELIT, RESEPI KEK CAWAN OREN

Salam.

Aduh!!! penat, penat dan penat!.  Minggu ni sangat penat.  Mungkin sebab umur dah merangkak senja, badan terasa cepat sangat penat.  Saya ambil nasihat Dr. Ng yang menyuruh saya mengambil Multivitamin dan vitamin C untuk membantu mengecas tenaga.  Jenama Amway mungkin bagus kot.

Oh ya, tidak disangka, selepas berbulan-bulan saya tidak langsung melayan order untuk kek mahukan kapkek atau sewaktu dengannya, tiba-tiba terselit satu.  Fyza Anas, memang suka order kek saya dari dahulu hingga sekarang.  Yang paling dia suka kek pelangi tradisional.  Macamana saya boleh bersetuju pulak dengan order Fyza, wallahualam.  Mesti sembur kiri sembur kanan kot si Fyza. 
 
Kek cawan oren coklat cip pilihan Fyza.  Seram jugak masa mengadun kek, almaklum, dua biji kek dan satu adunan kek cawan sebelumnya tak menjadi, gara-gara mixer jenama F.  Kalau nak tahu, mixer jenama F saya dah masukkan semula ke dalam kotak.  Mungkin ianya bagus tapi tiada keserasian antara kami.  Sebab tu adunan jadi bantat dan keras.  Sape nak beli, angkat tangan! Hehe..
 
Sebelum hantar anak saya trainning tae-kwon-do di sebuah sekolah di daerah ini, saya siapkan dulu kek cawan kecil-kecil dengan solo cup size 1 oz.  Dekonya Fyza kata bunga-bunga.  Saya fikir bunga-bunga atau garden kurang sesuai untuk anak manis berusia 4 tahun.  Fikiran Fyza mungkin dah sampai ke Australia kot, percutian terancang bersama keluarga.  Jangan marah ye Fyza.

Macamanapun, ni lah akhirnya deko kek cawan Nur Alya Qaisara.  Nak jadikan cerita saya terlupa nama sibirthday girl.  Main belasah je Alya Qistina.  Tak professional langsung kan... Nasib baik sempat 'alter' kat office.. hehe.. Dah get ready sebab memang tak yakin dengan nama sikecil ini.  Selamat Hari Lahir, Alya... Ummuahhhh!!


Gambar ihsan Fyza Annas
 
 
RESEPI KEK CAWAN OREN
Resepi oleh : Chef Noraini Zakaria
 
Bahan-bahan
 
250g butter
180g gula kastor
250g tepung kek
4 biji telur
30ml susu cair
1 st baking powder
1 st orange emulco
sedikit pewarna oren
Coklat cip secukupnya
 
Cara mengadun
 
1.  Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati
3.  Masukkan pula tepung berselang seli susu
4.  Campurkan coklat emulco dan coklat cip
5.  Bakar hingga masak

Selamat mencuba kek cawan oren yang sedap ini!
 


Thursday, September 20, 2012

ADAM DAN HAWA DAN UKIRAN BUAH

Assalamualaikum. 
 
Dah masuk bulan Zulkaedah.  Bulan Haji.  Terkenang saat buat umrah beberapa tahun yang lepas.  Sangat manis, sangat indah, sangat mengujakan.  Semoga saya dijemput untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini sekali lagi.  Amin..

Memang dua tiga hari ini saya asyik terkenang.  Sekarang tengah demam drama ADAM dan HAWA.  Mana-mana kita dengar orang bercerita pasal drama hasil adaptasi novel tulisan Aisya Sofea.  Penulisnya saya kenal kerana sama-sama belajar di UiTM Melaka.  Saya juga pernah sama-sama balik ke Kuala Lumpur dari Melaka dengan kereta dipandu pakcik beliau.  Pakcik penulis yang mesra dipanggil JUWA ini juga abang ipar saya.  Apa-apapun Juwa sudah berjaya dalam kerjaya yang dia pilih.  Tahniah!  Saya juga yang masih begini, masih di TV3 dan makan gaji. Alhamdulillah.

Semalam, ofis saya bermajlis lagi.. majlis makan-makan.  Serpihan open house Syawal. Meja kami atur panjang untuk muatkan pelbagai makanan yang dibawa.  Terlalu banyak makanan, dari KFC hingga ke cendol, dari laksa johor hingga ke laksam Kelantan, dari makanan berat hingga ke ringan.  Semua ada.  Alhamdulillah, sekali lagi kita dilambakkan rezeki oleh Allah swt.  Syukur.  Kalau nak tengok gambar, silalah ke blog Mazlin Nordin. 
 
Cuba tengok gambar di bawah!
 
Cantikkan.!
 
Saya sangat suka.
 
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik mengukir buah bolehlah hubungi Kolej Komuniti di tempat masing-masing.  Syyy!!! saya pun minat.  Boleh buat bisnes ni.  Sekarang, ramai pasangan pengantin sukakan pulut kuning menggantikan kek bertingkat.  Dengan ilmu ukir buah ni bolehlah dibuat hiasan di atas pulut.  Ye tak?  Betul kan!  Jom kita pakat ramai-ramai gi belajar buat ni. 
 
 Cantik buah labu diukir jadi bunga.  Bukan senang punya kerja tu.. labu keras..

 Water fountain dari sayur-sayuran


Honeydew.. habis majlis boleh masuk blender.. buat jus.. 






Tuesday, September 18, 2012

SALAH SIAPA NI.....?

Salam 1 Malaysia.

Hari Sabtu lepas memang hari yang agak mengecewakan juga.  Jumaat lepas, waktu saya bekerja, disebabkan di kiri kanan saya tv sentiasa terbuka bohong kalau saya kata mata takkan mengerling ke kaca tv.

Di kaca tv Chef Liza tengah beraksi bersama anaknya Chef Erin buat cre'me puff disumbat daging cincang Ramly Burger.  Pastu kek span gulung dengan daging cincang gak. Kek dihias bendera Malaysia.

Makanya, masa cuti umum Hari 1 Malaysia, sayapun berinisiatif le nak buat kek span vanilla resepi Chef Liza ni.  Lagipun nak rasmi mixer baru yang saya dapat percuma hari tu.  Mixer baru, resepi baru la kan.
 
Berkobar-kobar nak rasmi mixer baru jenama F ni...

Saya dah agak, ballon beater mixer jenama terkenal F ni agak kecil.  Masa saya mengadun, terpaksa berhenti berkali- kali untuk keruk keliling mangkuk adunan. Pantang tu untuk kek span yang kena putar laju sampai ke satu tahap.  Walau bagaimanapun, kek tu nanpak cantik naik, dengan baunya semerbak mewangi, maka hatipun mekarlah berbunga. Nak syok sendiri decorate kek bermotifkan orkid kononnya.
 
 
 Kek Span Vanilla yang masak cantik di bahagian atasnya

Masa nak tunggu kek sejuk, saya adun pula buttercream, pun nampak susah nak kembang, K beaternya jugak kecil. Putarannya tak sampai ke tepi.  Belasah je lah.  Kita yang buat dia kan...

Sayapun terbalikkan kek untuk buang lapik kertasnya, aduhai!!! Luluh jiwa raga bila tengok bahagian bawahnya keras macam puding.  Pertama kali dalam sejarah saya buat kek span TAK MENJADI....Hukhuk.  Takpelah.  Saya potong bahagian yang keras, jadi nipislah kek tu. Pastu saya potong lagi dua nak letak filling bluberi.
 
Hancur!!!
 
Setelah di'plaster' dengan buttercream.  Tade mood dah dengan kek ni... Rasa cam nak buang jek..
 
Apa lagi hancurlah jadi kek tu. Tak pelah... Nanti tampal dengan buttercream. Tampal punya tampal buttercream tak cukup untuk buat bunga okid idaman kalbu. Creamlite tak de stok kat rumah. Memang disasterlah kek ni. Penghabisannya jadilah kek yang comot dekonya. Mood terbang melayang.


Siapa yang salah?  Salah saya mengadun atau kegagalan mixer menjalankan misinya?  Kita nantikan kek seterusnya yang akan saya adun guna mixer jenama F ni.  Tak puas hati ni....

Macamanapun kek ni saya bawa ke rumah kakak yang kebetulan mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya.  Langsai jugaklah.  Alhamdulillah.



Resepi Chef Liza di bawah.

KEK SPAN VANILLA (KEK GULUNG 1 MALAYSIA)
Resepi : Chef Liza

Bahan-bahan

BAHAN A

6 biji telur
4 biji telur kuning
150g gula kastor
1 sb ovellette
100g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sb serbuk penaik

BAHAN B

1 sk serbuk lada hitam (saya tak letak)
1/4 sk garam

BAHAN C

30gm santan sederhana cair

BAHAN D

100gm minyak jagung

Cara Mengadun

1.  Masukkan semua bahan A dan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana.  Selepas 3 minit putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat.

2.  Perlahankan mixer dan masukkan Bahan C dan putar lagi

3.  Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung dengan kaedah menuangnya sedikit demi sedikit tetapi berterusan

4.  Bakar sehingga masak







Tuesday, September 11, 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE - RESEPI

Salam Syawal.

Alhamdulillah, my precious mom dah boleh keluar hospital hari ni.  Syukur Syukur Ya Allah. 

Hari ni Open House MPB.  Ruang office kosong, sebabnya ramai yang tengah menjamu selera di bawah.  Tema tahun ni negeri-negeri di Malaysia.  Jabatan saya tahun ni kena jamu makanan orang Melaka.  Dari deko booth, makanan dan persembahan sume kena bertemakan Melaka.  Alhamdulillah, kenyang hari ni.  Macam-macam ada.  Apa pun saya tak mahu bercerita panjang pasal open house ni.  Gambar ihsan Mazlin Nordin.
 
Amy Search antara artis yang hadir 

Booth Primeworks
 
Kawan-kawan bergaya dengan baju raya
 

Saya nak bercerita pasal kek coklat lembab yang diminta sibujang saya untuk kelas mengaji.  Seingat saya resepi kek ni diberi oleh seorang sahabat yang sama-sama belajar deko kek di Loveliana Cake lama dulu.  Dah lost contact dengan sahabat yang gelar diri dia Ani.  Kek ni sangat lembut walau dikukus mahu pun dibakar.  Lebihkurang je tahap kelembapan dia.  Rasanya resepi Ani ni lebihkurang je dengan resepi Chef Zubaidah.

Resepi Kek Coklat Lembab di bawah :-
 
 
Deko yang simple-simple je dengan tulisan gigil-gigil..hehe... dah lama tinggal
 
 
KEK COKLAT LEMBAB
Sumber : Makcik Ani

Bahan-Bahan A

100g serbuk koko
1 tin susu cair
250g susu pekat
200g minyak jagung
200g gula kastor

Bahan B

150g tepung kek
4 biji telur gred A (dipukul)
1st baking powder
1st baking soda

Cara Mengadun

1.  Campurkan semua Bahan A didalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga berkilat.  Angkat dan sejukkan.

2.  Ayak tepuk kek, baking powder dan baking soda,ketepikan. 

3.  Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam Bahan A, kacau sebati.  Masukkan pula bahan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

4.  Sediakan tin empat segi bersaiz 8", masukkan adunan dan bolehlah dikukus atau dibakar sehingga masak.

Dah siap dan bolehlah dihias.
 
 
 
 
 
 Selamat Mencuba.


Thursday, September 6, 2012

MERDEKANYA MALAYSIA!

Salam Merdeka!

Agak terlambat tapi masih boleh mengucapkan Salam Kemerdekaan untuk semua pembaca blog khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Marilah kita sama-sama menanamkan rasa kecintaan dan semangat mempertahankan negara ini.  Janganlah sia-siakan KEMERDEKAAN dan keamanan yang telah kita kecapi selama 55 tahun.  Jangan biarkan bangsa asing ambil kesempatan.  Pertahankan selagi boleh hak-hak orang Melayu kerana orang Melayu cuma ada Tanah Melayu ini sahaja. 
 
SAYANGIlah dan HARGAIlah pengorbanan YAB Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan mereka yang berhempas pulas membebaskan negara ini dari penjajah.  Alfatihah untuk Almarhum Tunku dan mereka-mereka yang telah berjuang habis-habisan demi maruah negara.  ALFATIHAH!...

Filem arahan Suhaimi Baba patut ditonton golongan muda
 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
(nota :- mengalir airmata menyaksikan filem 1957 Hati Malaya yang sangat-sangat menyentuh hati especially part Tunku nak gi London duit tak de, orang-orang perempuan pakat tanggal emas masing-masing, kutip derma nak bagi cukup. Naik semangat Patrotik!).


Meremang bulu rama masa NEGARAku dinyanyikan dan JALUR GEMILANG dinaikkan


 
 
 
 

Monday, September 3, 2012

SAYA JUMPA CHEF HANIELIZA

Salam

Nampak gambar tu? 

Siapa?

Yang kusam tu saya, yang berseri tu Chef Hanieliza.


Seronoknya dapat jumpa Chef Hanieliza, tak terkata dengan perkataan.  Saya mengikuti perkembangan Kak Liza dari zaman dia berfotopages lagi.  Lama dah tu.  Dari Kak Liza muda sampai Kak Liza bertambah muda lagi, saya masih setia mengikuti perkembangan beliau.  Banyak masakan dan kuih muih Kak Liza yang saya cuba, kebanyakkannya menjadi.  Kalau tak menjadi pun, atas kesilapan saya sendiri.  Buku 1 resepi 1 hari jadi sahabat setia saya sekarang ini.  Bukan setakat saya, rasanya beribu lagi wanita menjadi buku Kak Liza sebagai panduan.  Malangnya hari ini, saya terlupa nak bawa buku-buku tersebut.  Kalau tak bertambah bilangan buku masakan yang ditandatangan oleh penulisnya.  Mungkin lain kali ye Kak Liza.

Kak Liza datang ke ofis  untuk syer pengalaman bertahun beliau memasak dan menyumbang resepi dengan semua penonton Wanita Hari Ini (WHI).  Kak Liza juga nak syer award yang Kak Liza dapat atas sumbangan beliau dan bidang masakan.  Tahniah Kak Liza. 

Yang paling memorable ialah saya dapat tangkap Kak Liza, sebelum Penerbit Wanita Hari Ini tangkap beliau.. heheh... dapatlah borak panjang dengan Kak Liza yang tak lokek ilmu.  Terimakasih banyak-banyak Kak Liza, sudi berkongsi ilmu dengan saya.  Paling bes dapat rasa markaroni goreng Kak Liza bawa.  Dikongsi ramai-ramai di ofis.

Saya dan Kak Liza

Marcaroni (eh canne ejanya ye).. goreng dari Kak Liza.   Sedap Kak dan terimakasih.
 
 
NOTA :  Untuk menonton rakaman klip Kak Liza di Wanita Hari Ini, sila ke http://dlittleoven.blogspot.com/2012/09/istimewa-dari-chef-hanieliza.html