Monday, February 29, 2016

PERWIRA GAGAH BERGAYA

Assalamualaikum wbt

Temasya sukan sekolah hari ni. Bukan sekolah boy, tapi sekolah rendah tempat saya menimba ilmu dari darjah satu sampai darjah enam. Sekolah tempat ibu saya, Hajah Cik Wok bersekolah. Sekolah yang umurnya hampir seratus tahun.

Apapun, saya teruja melihat kesungguhan guru-guru menjayakan temasya sukan. Guru memang sentiasa bersungguh dan kreatif.



Kumpulan ini saya rasa paling bersemangat. Sesuai dengan nama pasukannya PERWIRA. Memakai uniform celoreng siap dengan sepanduk memperlihatkan betapa gagahnya mereka ini.


Dilengkapi replika kereta perisai sebagai lambang keperkasaan, agaknya itulah tujuannya. Yang di sebelah kiri tu meriam agaknya. Bukan sikit kerja guru-guru team ini.


Sepanduknya pun berbentuk helikopter. Comel sungguh. Team rumah Hijau atau Perwira ni menang keseluruhan rasanya. Well done children. Semoga kamu excellent juga dalam pelajaran dan masa depan.


Well done juga pada semua guru-guru yang bertungkus lumus, bersengkang mata, berpenat dan berpanas bagi menjayakan event ini. Tak dapat bayangkan betapa penatnya kerjaya perguruan ini. Sentiasa ingin memberi yang terbaik. Apapun terimakasih menjadi matahari kata Dato Mohd Fadzilah Kamsah, menyinari kehidupan setiap makhluk di bumi ini.

Balik dari sukan, baru teringat hari ni tarikh dan titik mulanya saya dan suami melayari bahtera rumahtangga. Sudah 18 tahun rupanya. 

Masak special sikit dengan bahan-bahan yang banyak takde, nasi tomato dan ayam masak merah. Berselera boy makan. 

Terimakasih kepada yang memberi ucap selamat tak kira di FB atau WA. Terimakasih atas doa.

Sampai di sini dulu. Jumpa lagi in sha Allah.
Wassalam.

Saturday, February 27, 2016

DENGGI, KOPI DAN SEMANGAT

Assalamualaikum wbt

Musim nyamuk aedes menyerang. Rumah kami dua orang tumbang, cikgu Zura dan along. Along terpaksa masuk hospital positif denggi.  Di wad dia tak risau diri dia tapi risau emak yang tinggal di rumah.


 Seminggu di wad dan dirawat pegawai perubatan handsome ni, Dr. Amir Halim nama kat name tag tersemat di talileher. Doktor handsome camni cepat sikit baiknya, kan.  Entah anak siapalah Dr Amir ni. Mesti parents dia bangga. Saya yang perhati dia merawat alongpun bangga. Kerjaya yang pahalanya berpanjangan sehingga ke alam barzakh. Salute you doc. Moga boy ikut jejak langkah doc mencari kerjaya yang pahalanya berterusan dan tidak putus. Aamin.


Seminggu di wad, kami usahalah buat sup ketam, air jambu batu, air hundred plus dan jus betik. Hasilnya kencing manis along mencanak naik. Penyudahnya along cuma minum air kosong sebanyak mungkin sampailah along discaj. Pesan doktor handsome walau kat rumah kena minum juga sampai betul-betul sembuh.

Alhamdulillah, semua dah kembali normal. Kawasan rumahpun dah difogging dan diperiksa pegawai kesihatan. Cek semua clear, takde air yang bertakung, takde jentik-jentik. Kalau ada kena kompaunla kita.

Fogging ni bukan takat nyamuk mati, lalat pun hilang. Senang sikit hati bila meja makan bebas lalat. 


Sekarang ni stall kecil macam ni tumbuh macam cendawan lepas hujan. Semua orangpun faham keadaan ekonomi kita sekarang. Ekonomi teruk, itulah puncanya. Apapun, seronok bila lebih ramai Melayu berniaga sekarang.


Minggu lepas, saya ada cerita pasal Pirate Coffee, hari ni Coffee Beh pulak. Rasanya lebih kurang sama saja cuma Pirate Coffee lebih pekat dan berkrim.

Tapi ceritanya di sini, bukanlah sedap tak sedapnya kopi ni tapi sipenjual kopi itu. Istimewanya sipenjual kopi ni baru berusia 16 tahun dan masih belajar di sekolah menengah sekitar Sg Buluh, Selangor. Budak-budak lain sibuk dengan gadget dan sebagainya, mereka sudah menjana income ya.

Mereka memang suka berniaga. Sabtu dan Ahad full time dan waktu sekolah, sesudah habis homework mereka bukak gerai pada waktu petang. 


Hari ini kita tengok mereka berniaga kopi, suatu hari nanti tidak memeranjatkan mereka boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang lebih besar dan lebih mantap cabarannya. Suka tengok semangat dan jatidiri mereka. Anak-anak Melayu patut contohi mereka ni.

Kalau dah berjaya nanti, jangan lupa tanggungjawab sebagai pengikut Muhammad saw. Setiap rezeki yang masuk ke poket kita ada bahagiannya untuk yang susah dan tak berdaya. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Semoga boy juga punya semangat kental macam mereka ni. Usaha menjana pendapatan sendiri tak mengharapkan ibu bapa. Anak siapalah mereka ni. Sejuk perut ibu yang mengandung 9 bulan.


Cantik tempat ni kan. Krew Jejak Rasul sudah sampai ke Kundiawa, Papua New Guinea. Tak pernah terlintas PNG sebuah negara ysng Subhanallah cantik pemandangannya. Minggu depan kembara ke Fiji pula. Doakan keselamatan dan dipermudahkan Allah swt.

Dan...


Krew Bersamamu berkelana ke Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah membawa ahli keluarga Bersamamu yang bertuah terpilih menunaikan umrah.  Sudahpun berangkat pada 26 Mac Februari yang lalu.

Kepada peneraju Bersamamu Umrah 2016,  Mazlin Nordin, Faizal Murad dan Zahir Ramli semoga dipermudahkan Allah swt usaha kalian membantu menggembirakan mereka yang susah. Selamat pergi dan kembali. Jangan lupa bawak gelang Mekah balik ye. 

Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi, in sha Allah.

Sunday, February 21, 2016

CERITA SAJA-SAJA

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya tiada yang menarik minggu ni. Minggu stress dan minggu berperang dengan boy, banyak kena buat revision untuk sekolah kebangsaan dan juga KAFA.


Apapun, syukur alhamdulillah krew Jejak Rasul ke Papua New Guinea selamat menjejakkan kaki ke Port Moresby selepas mengharungi pelbagai ujian. In sha Allah mereka memberi yang terbaik untuk siaran Jejak Rasul 2016 di bulan Ramadhan nanti. Belum ada krew penerbitan mendokumentasikan kisah umat Islam di bumi bangsa kulit hitam ini.


Gema azan di Oceana di hari pertama mereka di sana. Gambar-gambar saya ambil dari FB milik penerbit JR 2016. Walaupun sumbangan saya tidak besar  untuk program ini, saya berbangga kerana mereka berani menerokai kisah kehidupan umat Islam di sana yang jumlahnya cuma sedikit. Untuk ke sana bukanlah usaha yang mudah. Banyak ujian dan cabarannya.

Jadi jangan lupa saksikan JR nanti.


Dalam sibuk buat revision sempat juga boy ikut ke pejabat dan cuba apps game baru Ejen Ali.


Apps ini nanti dilancar bersama-sama program terbaru dalam slot Banana menggantikan Boboboi. Kalau ikut sedutan cerita Ejen Ali ni nampak menarik. Gamenya pun menarik. Boy kata agak susah nak complete assignment.


Kalau dah launch bolehlah cuba download dan try sendiri. 


Seronoknya zaman budak- budak. Masa zaman kita budak-budak tak stress, yang kita tahu main dan main dan main. Tapi budak zaman sekarang stressnya sama dengan kita yang bekerja. Stress yang sepatutnya belum tiba masa.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi.

Tuesday, February 16, 2016

YANG ITU... YANG INI.. MACAM-MACAM

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, bengkak kat bawah telinga boy dah baik. Terimakasih tips dan doa.  Hari ni follow up check up dengan Dr. Syikin di Hospital Uitm. Bukan main happy boy dapat satu hari lagi cuti sakit.

Hari ini panas berdenting. Habis setengah hari di hospital. Memang ramai sungguh. Cuaca panas hujan panas hujan buat badan jadi tak sihat.  Dah pukul 1 lebih baru selesai.

Bila kita drive patut letak phone di tempat yang senang capai. Phone dalam handbag, letak pulak di bawah sit. Sekarang ramai penjenayah, handbag kena sorok sikit. Bila phone berdering ada call masuk, aduhai.. jenuh nak mencapai phone dalam handbag. Terpaksa cari tempat selamat untuk  berhenti.


Berhenti pulak kat gerai jual coffee ala ala Gloria Jeans atau Star Buck boleh melegakan tekak. Tapi ni bumiputra punya. Support la Kopi Lanun atau Pirate Coffee ni.


Macam-macam flavor ada. Sesiapa yang lalu di jalan industri Sg Buluh boleh lah singgah. Boy pilih mocca caramel. Macam biasa boy suka bagi suggestion. Kali ni dia minta kakak owner tu tambah pirate donut dan pirate churros untuk kudapan pulak. Sampai lupa kakak nak ambil duit dengar explaination boy.


Cantik usahawan ini. Lunch hour dia turun dari office tempat dia kerja dan pantau pekerja. Sorang pekerja loghat Terengganunya pekat sungguh. Seronok borak dengan orang bersemangat tinggi.


Dalam perjalanan balik sepanjang jalan Sg Buluh Dalam, dulu lokasi Hospital Kusta banyak betul nursery. Sebenarnya banyak nursery tu kepunyaan bekas pesakit kusta yang sudah sembuh. Kalau di Jalan Hospital untuk kaum berbangsa Cina dan di Kampung Melayu Sg Buluh pulak untuk orang Melayu. Sebab diasingkan, tak pasti. Banyak cerita tentang tempat ini sebenarnya. 

Teringin nak berhenti tengok-tengok bunga untuk program mini garden belakang bilik boy tapi cuaca memang panas ting ting dan dah lewat untuk solat Zohor. 


Boy dari pagi tak makan food yang betul, cuma makan ringan, jagung dan roti.  Petang, boy ajak ke Tasik Biru.  Apa yang ada di Tasik Biru ni?


Dekat sini ada satu gerai makanan jual kueteaw banjir dan kueteaw Tsunami. Memang banjir dengan seafood. Kalau Tsunami memang tsunamilah pinggan dengan udang dan ketam. Harga pun berpatutan. 

Yang boy makan tu kueteaw special. Selalunya udang lebih banyak. Tapi hari ni supply udang tak sampai sebab supplier masih cuti Tahun Baru Cina.


Ini sekumpulan pencinta sukan kapalterbang kawalan jauh dan drone. Istimewanya kapalterbang mini mereka ni boleh hover atas air.


Kata bro ni kos untuk sukan ni taklah mahal. First impression bila tengok peralatan memang macam mahal sangat tapi sebenarnya tidak. Bergantung pada kita anggaran kos yang kita mampu. Samada kita nak besar atau kecil. Macam yang bro ni tunjuk kosnya tak sampai rm100. Cuma alat kawalan jauh nya yang mahal sikit. Apapun kosnya tak lebih rm300.00

Mereka ni sedang dalam usaha untuk mengetengahkan sukan kapalterbang kawalan jauh atau RC Airplane ni kepada orang ramai.


Untuk mengendalikan kapalterbang atas air tidak semudah di darat. Untuk beginner boleh berlatih guna alat simulator atau virtual training. Dah okay dan confident boleh alih ke field sebenar.

Menarikkan. 

 Yang berminat boleh email saya untuk contact number kelab RC ni. Saya tak berani nak publish phone number di sini.


Dah Maghrib, jomlah balik.

Hidup ini tak selamanya. Alfatihah untuk sahabat yang lebih dulu dipanggil Ilahi.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi.

Wassalam.

Tuesday, February 9, 2016

YANG PENTING KERJASAMA



Assalamualaikm wbt

"Apa yang penting... kerjasama", kata Wonder Pets. Kerjasama memang penting nak menjayakan misi kami di cuti Tahun Baru Cina.



Misi merobohkan pondok simpan barang yang dah uzur dan dimakan anai-anai. Sekarang musim angin kuat. Anytime pondok buruk ni boleh collapse. Yang paling menakutkan atap zinknya tercabut dan kena kat orang sekeliling. Na'uzubillah.

Kereta Datsun 130Y yang lejen tu milik arwah abah. Ke hulu ke hilir kami dibawa arwah abah dengan kereta ni. Ke Port Dickson, ke sekolah, ke hospital, ke taman, mana saja. Tua kereta ni dan dah tak boleh gerak.


Jadi kami decide nak robohkan samping tu boleh gather adik beradik dan makan-makan. Bestkan.



Kebanyakkan isi store ni milik arwah Pak Usu dan arwah Cik Nah. Pinggan mangkuk, mesin jahit Singer, washing machine. Apa yang boleh simpan, kami simpan yang lain buang.



Masa bawa barang-barang keluar, mencicit lari tikus. Banyak, dah jadi sarang diaorang. Boy pulak tak mahu join. Sentimental hatinya sedih bila pondok buruk diroboh.


Nak bukapun kena hati-hati sebab takut terkena pokok pulasan di belakang dan dapur Kak Da di sebelah kanan. Kayu dan papannya banyak yang dah reput. Apapun menjelang Zohor, dah selesai tugas membuka, tinggal kerja membersih pulak.


One.. two... three.. habis roboh semua


Badang-badang kerja di luar, suri-suri masak lunch. Habis dapur Kak Da kami sepahkan. Rewang masak makan tengahari. Masing-masing bawa bahan mentah lauk yang nak dimasak.


Ayam goreng ala KFC, gulai lemak ikan masin dengan nenas, goreng cili ayam. Ada lagi yang takde dalam gambar sayur campur dan ikan stim. 


Makan ramai-ramai kat luar rumah Kak Da bawah pokok rambutan dengan angin sepoi- sepoi memang best.

Selesai solat Zohor, kerja-kerja memilih kayu yang masih elok dan bakar yang dah reput pulak. Boy sampai kesudah tak mahu join sebab tak setuju store kena roboh. Boy... boy..


Semua kerja selesai jam 6.00 petang. Kami duduk pulak minum petang dan rai birthday Februari.

Sanah helwah anak buah Afiq Haidi, sepupu Oloi dan juga Mak Yong. Indahnya suasana. Kalaulah kita kenal saudara-mara makyong dan Oloi sebelah ibu yang berbangsa Cina, mesti meriah. Sama-sama sambut tahun baru cina.


Rasanya hari ini sungguh sempurna. Kerjasama gotong royong walaupun penat, kerjanya kotor tapi kebersamaan sesama ahli keluarga itu yang paling istimewa. Kalaulah arwah abah masih ada, pasti dia tersenyum melihat perpaduan ini.

Dah hampir jam 2.10 pagi. Macam-macam bunyi unggas malam saya dengar. Sampai di sini dulu. Ada rezeki, panjang umur kita bertemu lagi.

Wassalam.

Saturday, February 6, 2016

BENGUK ATAU BUKAN?

Assalamualaikum wbt

Emak kata benguk atau mumps, tapi doktor kata lymphadenitis. Entahlah. Nak percaya emak yang banyak pengalaman hidup sebab usianya sudah lebih 80 tahun atau doktor yang belajarnya tinggi.


Simptomnya demam, letih dan sakit kepala. Benguk berada di bawah rahang manakala lymphadenitis terletak di bawah telinga. Tu yang doktor kata. Emak pula bagitau orang dulu kalau bengkak kat leher takde lain benguklah tu. 

Doktor bekalkan boy pain killer dan augmentin, antibiotik.

Lepas hari ketiga bengkak di leher boy makin besar, rasa elok juga cuba petua orang tua. Campurkan nila dan cuka makan sapu kat bengkak tu. Kita tengok hasilnya nanti.


Mampu makan bubur je sebab kalau makanan keras sakit nak kunyah.

Kalau ada cara lain merawat penyakit ini bolehlah syer dengan saya.

Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi, wassalam.

Monday, February 1, 2016

ITULAH REZEKI NAMANYA

Assalamualaikum wbt

Bertemu itu rezeki, berpisah juga rezeki. Semuanya adalah jodoh dan jodoh itu milik Allah swt.

Khamis 28hb Januari 2016, lunch hour tanpa disangka, tak dirancang dengan izin yang maha berkuasa saya diketemukan dengan kawan-kawan yang sangat saya rindu.



Julai 1986 saya ditawarkan untuk menyambung pengajian di ITM Terengganu terletak di Dungun, Terengganu.  Siapa sangka perkenalan beberapa bulan diperingkat pra diploma telah terjalin ikatan persahabatan yang bukan suam-suam kuku.

Saya kemudiannya bertukar ke ITM Melaka, meninggalkan kenangan indah Kampus Sura Gate. Pantainya, lautnya, desir anginnya, pokok rhunya, rumah lamanya, pakcik guardnya, kelas kayunya dan paling bes, penghuninya, mates yang awesome.  Alahai! memang betul-betul rindukan tempat ini.  Malangnya Kampus Sura Gate sudah tiada.  Sudah dibangunkan untuk tujuan komersil.

Terimakasih pada Penyu Lawa kalau tak disebabkan resepi dia di facebook dan izin Allah hilang terus ukhuwah ini. Terimakasih Nor'Aini yang bertanya resepi di wall Penyu Lawa dan saya pula tergerak untuk mesej dia sebab wajah yang macam kenal. Terimakasih Allah. Semoga ukhuwah ini tetap utuh sampai bila-bila.



Alhamdulillah. Kak La dah selamat sampai ke Malaysia. Selamat dah menunaikan umrah. In sha Allah 2018 haji pulak.


Minum air zam-zam memang rasa macam satu nikmat yang luarbiasa. Kan air zam-zam ada di tanah suci saja. Bila sampai ke tekak memang sesuatu yang.... tak tau nak kata. Kita servelah air ni pada sedara mara yang datang rumah petang semalam.


Jajan istimewa dari tanah suci. Kacang pintar pistachio, brain food kismis, kacang mahal badam, buah kesukaan nabi saw kurma dan buah syurga buah tin.  Selain buah zaitun, buah tin disebut dalam al-quran iaitu Surah At-Tin.  Banyak khasiat buah ni.


Hidangan biasa tapi rasa istimewa dari rumah kami, nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan jelatah timun. Istimewa sebab yang dijamu orang-orang penting dan kita sayang. Tak sempat nak masak variety lauk. Nipun syukur alhamdulillah.



Ramai-ramai berkumpul kerjakan inai mekah. Masing-masing merah kuku di jari.


Paling win gelang mekah yang boy pakai tu. Susah nak dapat sekarang. Orang lelaki mana boleh pakai tu boy.. bukak sekarang jugak.


Minggu yang paling awesome dalam bulan Januari 2016. Semua rezeki Allah. Alhamdulillah. 

Sampai sini dulu. Jumpa lagi in sha Allah. Wassalam.