Friday, January 28, 2011

BLUEBERRY CHEESE TARTLET




Ini resepi cheese tartlet yang pertama saya belajar dua tahun lepas dengan Chef Fauziah. Resepinya simple khas untuk orang nak berniaga. Di sini saya syer resepinya.

TART PASTRY

125g butter
60g gula icing
250g tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 st esen vanilla
2 st air

Cara-cara membuat pastry

1. Putar tepung dan gula dengan speed perlahan
2. Masukkan butter
3. Kemudian campurkan kuning telur dan pukul sebati
4. Campurkan esen vanilla dan uli sehingga menjadi doh
5. Rehatkan doh selama 15 minit sebelum ditekan kedalam acuan tart

BAHAN CHEESE FILLING

250g cream cheese
60g gula icing
1 biji kuning telur
20g butter

Cara-cara

1. Pukul cream cheese selama 5 minit dengan speed perlahan
2. Masukkan gula diikuti kuning telur
3. Campurkan butter dan putar selama 5 minit
4. Pipekan ke dalam kulit pastry dan letakkan sedikit blueberry filling
5. Bakar pada kepanasan 150 c ( ikut oven masing-masing la ye)
6. Bolehla dihidangkan........

SELAMAT MENCUBA ya....

MARBLE CUPCAKE

.


Menulis entry kali ini agak istimewa kerana suara yang berkumandang di corong radio adalah penyanyi kesayangan saya, Anuar Zain dengan lagu... sedetik lebih..nyaman sekali lagu ni ditambah dengan suasana sunyi malam.

Okelah, kali ini saya mencuba resepi Rinnchan sekali lagi, kek cawan marble. Anak buah orang pertama mencuba rasa kek marble ini. Sedap katanya. Simple je resepinya :-

MARBLE CUPCAKE
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan
180g butter
140g gula
220g tepung
2 biji telur grade A
100ml susu
1 st esen vanilla

Cara
1. Putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu
2. Perlahankan mixer dan masukkan telur dan esen vanilla
3. Sedikit sedikit campurkan tepung ke dalam adunan berselang seli dengan susu
4. Sediakan acuan cupcake
5. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 c (bergantung pada oven masing-masing)

Selamat mencuba...

Sunday, January 23, 2011

CHOCOLATE STRAWBERRY CUPCAKES



l
Dalam menyiapkan tempahan kek sifon pandan, teringat resepi dari fotopages Rinnchan yang nampak menarik.. sementara menunggu kek dalam oven masak, saya mencuba resepi kek cawan coklat blueberri ini. Mulanya kurang yakin sebab selalunya resepi yang diambil dari internet tak menjadi, tapi sedikit pengalaman dalam baking membaking ni, rasanya resepi dari Rinnchan ini boleh dipercayai. Hasilnya... tidak menghampakan.. dan rasanya pun sedap. Kepada yang hendak mencuba... resepi disertakan di sini.

CHOCOLATE STRAWBERRY CUPCAKES
sumber : Rinnchan

Bahan-bahan
150g butter
200g gula castor
3 butir telur grade A
220g tepung gandum (DLO guna SRF)
3 tsp serbuk koko
200ml susu segar
Coklat masakan dipotong dadu
Sedikit blueberry filling

Cara-cara
1. Putar butter dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Campurkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak ke dalam adunan diselang-seli dengan susu segar (bermula dengan tepung dan diakhir dengan tepung juga)
4. Sediakan mangkuk kek cawan dan masukkan 3/4 adunan kedalam mangkuk
5. Letakkan sedikit inti blueberri di tengah-tengah adunan bersama-sama coklat yang dipotong dadu tadi
6. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150c (mengikut oven masing-masing) selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Saturday, January 22, 2011

KEK SIFON KELADI

Kek sifon keladi menggunakan resepi yang sama seperti yang saya pos sebelum ini cuma pes pandan ditukar ke pes keladi. Untuk rasa keladi yang kuat, letakkan 2 sudu besar pes keladi ke dalam adunan. Boleh tahan sedap juga rasanya.



Sunday, January 16, 2011

KEK SIFON PANDAN




Kek Sifon Pandan
Thanks Chef Noraini Zakaria for the great receipe

Bahan A
150g tepung kek
1 st serbuk penaik
1/2 st soda bikarbonat
1 st pes pandan
125g gula kastor
7 biji kuning telur gred A
75g minyak masak
75g pati santan

Bhan B
7 biji putih telur gred A
125g gula kastor
1/4 st serbuk krim tartar

Cara Membuat
1. Bahan (A) ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan. Campurkan bahan lain dan gaul sebati
2. Pukul (B) hingga pekat dan gebu. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Sediakan acuan kek sifon berukuran 24sm, tuang adunan didalamnya.
4. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180 c selama 5 minit - 1 jam (bergantung pada oven masing-masing)

Nota : Untuk menjadikan kek lebih gebu, gaul adunan dengan senduk kayu perlahan-lahan supaya gelembung udara dalam putih telur tidak pecah.

Cuba la ye..

Sunday, January 9, 2011

DZULFIQAR'S 13TH BIRTHDAY



Cake : Chocolate Moist Cake (bottom) and sponge cake with vanilla flavor for upper cake
Frosting : Buttercream
Type : 3D

Saturday, January 8, 2011

KAK NURA PWS



Disebabkan kesibukan melampau minggu ini, cuma dapat menyiapkan satu set chocolate cupcakes yang teramatla simplenya. Itupun atas permintaan BOS, Kak Nura.