Thursday, May 31, 2012

ADA SAMBUTAN RUPANYA!

Assalamualaikum dan salam Khamis

Hari ni saya curi waktu makan lagi untuk update blog.

Rancangan Malaysia Hari Ini bawa sate Haji Samuri ke studio, bakar sate arnab tapi malangnya saya tak merasapun.  Dapat bau je.  Sampai hati kawan-kawan tak tinggal sikit untuk saya. Tu namanya tak de rezeki.  Krew studio pun ramai yang tak merasa, ini kan saya, ye tak?

Apa-apapun, sebab semalam hari lahir saya, saya bawalah coklat kukis saya ke ofis hari ni. 

Balang kukis yang dah tinggal separuh

Ramailah yang merasa.  Kebetulan Chef yang selalu dijemput ke program stesen ini juga rasa  kukis saya dan nasib baik (alhamdulillah) komennya memberangsangkan.  Suspen!!, (debar macam dalam program master chef pulak), kalau-kalau komen dia tak oke.  Mau tak debar, depan ramai orang dia kasi pendapat dia.  Sebab komen dia bagus, terus ada yang order untuk minggu depan, minggu depan lagi satu dan minggu depan dan depan.  Terimakasih Chef Yang Jamil. 

Raya tahun ni saya jadi pengusaha kukis pulak lah rasanya.  Dah ada yang order untuk hari  mulia yang akan datang tak lama lagi ni.  Sekali gus kukis yang saya bawa tu jadi sample hari raya pulak. 

Sejak bila pulak dia ni jadi model kukis yek

Dah lama saya belajar buat kukis ni.  Rasanya seawal saya meniaga kek dulu.  Terimakasihlah Chef Noraini Zakaria yang bagi tunjuk ajar dan resepi biskutnya semua sedap dan lazat-lazat belaka. Cuma masa tu saya lebih fokus kepada kek (kek pelangi dan kek buah resepi keluarga saya). 

Tak sangka ada sambutan rupanya kukis saya.  Alhamdulillah.




Sunday, May 27, 2012

EH! TIBA-TIBA AKTIF BALIK...

Assalamualaikum.  Salam Ahad. Dah pukul 11:00 malam.  Baru dapat update blog ni.

Kebetulan di kaca tv, program terbitan seorang sahabat di Jabatan Hiburan, Saudara Zaini, sedang ke udara,  program JANGAN TIDUR LAGI... Jadi.. jangan lah tidur lagi, baca lah dulu entry saya ni.  Tapi, esok kerja ek, kalau takut terbabas, silalah beradu.  Saya pun bakal beradu kejap lagi.

Sebelum tu, nak bagitau  syer sikit di sini.  Saya beli buku masakan ni, tulisan Chef Norzailina, Chef yang aktif menulis novel tu.  Minat dia ni.  Buku ni bes bagus, banyak resepi menarik.  Sesape yang nak belajar buat keropok lekor atau yang baru jinak-jinak nak buat kudapan untuk keluarga bolehlah beli di Popular Book Store.  


Wah! wah! Cantik Chef dalam gambar ni, kurus

Lanjutan dari cerita saya pasal Hari Guru dan hadiah chocolate chip cookies untuk para pendidik anak saya, tak sangka berlanjutan pulak saya membakar biskut chocolate chip.  Bakar untuk makan sendiri tapi akhirnya masuk balang dan beralih tangan.  


Eh! Tiba-tiba saya berniaga semula.  Kertas RM pertama saya dapat, Ya Allah! tak dapat saya gambarkan perasaan saya (sama macam perasaan saya masa mula-mula niaga dulu).

Wah, wah!.  Bolehlah jadi pembuat chocolate chip cookies hebat macam Kak Sarimah, Hidayah Cookies ye.  Tak pun jadi Rozita, Ita's Delight. Berangan! Berangan! Berangan!

Nota :  Berangan tu penting, tapi pastikan ditukar jadi cita-cita


Chocolate Chip Cookies yang baru masak

Saya tak de cita-cita ke arah itu.  Saya bukan insan hebat.

Tak sangka ada juga peminat cookies saya.  Terimakasihlah.  Ada lagi ke yang sudi nak merasa cookies saya?  Kalau ada, contact lah saya di email saya, rozanothman@yahoo.com.  Kepada yang nak buat sendiri, resepi saya pernah uploadkan.

Dah transfer masuk balang

Dah pukul 11:30 pm.  Eloklah saya merehatkan diri saya.  Esok kerja.  Selamat berpuasa (tak kiralah berpuasa sunat Rejab atau qada Ramadan), saya ucapkan selamat berpuasa dan berpuasalah sehabis perfect kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Yang Maha Kuasa.  Semoga semua amalan kita diterima Allah swt.  Amin...

Monday, May 21, 2012

SAFETY FIRST

Assalamualaikum.. Salam Sabtu..

Nota : Entry ni saya tulis pada hari Sabtu, tapi memandangkan upload video memakan masa bertahun baru nak sudah, jadinya saya publishkan pada hari Isnin.

Panas sungguh hari ni.  Panas get get kata orang tua-tua.

Syukur alhamdulillah, terang cuaca, selamat bagi yang melangsungkan kenduri kawin.

Makan kenduripun peluh meleleh macam air terjun. Harung bahang panas makan bawah khemah kenduri dapatlah ini...

alhamdulillah... dapat telur rebus kali ni.. bekas tu beli kat Nilai 3 agaknya ye...
Macamana panaspun cuaca, jemputan kawin WAJIB dipenuhi, ye tak?

Hari ni cendol, airbatu campur, air tebu dan segala jenis air yang menyejukkan laku bagai goreng pisang panas.

Tengah-tengah panas, hasil selongkaran saya terjumpa memori card dari kamera lama yang dirosakkan sibujang saya.  Banyak gambar-gambar lama termasuk video anak bujang saya yang rasanya ketika itu umurnya 4 tahun.


Muaz bermain basikal pakai jaket dan helmet abang iwan (rasanya... la).. tengah panas gilerz..



Budak kecikpun tahu KESELAMATAN... inikan orang dewasa...




Kepada mereka-mereka yang kurang mementingkan keselamatan baik menunggang motor mahupun mengemudi kereta, pasangkan niat SAFETY FIRST.....

Wassalam dan jumpa lagi.

Sunday, May 20, 2012

SAYANG...SAYANG ANAKKU SAYANG

Assalamualaikum dan Salam Ahad

Petang tadi saya terjumpa sarang burung yang letaknya betul-betul di tepi beranda rumah.  Dalam rimbunan pokok bunga kertas tot, bunganya campuran putih dan pink.  Dah lama nampak dua ekor burung berulang pergi dan balik ke pokok bunga kertas tu.

Jengok punya jengok... ada sarang burung dan dua biji telur dalam sarang itu.  Patutlah... sang burung membina sarang untuk tetaskan telurnya.  Burung ni pun pernah sesat masuk bilik saya.  Susah nak keluarkan.

Bila saya snap gambar di bawah, sang burung bising.. cip cip cip.. agaknya menyumpah saya yang mengacau sarangnya.  Mesti dia takut saya apa-apakan telurnya.

Sang burung terbang saat saya mengambil gambar ini

Ada dua biji telur dalam sarang ini

Kalau nak ikut logik akal fikiran, burung mana ada hati dan perasaan, tapi kuasa Allah swt burung walaupun binatang ada sifat kasih-sayang.

Manusia pula yang sebaliknya.  Banyak kes SITANGGANG akhir zaman ini.   Asalkan ibu gelandangan yang suisnya rosakpun sayangkan anaknya (kejadian berlaku di negeri Cina.. saya lupa baca di blog mana).

Kepada anak-anak yang kurang rasa sayangnya kepada kedua ibu bapa, yang mana menuduh itu dan ini kepada ibu atau bapanya, yang tidak berperikemanusiaan kepada insan yang membawa kita ke dunia ini, yang tidak memperdulikan kebajikan ibu dan ayahnya,  pulanglah ke pangkal jalan.  Sesungguhnya balasan yang MAHA hebat dijanjikan ALLAH swt kepada mereka ini.  Insaflah wahai anak. Sekali si ibu atau si ayah mengangkat tangan menadah kepada Maha Pencipta, ditakuti kehidupan kita di dunia ini tidak tenteram apatah lagi di akhirat kelak.

Tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anak-anaknya.

Wallahualam.

NOTA : Baru ternampak... Terimakasih kepada YATI yang datang melawat blog saya dan menjadi follower.  

Friday, May 18, 2012

BILA DENGAR LAGU NI.....




Assalamualaikum.. dan salam Jumaat.

Rasa macam tak sesuai nak pos entri ni pada hari Jumaat yang mulia ini. 

Tapi rasa tak sabar pulak nak tunggu esok.  So saya terus menulis...

Dengar lagu ni kat Sinar FM pagi tadi, terus kenangan-kenangan yang lama-lama masuk dalam kepala.  Rasanya Pak Ngah @ Komensen (http://al-lavendari.blogspot.com/) mesti banyak sangat memori lama dengan Mak Ngah.  Ni zaman-zaman dia bercinta ni.. Nak tuju lagu ni untuk Pak Ngah lah.

Rasanya lagu ni tahun 1978, adaptasi lagu jepun I LOVE nyanyian June and Nene.  Hingus masih meleleh lagi masa Julie Remie popular. Terfikir kat mana Julie Remie sekarang?  Bagaimana dia waktu ini?

Pernah seorang sahabat mencari penyanyi ini untuk dimuatkan dalam program beliau, tetapi hampa.  Agak-agaknya dah migrate ke luar negara kot. 

Lagu-lagu nyanyian Julie Remie best, antaranya Berikan Ku Sinar Harapan, Wajahmu di Hatiku dan banyak lagi lah.  Suaranya manja memang sedap didengar.  Pendekata saya memang minat sangat dengan dia ni.

Walaupun lagu ini popular masa saya masih terlalu kecil, lagu ni seolah-olah mengimbas memori zaman saya bercinta pulak.  Kadang-kadang flashback seronok juga kan.

Terkenang... terkenang jugak.. tapi jangan terus hidup di zaman lampau... teruskan kehidupan sekarang dan usaha menjadi lebih jaya.

Wassalam.

Nota :- lagu ni untuk suami saya (jiwang! jiwang! jiwang!)





Beriku Sinar Harapan - Julie Remie

Hati ku kini diusik rasa
Semenjak kita bertemu mesra
Bibirmu mengukir
Senyuman yang menawan

Jangan kau jauhkan dirimu
Hidup ku terasa sunyi sepi
Secebis kasihmu
Yang kini ku nantikan

Andai takdir kita
Kan berpisah kiranya
Tiada ku relakan
Diriku kan jadi merana

Berikanlah ku sinar harapan
Ukirkanlah sekuntum senyuman
Semoga lenyaplah
Resah di dalam dada

nak dengar lagu ni di sini :-  http://youtu.be/hxEZ8uedIbk

Thursday, May 17, 2012

CANTIK!!! UNTUK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum semua!!!!



Lunch time hari ni masih tak keluar ke mana-mana.  Duduk dan update blog.  Ini je lah masa yang ada pun...


Jalan-jalan...terjumpa ni..... besnya....!!!!


CAKE IN A JAR... (tak sampai hati nak makan... )

gambar ihsan www.intimateweddings.com

Cantik untuk gift kenduri kawin... cake dalam jar ini rasanya Red Velvet dengan cream cheese.  Bila agaknya boleh cuba mencerai-ceraikan kek dan masukkan dalam bekas macam ni.. 

Pada bakal pengantin boleh ambil idea ini untuk wedding gift dan boleh DIY.. cara-caranya di sini http://mycakies.blogspot.com boleh buat kek lain juga, contohnya kek coklat dengan mousse coklat atau kek pelangi (italian rainbow cake).. cantik sangat-sangat.  Boleh nampak belang-belang dia.

Mari kita cuba buat macam ni.  Sesiapa yang dah cuba bagitau ye, boleh tukar-tukar gambar.



Tuesday, May 15, 2012

BANGUUNNN !!!.... TERIMAKASIH CIKGU !

Assalamualaikum....

Anak minta buat.... saya pun cari masa mengadun...

Ni tangan saya... gemoknya!..

Lepas bakar jadi lah..


Chocolate Chip Cookies... Ni gambar lama..Resepi sini ye.. resepi chocolate chip cookies


Untuk siapa? Jawabnya....

IT'S A TEACHERS APPREACIATION DAY... la ibuu..........

Oooo untuk SAMBUTAN HARI GURU... pada16hb Mei 2012.

Untuk itu saya mulalah membuat itu ini... yang bajetnya tidak mahal tapi cantik supaya cikgu-cikgu rasa dihargai. (Bajet untuk buat gift ni, kurang dari RM2, (eh! kurang RM2 satu bekas tu).. karang ada pulak yang ingat untuk semua-semuanya...kalau buat sendiri laaa)


Gift pack untuk Muaz berikan pada guru-gurunya


Gambar sama je macam kat atas.. saja nak banyak-banyak..

Cikgu, teacher, laoshi, ustaz atau ustazah semuanya membawa maksud yang satu, MENDIDIK anak-anak supaya menjadi insan yang berilmu dan berguna.  Tak kira masa dan keadaan, insan pendidik ini sentiasa sedia membantu anak-anak yang inginkan kejayaan.  Jadi, marilah kita sama-sama mengucapkan TERIMAKASIH yang tidak terhingga kepada insan-insan bergelar pendidik ini.

** Ibu-bapa kita adalah pendidik sepanjang hayat kita.  Jangan lupa hargai mereka ini selagi mereka bernyawa...

(Tiba-tiba rasa sebak)...

Nota :  Label yang cantik tu bukan saya buat sendiri (tak pandai hak yang tu..). Saya cetak dari laman www.TheTomCatStudio.com


Selamat Hari Guru Cikgu Azura, Cikgu Isyqi, Cikgu Lin, Cikgu Kamil, Cikgu Maizuan dan semua cikgu-cikgu seluruh Malaysia.  Teruskan usaha kamu mendidik anak bangsa menjadi insan berjaya.


Sunday, May 13, 2012

GILA CERITA PHILIPINES PETANG-PETANG

Assalamualaikum...

Dah malam 11:45 pm, 12hb Mei 2012, tapi rasa macam nak syer je cerita ni. Walaupun jenuh nak upload gambar dari windows phone saya (sebab tak reti)... gigih jugak nak syer...

Rasanya ramai yang suka tengok cerita ni.. atau suka tengok DIA ni... lihat gambar..


Jujurnya saya tak tau macamana boleh stuck dengan cerita ENDLESS LOVE ni.. bukan DIA ye.. Saya dapat tahu ramai anak-anak dara, malah mak-mak orang pun jatuh cinta dengan DIA ni...

Sebab saya kerja stesen tv dapat lah curi-curi tengok (jangan tiru aksi saya.. tak baik).  Saya suka ceritanya, dan saya suka pelakon-pelakonnya.. kacak dan jelita.  At least dapatlah lari dari tengok muka-muka yang itu yang itu juga dalam drama kitakan.  Bukan tak sokong industri hiburan tanahair... tapi ingin nak tengok yang lain. Tu je..

Nota :  teringat lagak Ally Iskandar meniru aksi saya melopong menonton sinetron indonesia... hehe... kelakar..tapi tu lama dulu.. masa dia bujang terlajak ... ooopssss... buang trang tang tang.. 

Satu hari masa tengah jeling-jeling tv tengok drama ni, penerbit Wanita Hari Ini cakap kuat-kuat (sebab dia jauh), DIA nak datang..... tamu dalam WHI.  Terbeliak mata saya, kalau Aaron Aziz datang tu ari tak excited sebab dia boleh datang dan datang lagi.  Tapi, kalau DING DONG DANTES datang, kena grap opportunity ini.

Sebagai rekod (saya ajuk style Mazidul Akmal Sidik)... Encik Dantes pernah membintangi beberapa drama meletup yang ditayang di Malaysia seperti STAIRWAYS TO HEAVEN dan MARIMAR..

MR DANTES

Hari dia datang, mak datok.. berbondong-bondong warga office saya bekejar nak bergambar dengan dia.. terlalu ramai yang tak bekerja hari tu gara-gara DING DONG. Habislah peluang saya.  Tapi tak pe...  Malas lah saya nak kejar-kejar ni.. maka.. saya tetap bekerja seperti biasa. 

Orang kata rezeki dan kalau dah 'jodoh' nak jumpa... takkan ke mana kan.... lihat bawah....


Walau saya tak sejelita girlfriend si DING DONG, Marian Revera, tetapi wajah wanita Melayu tetap ayu (haha.. perasan).  Aduh!... teruk betul gambar saya ni.. macam wanita mengandung 5 bulan.. sesuatu harus dilakukan..

Nota : saya tak tau menau tangan dia atas bahu saya ye.  lepas snap dan preview gambar baru perasan.  ishhh... tak baik tu..



Thursday, May 10, 2012

SsshhhhHH... ADA MIXER BARU...

Assalamualaikum

Jalan-jalan (blogwalking) lagi lunch hour hari ini, 10hb Mei 2012. Fikir-fikir nak update bloglah sebab dah janji semalam (ada ke yang baca)? 

Pertama-tamanya saya nak ucap terimakasih kepada Pak Ngah @ Al-Lavendari dan Kak Chik sudi melawat blog saya dan tinggal jejak.  Selamat Datang dan harap datang lagi... terimakasih...

Oke, balik kepada tajuk asal...

Saya selalu cerita perihal mixer saya (sebenarnya mak saya punya) yang sudah tua tapi masih boleh menyumbang jasa kepada saya. 

Flash back.. dulu saya meniaga kek, tapi sekarang bolehlah kata saya bercuti niaga atas sebab-sebab yang memang tidak boleh dielak. 

*Nota :-  Mohon maaf teramat sangat kepada Cikgu Sekolah SKK yang ingin menempah kek karot semalam.  Saya akan maklum bila saya sudah sedia untuk kembali.

Nak jadi cerita, saya terima panggilan telefon dari Kak Aishah (Pegawai dari Kementerian Asas Tani) beberapa minggu lalu.  Nak tahu kenapa?

SAYA DAPAT MIXER PERCUMA! .. tak perlu bayar-bayar balik... Secara jujurnya saya tidak pernah terima benda-benda percuma baik waktu lucky draw atau yang sewaktu dengannya.  Jadi, bila permohonan saya (lama dah) dilulus... YA ALLAH! Syukurnya saya kepada Yang Maha Berkuasa.  Gembira tidak terkira... syukur syukur syukur...

Sumbangan saya terima dari.......


YB Syukor (Wakil Rakyat BN di tempat saya).  Dulu YB ni satu sekolah dengan saya, senior satu tahun.  Nama glamornya THOR.  Terima kasih YB.  Apply dah lama (8 bulan dah), sekarang baru dapat.  Terimakasih banyak-banyak.

Petikan ucapan YB
"Harapan saya kepada mereka yang telah diberi bantuan, memanafaatkan sepenuhnya bantuan ini untuk menambah ekonomi keluarga ......."

Alamak!...  Saya tak niaga buat masa ni YB!  Nanti saya niaga balik.. insyaAllah


Kat depan orang-orang ini adalah barang-barang bantuan yang diagih hari tu.  Kata YB 102 orang penerima bantuan semuanya.  Saya punya tak nampak kat sini.  Tak besar tapi saya suka dan amat bersyukur.

Benda besar-besar dan berat-berat macam chiller, baja, barang-barang untuk kedai makan semua dah dihantar ke rumah pemohon.  Semoga Allah membalas dan merahmati usaha mereka-mereka ini.  Amin..

Khusyuknya mendengar ucapan YB.  Rasanya akak yang paling tepi tu niaga kek.

RTM pun cover event ni.  Jurukamera ni macam kenal je.. rupa-rupanya memang kenal.. ex-cameraman news TV3 dulu... kat sini kita jumpa kembali ye..

Yang pakai tudung coklat ni orang Kuala Selangor kalau tak silap...

Sesiapa yang suka makan limau dan ciku boleh pergi ladang uncle ni kat Batu Arang.  Dia terima bantuan baja.  Saya suka ciku...

Dia ni saya kenal, Kak Yam, satu-satunya wanita yang mohon bantuan mesin rumput.  "Malulah kak yam sorang je minta mesin rumput, nak tukar oven boleh tak YB"  bisik Kak Yam kat telinga saya. "Ambik je la Kak Yam.." bisik saya kembali.

Majlis berakhir pada jam lebih kurang 4:00 petang.  Semua balik tersenyum lebar.  Lepas borak sekejap dengan Yati, kerani di Pejabat UMNO saya pun berlalu.

Tahun depan saya mohon lagi ye YB.. hehe.. dan saya doakan YB berjaya memajukan kampong kita.  Siapa lagi yang nak majukan kampong kita kalau bukan anak jati kampong ni kan...

Sampai jumpa lagi.. wassalam.










Wednesday, May 9, 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B

Assalamualaikum w.b. 

Lama sangat tak blogwalking.  Lama jugak tak update blog.  Hari ni waktu lunch hour sempat blogwalking.  Saya jalan ke blog Pak Ngah (Pegawai Kerajaan yang banyak pengalaman bekerja di luar negara), Kak Cik Hajar (Orang Kuat WBC, sahabat lama), Cikgu Mas (x-teacher anak saya di Smart Reader Kids Bukit Rahman Putra) dan ada beberapa blog kek dan kapkek (kawan-kawan masa kursus kat INSKEN), ada yang bisnes makin maju dan maju juga menambah ahli keluarga.  Blog Pak Ngah baru first time saya jengah.  Banyak memori dia kongsikan dan saya suka baca.  Blog kawan-kawan niaga kek online jugak banyak pembaharuan.  Pendekata saya seronok tengahari ini.

Sebenarnya saya pun ada benda nak kongsi.  Tapi macam biasa alasannya BELUM SEMPAT.  Tapi insyaAllah saya akan SEMPAT kan dalam masa terdekat ini. 

Bukan update kek, sebab kedai saya yang tak sebegininya ini belum boleh saya bukak.  Maaf lah kepada pelanggan.  Masih ada pelanggan ke? 

Jumpa lagi...