Thursday, December 24, 2015

MAULIDUR RASUL DAN KEK DAM

Assalamualaikum wbt

Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti panjang. Tahun ini istimewa kerana kita semua menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw sebanyak 2 kali. Kali pertama kita meraikannya pada 3hb Januari bagi tahun 1436 H dan kali kedua pada hari ini 24hb Diisember bagi tahun 1437 H

Marilah kita berselawat dan sedekahkan al-fatihah kepada kekasih Allah ini.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Masa nak buang sampah, terjumpa pepatong ni. Subhanallah, cantik! First time tengok pepatong yang ekornya macam kepak rama-rama. 


Hari ini pagi- pagi lagi abang nombor dua Abang Lit datang melawat emak. Sempatlah dia jamah nasi lemak, ubi goreng cili dan teh tarik.


Sebelum lauk makan tengahari siap abang saya dah nak gerak balik.  Lauk kami hari ni masak asam rebus ikan parang, sambal cili kan dan salad segar.

Boy hari ni makan nasi.


Dari minggu lepas kakak-kakak saya plan nak buat kek dam. Kek zaman dulu-dulu. Kek butter yang dilapis jem. Dulu masa mak muda, kek ni tak pernah tidak ada di meja masa hari raya. Kek wajib.

Sayalah jadi cikgunya sebab Kak Da dan Kak La tak berapa tahu cara nak buat kek dam.


Ini kali pertama masak kek guna oven mate professional ni. Dah 3 bulan beli. Saya tak pernah usik. Mood nak baking tak sampai-sampai. Sebelum ni cucu saya guna untuk buat chocolate chip.

Nak buat kek dam ni senang je. Tepung dan gula sama rata. Ni resepi zaman silam. Boleh buat kek pelangi juga. Untuk kek dam jumlah gula kena kurangkan sebab kek dilapis jem yang manis.


350g mentega diadun bersama 350g gula kaster pukul sampai kembang. Lepas tu masukkan 6 biji telur sebiji-sebiji. Jangan lupa esen vanilla 1 sudu kecil. Adun sebati je. Kemudian 350g tepung kek campur dengan tepung gandum (ratio sama banyak). Akhir sekali condensed milk dua tiga sudu besar.

Lepas tu susunkan adunan macam dalam gambar kat atas berselang selang. Dah tu bakar sampai masak. Kalau garing lagi sedap.


Dah masak panas-panas letak jem strawberti ke blueberri ke coklat ke dan lapis dengan kek, buat sampai habis.


Dah siap kek dam lapis jem stroberi kita. Petang ramai adik beradik balik, kendurilah kek dam ni untuk minum petang.

Kek ni kita buat dua biji, untuk Kak La dan Kak Da.


Potong-potong makan ramai-ramai. Malam ni bolehlah layan nescafe panas dengan kek dam sambil tunggu kawan ambil kek buah kukus dia. 


Ini je yang tinggal untuk saya.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi in sha Allah

Habis dah cuti Maulidur Rasul,  esok cuti Krismas kita nak ke mana agaknya? 

1 comment: