Monday, February 18, 2013

POTLUCK LAGI

Salam!!

Sebenarnya entry ini saya prepare hari Sabtu yang lepas.  Susah sangat nak upload disebabkan line internet yang teruk dan saya yang agak sibuk berlari-lari anak antara menghantar dan menjemput my precious son dan nak prepare hidangan potluck, postpone je lah entry ni. Pada yang suami sentiasa ada di sisi, bersyukurlah! Boleh tolong-tolong mana yang patut kan...

Sedih juga bila kamera Canon yang saya beli hampir 3 tahun lepas dah rosak.  Minggu lepas masih berfungsi.  Foto-foto potluck last week, assignment dia yang terakhir.  Gambar seakan expose bila snap.  Boleh repair in sya Allah.  Tapi kalau ada duit lebih, boleh beli baru yang lebih canggih.  Ye tak?

Lepas cuti CNY, sepanjang minggu memang memenatkan.  Terapi penat yang paling best ialah MAKAN.  Minggu ni kita buat lagi makan-makan memandangkan minggu lepas tak de birthday cake katanya, so Sabtu buatla sekali lagi.

Kalau minggu lepas donut tembam, kali ni buat pizza.  Beef Pepperoni yang ni.. boleh tahan la rasanya.. 

Alang-alang 1/2 adunan boleh dapat dua base pizza yang besar, nah! Hawaiian Seafood (ye ke?)..haha

Mak budak birthday girl yang tengah tu la yang request buat lagi.  Minggu lepas dia kerja.  

Kek tu tak berapa nak semenggah rupanya.  Ganache chocolate tak menjadi bila pour kat atas kek.  Saya tarik barik semula ganache campurkan dengan chocolate whipped cream dan frost semula guna spatula.  Decoration tu my precious son yang letak, tengok ibu dia dah fed-up dengan kek tu.  Sebab tu tak de gambar close-up..hahaha...

Nama kek tu Chocolate Banana.

Abaikan pinggan mangkuk yang berbagai ragam tu ye.  

Antara hidangan last minute yang kita prepare.

Jumpa lagi dalam episod makan-makan.

Selingan


Ustaz kata dalam radio Ikim pagi tadi, Allah swt itu sangat dekat dengan kita umpama ibu-bapa yang membiarkan anak kecilnya belajar berjalan jatuh, dibiarkan anak jatuh sedangkan ibu-bapa tadi berada dekat dan sentiasa bersedia untuk menyambut si anak.  Sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anak untuk terus belajar berjalan.  

Begitu juga dengan Allah swt.  Diberinya kita ujian dan musibah supaya kita sentiasa dekat denganNya.  Mari kita berdoa agar Allah  swt  sentiasa memandang kita dengan pandangan penuh rahmah dan kasih-sayang.

Thursday, February 14, 2013

BILA INGAT-INGAT!

Salam!

Tiba-tiba teringat pada satu-satunya si manis penyeri rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini satu ketika dulu.  Kenapa ye?  Entahlah..

Nurafenda Ibrahim, sangat ramah, sangat down to earth, bijak dan manis orangnya.


Kita panggil dia Fenda je.  Dulu solo, sekarang dah ada 3 orang anak yang comel-comel.



Yang dua orang lagi tu tak payah perkenal laah.. dah jadi bapak-bapak orang semuanya..

Hari terakhir Fenda di unit MHI.  Uihh mudanya korang sume masa ni.  Zahan pun dah jadi host, tak lama lagi nak mendirikan rumahtangga dah.  Si Ah Siang dah buat Aduan Rakyat dan berpindah ke Jabatan Berita, Shah pulak dah ke luar negara.

Akak jugak masih setia kat sini.. huk!huk!

Kek dengan steamed buttercream yang saya buat untuk farewell Fenda.

Sekarang Fenda dah jadi usahawan.  Terimakasih kerana pernah menjadi sebahagian dari memori akak di sini.

Jumpa lagi.  



Tuesday, February 12, 2013

POTLUCK!

Salam!

Hari terakhir holiday.  

Kena ambil mood bekerja untuk esok hari. Alhamdulillah masih dikurnia kederat untuk terus berusaha mencari sesuap nasi dan masih ada tempat mencari rezeki.  Pandanglah pada yang susah, pasti kita rasa bertuahnya diri kita kan.

Pagi tadi masih lagi berusaha mengambil gambar si rama-rama dan si kupu-kupu yang bermacam warna.  Banyak berterbangan tapi susah rupanya nak snap gambar makhluk terbang yang cantik berwarna-warni ni ye.  Tambahan dengan kamera Canon saya yang mula buat hal.  Baru je sebut admire kamera Samsung Galaxi yang osem tu.  Hish!  Merajuk la kot.

Tak dapat rama-rama hatta si kupu-kupu.  Pepatong ni cantik juga kan..

Yang oren ni pun cantik kan.

Tak lupa juga party potluck untuk birthday Mak Yong dan Afiq yang jatuh pada bulan Februari ni.  Terimakasihlah pada cik K-Mix memudahkan saya buat donut dan roti.  So, donutlah potluck food selain mee goreng mamak.

Nak tabur gula ke atau topkan dengan chocolate?

Hmmm...gula je la senang.. hehe

Donut bertocang khas untuk Muaz.

Sedikit gambar potluck orang duduk kampong berlangsung petang tadi

Donut gebu tu tak lain tak bukan milik saya, mee goreng tu dari kakak no 1, bubur kacang tu kakak no 5, pizza dominos tu kak no 6.  Beberapa makanan tak sampai lagi.


Ngamcam tak mee goreng mamak tu?  Habisla diet berorang-orang petang ni..


Birthday boy...dah besar lah nak mintak hadiah bagai!


Happy birthday Mak Yong yang yong.  Semoga cepat dapat jodoh!


Budak yang terpaksa dipanggil sebab asyik bermain kat rumah orang.


Dah lapar dah, tak yah la tunggu-tunggu lagi.  Apa yang ada je lah.


Jangan rebut-rebut.  Makan elok-elok ye


Master Chef mee goreng mamak.  Ni la orangnya.  Kakak No 1.


Dah nak abih makan, baru ayam ni sampai.  Nasib baik perut ada ruang lagi.


Kak Ngah minah engine aka "penyepak KO tae-kwon-do terhebat" Uitm Penang.  hahaha!!!...

Crepe durian, oke lah for first timer kan... rupa tak seberapa, tapi rasanya, sangat rasa-rasa.  Crepe ni sumbangan kakak no 5.  Kek kukus buah dia terbaik!

Sampai di sini dulu.  Saya berdoa agar kita semua dilimpahi rahmah dan kasih sayang Allah swt.  Syukur alhamdulillah atas segala rezeki yang telah dikurniakan olehMu ya Allah.

Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

Ngantuk awal pulak malam ni.  Wassalam.

Monday, February 11, 2013

HOMEMADE PIZZA JE HARI NI - RESEPI

Salam!

Dah nak habis cuti ye.  Esok last day.  

Langsung tak berjalan, ke mall pun tidak, ke mana pun tidak.  Duduk rumah menikmati kesantaian hidup. Bila fikir-fikir kesian pulak Muaz.  Berkawan baik dengan tv je.  

Lusa hidup kacau bilau semula.

Pagi tadi seisi rumah dengan tamu-tamu yang datang menjengah mak, kita hidang mihun goreng dan ubi rebus cicah kelapa parut.  Sedap tu.  

Petang ni rasanya kalau makan pizza sedap juga kan.  Maka, jadilah pizza yang dibuat oleh seorang yang tak sabar nak makan..hehe..


Base pizza saya guna :-

300g tepung roti
100g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
5g yis
1 sudu besar gula halus
25g marjerin

325ml air sejuk (yang ni agak-agak)
1/2 sudu kecil garam halus

Doh ni boleh dapat 4 biji base pizza size 6 inci.  Kalau buat dua je macam ni, dapat base pizza yang amat la tebalnya.  Makan satu slice dah sendawa.


Satukan semua bahan doh dan uli sebati.  Lepas tu masukkanlah air yang dicampur dengan garam sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut.

Tutup doh dan rehatkan lebihkurang 45minit.

Dah rehat tumbuk tumbuk doh dan uli untuk buang anginnya.  Bahagikan doh dan uli bentuk bulat, masukkanlah dalam dulangnya.

Rehatkan lagi dalam 20 minit bakar pulak hingga setengah masak dalam 15 minit.

Sapukan sos pasta atas base, saya guna tomato sos je.



Dalam gerobok ais cuma ada sosej (rebus dulu ye), tuna dengan cendawan je.  Potong ikut kesukaan hati dan tabur atas base pizza, bakar semula selama 20 minit.


Kalau ada mozarella cheese, boleh tabur.  Saya cuma ada cheese slice, potong kecil-kecil dan tabur.  Jadilah dari tak de langsung.



Dah masak, hidang untuk keluarga.

Sampai di sini dulu.

Semoga kita dipanjangkan usia dan diberi rezeki untuk berjumpa lagi.

Selingan

Saya mengambil kata-kata seorang usahawan berjaya berbangsa Tiongha berasal dari Kelantan

"Kalau kita inginkan kejayaan, teruskan berjalan ke depan, berjalan dan berjalan terus, jangan menoleh lagi ke belakang"

Sama-sama kita ambil pengajaran dari kata-kata insan berjaya ini.

Sunday, February 10, 2013

FLORA FAUNA, KUIH MELAKA - RESEPI


Salam Ahad!

Hari ni serius saya katakan, hati saya bersih dari sifat dengki pada suri-suri rumah dan pekerja dari rumah hari ini. Selalunya adala sikit rasa-rasa dengki dengki tu..hehe..

Sangat enjoy hari-hari cuti begini. 

Ramai yang tanya kenapa saya tak duduk di Kuala Lumpur dan masih setia tinggal di kampung saya yang terletak di pinggiran bandar ini.

Sebabnya saya memang tak boleh duduk kota.  Saya 'prefer' jadi anak kampung, tinggal di kampung sangat nyaman.  Mana nak cari bunyi siulan burung pagi-pagi masa kita bangun tidur, mana nak cari kupu-kupu bermain dan berterbangan hampir dengan kita masa musim membiak (betul! masa saya tulis entry ni banyak kupu-kupu), terbang sana-sini, mana nak cari bau rumput ditebas.  Semua tu cuma ada di sini, di kampung.


Kat kampung, nak asam terus petik di pokok macam pokok belimbing buluh ni. Belakang rumah je.

Buahnya berjuntaian sampai ke akar.  Sape nak boleh datang rumah saya, sekarang tengah banyak buah.


Hari-hari cuti macam ni boleh layan bunga orkid, yang ni rasanya dancing lady, masih putik.

Bunganya renik, banyak dari pangkat ke hujung.  Sangat cantik.


Tak dapat, si kupu-kupu atau sang rama-rama, dragon fly pun jadik lah..


Koleksi orkid mak yang sedang berbunga.. Ya Allah!  Panjangkan umur mak, rahmati dan sayangilah dia Ya Allah!.


Akar orkid ni pun nampak cantik ek.  Nampak macam gambar Pro tak?  hehe..semi pro pun jadiklaaa..


Bunga matahari Muaz dah berputik.  Tak lama lagi mesti bloom nih.

Pendekata, duduk di kampung sangat damai, nyaman dengan pokok melambai-lambai dan angin sepoi-sepoi bahasa.
Tambah duduk kat beranda mak sambil minum petang, kopi o lawan dengan kuih melaka.  

Kuih melaka ini asalnya dari Melaka ke tidak, wallahualam.  Orang Melaka mungkin boleh jawab soalan ni kot.

Tahun ini saya akan cuba mendokumentasikan resepi kuih tradisi yang Hajah Cik Wok buat, sayang kalau hilang begitu saja.

 Gambar Hajah Cik Wok hari ni tak dapat disnap sebab terlalu seksi..hehehe



Bahan membuat kuih melaka menggunakan
lebih kurang 250 - 300g tepung pulut
250 - 300g air yang dicampur  sedikit pewarna hijau epal dan 1 sudu teh garam

Air dituang ke dalam tepung pulut secara sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat di tangan dan bekas


Kemudiannya diuli sebati, macam ni


Hajah Cik Wok kata gula kabung atau gula melaka je sedap buat kuih melaka ni.  Lain gula tak umpphh.  Makanya, gula melaka dipotong kecil-kecil seperti ini


Ambil sikit doh dan buat macam dalam gambar.  Sumbatkan gula merah dalamnya, tutup semula dan bulat-bulatkan guna tapak tangan


Jerang air panas, bila menggelegak masukkan kuih yang dah dibulat-bulatkan tadi dan tunggu hingga ia timbul.  Timbul maknanya dah masak


Dah masak golek-golekkan atas kelapa parut yang dah dicampur sedikit garam.  Kelapa parut ni kalau nak tahan lama, kukus dulu baru digolekkan kat kuih.


Dah siap, boleh makan dah.

Selamat mencuba lah ye.  
Jumpa lagi.

Selingan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda
"Tidak seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah" hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nak jadi orang kuat dan gagah lawan dan kawallah perasaan marah.

Saturday, February 9, 2013

GEDAK GEDUK BERJAYA JUGAK AKHIRNYA ROTI WHOLEMEAL - RESEPI

Salam!

Ke mana kita cuti-cuti ni?  Rasanya macam cepat sangat petangnya hari ni.  Kalau masa kerja tu, lambat sangat berjalannya masa.

Pagi tadi punyalah rilex sekali, tak de bekejar-bekejar macam pagi-pagi yang selalu tu.  Sebaldi baju putih basuh tangan berus dengan santai sekali.  Nampak kat ampaian putih melepak bersinar-sinar, bangga je rasa hati.

Hari bermalas-malasan.  Besnya kalau ada bibik yang basuhkan baju kan...

Malas-malaspun siap gak roti loaf wholemeal ni.... Ni semua penangan rasukan roti blogger Cik Queenie yang terer masak-memasak tu.  

Last sekali buat roti masa kursus INSKEN kat Bangi.. lepas tu roti tah kemana.


Roti ni saya guna 


260g Bread Flour dicampur dengan 115g wholemeal flour

15g butter tawar
30g gula castor
100ml yogurt asli
150ml air
5g yeast kering
6g garam

Resepi ni saya "tiru" Cik Queenie punya.


Sedap!




Campur semua bahan sebati kecuali air.
Garam kena masuk last sekali sebab garam boleh mematikan yeast.

Lepas sebati, masukkan air dan garam dan uli sampai doh bila ditarik nipis seperti kulit bawang


Dah agak-agak doh tu dah oke, perap dia 30 minit atau naik dua kali ganda.  


Tengok doh dah naik, uli sekali lagi untuk buang angin dia dan canaikan bentuk silinder, ikut besar loaf tin (saya tak canai pun, tepek-tepek terus masuk tin yang dah diglis dengan sikit butter).

Perap lagi sampai nampak macam ni..


Membumbung macam ni


Aerial Shot!


Ada gak yang nyelit... 


Sementara tunggu doh tu ngembang, masak la sikit untuk Muaz.  Budak tu bukannya nak makan nasi sangat.  

Makaroni Carbonara


Doh yang dah kembang tadi, bakarlah dalam oven dengan kepanasan 180 C selama 30 minit.  Baunya semerbak tau!


Bila dah masak, masa panas-panas tu gliskan dengan butter bahagian atasnya.



Tu dia.. fresh from oven.  Berasap! Tapi kat gambar asap dia tak nampak..


Betul kata Cik Queenie, loaf ni tinggi..


Bangga giler dapat buat ni.. almaklum bertahun tak membuatnya..

 Slice, boleh lapis dengan apa saja

Letak kaya je pun boleh..

Okelah, jumpa lagi dilain kali, in sya Allah dan selamat bercuti.

Selingan

Lega sangat sebab tak kena bekerja di hari cuti yang panjang macam rakan-rakan sekerja saya ni. Gambar diambil hampir jam 6:45pm Jumaat.

Tazkirah sikit..

Hidayah adalah ketukan pada hati....
Taubat adalah langkah pertama menuju keredhaan Allah swt
Kembali lah!  Semoga hidup kita lebih bererti.