Monday, February 28, 2011

ZAHAN & ATI - MHI PWS



"Kak, saya nak fruit flan, my favorite", pinta Zahan, si dara manis penyeri team Malaysia Hari Ini. Lebih istimewa, tarikh lahirnya jatuh selepas warga kerja PWS mendapat durian runtuh, BONUS. Zahan dapat berapa bulan bonus, tak tahulah, P&C. Atie, penerbit MHI yang digelar Cik oleh teman seunit, harijadinya jatuh pada hari raya cina yang lepas. So, double celebrationlah untuk Zahan dan Atie yang lahir pada bulan Februari ini. Here is your fruit flan Zahan, akak panggil FRESH FRUIT CREAM (sepertimana nama digelar oleh Chef yang bertanggungjawab memperkenalkan kek ni pada saya, Chef Lai).

Strawberry Garden ini diaplikasi dari design Yatt @ yatt'slilkitchen dalam kelas lukisannya tempohari. Idea Yatt memang superb. Thanks Yatt.

Saturday, February 26, 2011

CEPATNYA MASA BERLALU

Assalamualaikum. Tak tahu kenapa, terasa sayu dan pilu tika menaip entry ini. Didalam kesibukkan mengejar masa yang tidak pernah menunggu kita, pejam celik pejam celik sudah 13 tahun masa berlalu. Cepat sungguh masa bergerak. Mengenang saat mencorak rumahtangga yang tak sunyi dari cubaan dan dugaan, onak dan duri tidak sangka 13 tahun bahtera ini bertahan. Syukur ya Allah atas segala kesejahteraan, rahmat dan rezeki yang dikurniakan selama 13 tahun ini. Walau sukar, tetap tabah mencorak kehidupan bersama. Selamat ulangtahun perkahwinan semoga kita lebih kuat mengharungi cubaan dan dugaan hidup ini.




Cake : Carrot Cake
Frosting : Buttercream
Decoration : rosebuds

Saturday, February 19, 2011

EDISI BARU DALAM MENU DLO - PIPING GEL ARTWORK





Piping gel artwork.

KEK PISANG BERCOKLAT



Memandangkan ramai tetamu berkunjung melawat mak yang sedang sakit, kek pisang bercoklat ini dihasilkan untuk hidangan tetamu yang datang. Memberi variasi kepada kek pisang, kek pisang bercoklat ini boleh dikategorikan sebagai sedap. Resepi mudah ini diambil dari myresepi.com kalau tak silap. Cuma diderhakakan (perkataan favorite Mat Gebu.. sorry ye CMG) dengan menambah coklat. Kepada yang nak mencuba, resepinya seperti di bawah. Kepada yang tak rajin mencuba bolehlah order dari DLO.

Bahan-bahan

160g tepung gandum
20g serbuk koko
3 biji telur
150g pisang
180g gula
120ml minyak masak
1st ovellate
1st baking powder
1st soda bikarbonat
1st esen pisang

Cara-cara
1. Gaul ovellate dengan gula hingga sebati
2. Masukkan telur, pisang dan minyak masak dan putar sebati
2. Campurkan tepong ke dalam adunan dan putar sehingga kembang
3. Bakar didalam oven pada suhu 150c atau sehingga masak.

Sunday, February 13, 2011

KEK PISANG WALNUT




Sesuai untuk kenduri-kendara. Selain dari bentuk kek terdapat jugak dalam bentuk muffin.

KHAZANAH TAK TERNILAI HAJAH ZALIFAH KHAMIS

Dari sini cinta berputik... inilah buku resepi kek dan kuih muih melayu mak cetakan pertama tahun 1956. Banyak resepi kek lama yang sedap di sini termasuklah kek rainbow atau kek pelangi. Kek buah kukus dari buku ni memang SUPERB. Kalau ada yang pelekeh rasa kek buah kukus yang DLO buat ikut resepi buku ini memang laa. Resepi tradisional ni. Tak ternilai harta yang mak beri... Dalam buku ni ada resepi buttercream, fondant (tak sangka zaman dulu pun ada fondant ye) dan royal icing.

Kepada yang nak merasa kek rainbow atau kek kukus buah dari resepi ini bolehla order di DLO ye. InsyaAllah puas hati...


Cetakan pertama 1956


Resepi kek rainbow atau pelangi yang memang traditional tak sama dengan resepi kek sekarang..


Tajuk buku... PANDUAN ALAM MASAKAN


Wajah muka depan buku resepi bertulisan jawi...

Saturday, February 12, 2011

KEK PISANG MANIS



Kek pisang manis ini adalah salah satu dari himpunan kek yang mendapat sambutan hangat pelanggan. Kepada yang rajin boleh lah cuba resepi ini, kalau yang kurang rajin atau belum dapat mood rajin nak buat boleh lah tempah dari DLO. Resepi sifu saya, Chef Noraini memang antara yang sedap.
Bahan-bahan

350g pisang berangan / emas yang masak (dilecek), saya guna pisang rastali
200gm mentega
200 gula castor
300g tepung kek }
1 st serbuh penaik } diayak (A)
2 biji telur gred A
6 sm air susu
1 st air limau nipis
1 st perisa pisang

Cara mengadun

1
. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang dan putih
2. Masukan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sebati, ketepikan
3. Tuang air limau nipis dan sus segar ke dalam pisang lecek, gaul rata
4. Masukkan adunan pisang ke dalam adunan mentega tadi diikuti bahan (A) dan perisa pisang
5. Gaul hingga sebati
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan, bakar selama 50minit - 1 jam

ICE CREAM VANILLA



Malam tadi mencuba resepi ice cream tanpa telur dan tidak begitu manis... dari blog teratak che tam dan CMG. Rasanya lebih lemak berkrm dan menepati selera saya... Resepinya ....

BAHAN-BAHAN

2 1/2 Cawan coffeemate
250g susu segar (boleh tukar perasa coklat atau strawberri mengikut selera)
1/2 cawan gula pasir

CARA MENGADUN

1.
Satukan coffeemate, susu segar dan gula pasir, pukul sebati
2. Simpan dalam freezer 1 1/2 jam gitu
3. Keluarkan dan letak lah strawberri puree ke, blueberri ke.. coklat ke.. durian ke.. sukahati
4. Masukkan kembali ke dalam mixer dan pukul kelajuan maksima selama 10 minit sehingga adunan jadi pekat dan gebu
5. Masukkan kembali ke dalam freezer, biarkan sehingga beku
6. Bolehla dinikmati...


Wednesday, February 9, 2011

KEK PELANGI TRADISIONAL



Kek butter pelangi tradisional hanya RM26.00 (saiz 9 bulat.. acuan kek sifon). Resepi kek yang istimewa dengan aroma yang lazat pasti mengimbau memori silam bersama ibu dan keluarga tercinta.

Sunday, February 6, 2011

HAPPY ANNIVERSARY JACQ AND HUBBY



Cake : Walnut buttercake
Frosting : Buttercream
Decoration : Buttercream flowers

Saturday, February 5, 2011

MAK YONG, AFIQ DAN OLOI



Cake : Red velvet
Frosting and filling : Cheese

Aaaa... frosting kek red velvet tak cukup... 250g cheese memang tak cukup untuk frost kek 9 inci tanpa whipping cream. Mana nak gagau whipping cream time cuti-cuti macam ni.... Akhirnya cuma ditambah dengan susu cair.... itupun tak cukup jugak... kalau tambah banyak sangat susu takut terlalu cair pulak cheese nya... Peringatan untuk diri sendiri... pastikan stok mencukupi terutama di cuti-cuti perayaan. Terimalah kek harijadi yang dibalut dengan cream cheese yang terlalu nipis.... sorry ah makyong, oloi and afiq... anyway.. HAPPY BIRTHDAY to you all..

MUFFIN COKLAT PISANG






Muffin coklat pisang ni saya sediakan untuk makan-makan harijadi februari keluarga. Nyaman rasanya dihidang bersama kopi. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah diperolehi disamping resepi yang mudah dan cepat disediakan. Cara membuatnya seperti di bawah :-

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
Garam secukupya

Bahan B
1 cawan pisang (lecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur

Cara

1. Ayak bahan A ke dalam mangkuk
2. Masuk bahan B dan kacau rata
3. Masuk dalam acuan mafin
4. Kukus sehingga masak

Wednesday, February 2, 2011

KUIH KETAYAP @ KUIH GULUNG



Kuih ketayap atau orang Selangor panggil kuih gulung. Kuih lama yang memang menjadi kegemaran keluarga. Resepi seperti ini :-
Bahan-bahan kulit (boleh dapat 15 biji)
2 cawan tepung gandum
2 cawan jus pandan... (lebih kurang 7 helai daun pandan...kisar)
sedikit pewarna hijau
1 st garam
Cara-cara
Campur semua bahan dan kisar... (kalau tak kisar kena tapis)
panaskan minyak (sedikit sahaja) dan masukkan 1 senduk sederhana besar adunan, angkat kuali dan pusing-pusingkan supaya membentuk kulit yang bulat
Bahan-bahan inti
1 biji kelapa yang muda
2 ketul gula melaka, guna gula merah pun boleh juga
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
cara-cara
campur semua bahan dan masak atas api sehingga kering sedikit Bila kulit sudah masak, masukkan inti sedikit ke dalam kulit dan gulunglah... sedia untuk dimakan selamat mencuba ye..


MEE BLACK PEPPER



Assalamulaikum... hari ni saya ingin berkongsi resepi mee. Resepi Chef Ida atau Kak Ida memang sedap dan sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Apatah lagi, mee kuning adalah hasil tangan sendiri. Tengok gambar, yang hijau tu nanti ada pulak yang kata cendol. Sebenarnya mee bayam. Resepi ni menggabungkan 3 jenis mee (mee kuning, mee bayam dan mee karot). Healthy tau!. Kalau nak tau macamana proses pembuatan mee ni, kenalah pergi kelas Chef Ida sebab kita perlu tahu langkah-langkah pembuatannya. Kalau ada resepi tapi tak tahu caranya, tak menjadi juga kan. Resepinya Mee Black Pepper seperti di bawah :-

Bahan-bahan
1. 500gm mee
2. Daging secukupnya
3. 3 ulas bawang putih
4. 6 tangkai cili padi
5. 1 sb serbuk lada hitam
6. 1 kiub lembu
7. Secubit garam
8. Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng daging dalam kuali sehingga empuk
2. Tumis bawang putih
3. Kemudian masukkan 1 cawan air
4. Masukkan cili padi, serbuk lada hitam dan kiub lembu
5. Tambahkan sedikit garam
6. Renih sehingga masak

Sedia untuk dihidangkan...

HALINA BALQUIS - TV3





Cake : Sponge cake with orange flavor

Filling : Orange filling

Deco : Edible image