Wednesday, August 28, 2013

SAPE NAK MAKAN PIZZA?

Salam.

Ramadhan bulan mendidik insan.  Syawal bulan memupuk ukhuwah.
 Samada Ramadhan berjaya mendidik kita menjadi insan yang lebih baik atau tidak, lihat hasil yang dituai, busuk atau cantik.  Bak pokok yang ditanam, buah hasil yang dipetik itu manis ataupun masam.


Sahabat yang dikenali puluhan tahun lamanya. Masih ingat, masih saling kunjung mengunjungi, masih mesra, masih saling berhubung.  Semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat hendaknya.

Open house di sana sini
Ketupat rendang dah jadi ruji
Bila datang muak dihati
Pizza pun jadi



Selalu kita dengar, rezeki hampir dalam mulut pun, kalau bukan hak kita, maka ianya bukanlah rezeki kita.  

Sama macam Mushroom Tuna Pizza di atas, masih panas berasap, rupanya rezeki Cikgu Su yang datang beraya sebaik pizza keluar dari oven.  


Untuk dapatkan doh pizza nipis ni, tips nya saya dapat dari seorang sahabat (yang pakai baju merah hitam dalam gambar di atas.)  Senang je tipsnya.. kurangkan yeast.. 

 Pizza ke dua, yang ni ada rezeki my precious dan hubby walaupun banyak portionnya dihidang tetamu yang datang.  Alhamdulillah panjang rezekinya..

Malamnya, rezeki kami di sini..

 "Chef Gaz Gaz" memilih bahan... Sayur semua.. masa mengandungkan my precious, gynae nasihat kalau nak anak sukakan sayur, mula makan sayuran dan minuman air buah-buahan pada usia kandungan 6 bulan.  Alhamdulillah menjadi...

Seronok main masak-masak ye "Chef Gaz Gaz".. enjoy habis budak neh, makannya sikit, balik bau asap atas bawah..

Akhirkata, berilah kemaafan dengan berlapang dada, bersungguh-sungguh, penuh keikhlasan dengan harapan kita mendapat sesuatu dari Allah swt di destinasi yang kita semua tuju nanti.  Pintu untuk kita mendapat redha Allah di akhirat kelak.

Jumpa lagi semua.




Tuesday, August 27, 2013

OH! MASAM LEMAK MANIS KEK OREN LAPIS KEJU

Salam Aidilfitri

Apa yang saya harapkan di Aidilfitri yang penuh dengan kemuliaan ini ialah ikatan ukhuwah sesama kita dapat dipereratkan.  Bukan setakat saudara-mara, harapan ini juga harap dapat dipanjangkan dikalangan handai taulan.

Adakalanya, walau macamana kita berusaha untuk terus menghidupkan silaturrahim, ada di kalangan sahabat kita yang seperti berat untuk bersama.  Untuk sahabat seperti ini, doa saja dipanjatkan ke hadrat Allah swt agar dia berubah menjadi insan yang lebih peka kepada perasaan orang lain dan menjaga perhubungan sesama insan.

Bak kata blogger Mazidul Akmal Sidik "Anggap mereka yang tidak menghargai kita sebagai satu entiti yang terlalu kecil untuk kita fikirkan.  Lebih baik fikirkan mereka dikeliling kita yang lebih menghargai.  Tiadanya dia tidak merosakkan kita".


Manusia itu unik, susah untuk memahami apa lagi memuaskan hati semua.

Apapun, kek kat bawah ni sedap...(angkat bakul)..ececece...

Kek orange berkeju dengan sos caramel butterscotch

Mood hari raya memang tak datang tahun ni. Apa sebab roh hariraya tidak datang menjenguk saya? Walau sibuk membuat persiapan, ianya tetap tak bangkit.


gambar google.  Mungkin takdenya ketupat, kurangnya mood nak raya

Kek span oren ni saya bakar pada hari raya ke 6.  Tersadai dalam petiais sehari dua. Kemudiannya terfikir untuk melapiskannya dengan cheese lebihan red velvet yang saya buat pada Syawal pertama.

Untuk tambah rasanya lebih baik dicurahkan sos caramel butterscotch.  

Campuran 1 cawan gula perang, 2 sudu besar butter, lebih kurang 1 cawan susu cair (lebih sedap guna whipping cream) dan dimasak dengan api perlahan sehingga agak pekat.. sangat sedap.  Boleh disimpan dan dijadikan inti coklat (alahai bila la nak buat coklat pulak..kan)


ambil gambar tak de nak pakai props cantik-cantik bagai.. capai apa yang dapat je.. Snap je, hak yang slice tu terus disambar orang...

makanlah.. buat pun untuk makan bukan untuk disimpan..

Resepi kek span oren

130g tepung kek
130g gula kastor
5 biji telur
15g pemantap kek
40ml air dicampur dengan 1st orange emulco atau sunquick pun boleh
80ml minyak atau marjerin cair
1 st baking powder


Rasa masam oren, lemak cheese dan manis bersusu caramel ditambah dengan chocolate chip dan hirisan badam, sangat ngam...

Cara mengadun

1.  Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan pemantap cake dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga kembang (lebih kurang 5 minit)

2.  Perlahankan kelajuan dan masukkan air yang dicampur dengan orange emulco, pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan (5 minit juga)

3.  Tuang minyak atau marjerin cair ke dalam adunan dan dikaup balik sehingga sebati

4.  Tuang dalam tin pembakar dan bakar sehingga masak

5.  Setelah masak telangkupkan kek atas redai selama 5 minit untuk mengelakkan kek tenggelam di bahagian tengah


Lepas tu potong dua kek oren tu dan lapiskan la dengan cheese, tabur chocolate chip dan badam, letakkan sos caramel dan tutup dengan kek dan salutlah dengan cheese dan hiaslah sesuka hati.


Masam, lemak manis rasanya... Sedap..

Semoga berjumpa lagi...!!

Wednesday, August 21, 2013

BUKA RUMAH TUTUP OFIS

Salam Aidilfitri

Buka rumah... tutup ofis?  Apa maknanya ni?

Rumah terbuka... banyak stall makanan, ada yang disediakan majikan dan ada yang staff gotong royong siapkan makanan dan jamu sesama kita.  

Tutup ofis... ramai yang tak kerja hari ni.. dah asik duduk kat bawah, makan dan borak-borak kann..

Kalau ingat saya pernah upload gambar openhouse tahun lepas.  Tahun ni temanya NOSTALGIA sebab separuh dari penghuni pejabat ini akan berpindah ke pejabat baru di Bangsar.  Yang tinggal cuma kakitangan penerbitan.  Tempat baru, ruang kerja baru, sahabat-sahabat ada yang baru ada yang lama.. kerja je yang sama.. 

Sekadar berkongsi kemeriahan di Rumah Terbuka MPB..


Sebilangan kecil sahabat-sahabat yang bakal berpindah ke Bangsar bergabung dengan The New Straits Times

Nostalgia Jalan Liku... saya bermula di sini.. banyak sangat memori di tempat ini 

Persembahan bunyi-bunyian dan nyanyian.  Kali ni tak de artis di jemput...

 Cik ni sibuk bersiap sedia untuk majlis makan-makan yang besar nih... bising, panas dan ramai..

 Antara food yang dihidang

Yang ni untuk kueteaw goreng.. 

Stall department kami..

Dorang ni part of props...hehe..

 3 ekor kambing tergolek

 Dara pingitan PWS, bergaya..

 Sahabat seperjuangan

 Kawan-kawan pakar IT

Bos

 Dara pingitan PWS lagi..

 Bapak-bapak

4 bujang seorang mak buyung.. jangan marah Zahan..

 Dara pingitan PWS lagi..

 Hamboi! Hamboi.. makan kambing golek heh..

 Kawan-kawan unit creative

Coney Dog & Root Beer Floats.. meriah beraturnya..

 Bos besar..

 Orang makan-makan.. korang keje ek.. 

Keje..keje...

Yummy... portion I


Kita kenyang dengan lambakan makanan dan kesenangan.  Jangan dilupa insan sekeliling kita yang menangis kelaparan.  Sekali-sekala buka mata dan telinga mendengar rintihan mereka ini.  Bantulah semampu boleh.

Jumpa lagi sahabat!..


Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT BERTUNANG IWAN & SUZIE

Salam Aidilfitri

Allah! Allah! Allah!... dekat sebulan dah tak bukak rumah ni.  Masih bersih nampaknya.. hahaha..

Ke Sungai Petani, anak buah bertunang.  Bertolak pada pagi Aidilfitri ke 4, segalanya lancar.  Balik ke rumah pada tengahari Aidilfitri ke 5, masyaAllah... jem... syukur kampong hanya sepelaung dari Kuala Lumpur.  Patutlah negeri tumpah darahku ni penuh, berbondong-bondong warga kampong berhijrah ke Kuala Lumpur.. hish!..

Tak de kampong pun tak pe lah kalau 10 jam di lebuh raya.  Sekian..


Kelopak mawar ditabur-tabur
Sirih junjung berhias pinang
Tadahkan tangan tanda bersyukur
Iwan dan Suzie selamat bertunang

cewah!

Sebahagian sedara mara bertemu di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, lokasi penginapan.  

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pun ada.  Patut ada red carpet.

 Kalau gabra boleh kunyah itu sireh..

Pesta mi segera sebelum ke lokasi majlis.  Lapo!!!.. Keriuk keriuk perut..kehkeh..

 Beratur... senyum... snap!

Hantaran orang Kedah, hanya manisan.  Hat yang ni dari Iwan untuk Suzie

Yang ni hat Suzie untuk Iwan

 Majlis rundingan berlangsung.  "Mahainya hantaran anak dagha Kedah no.." Dah suka angguk jek laaa..haha..

Bakal mak mertua sarung cincin kat bakal anak menantu.  Relax sis..

Selamat bertunang la hampa berdua noo..


Macam biasa.. lepas tu gambar-gambar.  Gambar I tak de..


 Pengalaman mengharung jem 10 jam perjalanan balik ke negeri tercinta Selangor Darul Ehsan.  Anak-anak buah, cucunda-cucunda,  sila cari orang Selangor jati ye. 

Dari Siang... hingga ke.... 


Malam... tak sampai-sampai lagi.. Kemungkinan boleh nampak meteor shower malam neh.  Kawasan lapang dan cerah.

Lepas ni tunggu yang ni pulak... bila gak ah?

Cikgu Azura yang comel lagi baik hati.  Lahir dari hasil kasih sayang insan dari bangsa Melayu dan Cina...hehehe... jangan marah...