Sunday, September 22, 2013

SEMANGAT OH SEMANGAT

Salam Ahad

Dah lama saya tidak duduk di beranda rumah sambil mengupdate blog, bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa menikmati petang, menghirup nescafe panas dan karipap pusing tak berapa nak menjadi saya baru buat petang tadi. Nyaman sangat.  Kalaulah hari-hari dapat begini kan...

Karipap pusing adik-adik di pejabat minta buatkan.  Gambar karipap pusing tak berapa jadi, tak yah tunjuk lah ye.

Ini yang itu hari punya

Minggu lepas, satu rumah rebah, satu rumah tak sihat.  Sepupu saya, Cikgu Azura positif denggi.  Sup ketam makanan ruji dialah sepanjang menginap di hotel ward hospital.  Oh ye!  Jus apple juga dikatakan boleh membantu menyembuhkan demam denggi.

Gambar-gambar sup ketam tak de pulak teringin nak ambil.  Tak sempat pun.  Cara buatnya pun campak-campak je.  Bawang merah, halia, serai, sedikit lada hitam dicampur semuanya.  Balik kerja terus bergegas menghantar sup ke ward. Penat memang penat tapi atas semangat kekeluargaan, kalau bukan kita siapa lagi?


Satu masa dulu, apam ni sangat popular.  My Precious suka jadi Sabtu petang bersemangatlah nak buat.  Apa istimewanya apam dot dot ni sampai kebanyakkan ibu-ibu suka buat?  Bagi saya, apam ni perlukan kombinasi inti yang sedap.  Di situlah letak keistimewaannya selain cantik.

Dari petang Sabtu hingga saat saya menaip entry ini, cuma dua tiga biji saja yang luak.  Yang lain masih tersusun cantik.  Yang cantik dan menarik tak semestinya LAKU ye tak?  Rasanya apam ini walaupun My Precious suka, tidak akan ada lagi ulang tayang.

Siapa nak resepi bolehlah email saya ye.  Bukan resepi yang diambil dari internet ye, ini resepi dari kelas Chef Noraini.

Bagaimanapun, sama seperti minggu-minggu yang lepas, Sabtu atau Ahad sama saja bagi ibu-ibu seperti saya.  Bangun masih di waktu yang sama pada hari-hari bekerja.  Cuma kesibukan awal pagi itu agak berkurangan dari hari bekerja.  Tahu-tahu dah habis cuti 2 hari dan esok kena prepare diri untuk bekerja.  Kata nak relax!  Rasanya tak de kot.  

Pagi Ahad minggu ini, tiada bezanya dari hari-hari biasa.  Menyiapkan sarapan sebelum My Precious melangkah ke dewan untuk sessi ujian kenaikan talipinggang yang bermula seawal 7:30 pagi.

 Tak fokus atau cuma menghilangkan tense sebelum sesi bermula.

Grand Master C.K. Leow

Jati diri dan keyakinan perlu dipupuk dari kecil. Tisya dan Alin, good luck girls.


 Saya selalu risau My Precious melakukan ujian gerak taegeuk berseorangan dan kerisauan menjadi kenyataan hari ini.

 Semangat Boy!!!!...


 Fokus!


Berseorangan menunjukkan gerak taegeuk di hadapan Grand Master.  Alhamdulillah, lancar.


Self defense dibantu oleh Senior Saufi.  Sangat tangkas anak kecil bernama Saufi ini.


Sessi kelayakan mendapat talipinggang merah hitam, juga dilakukan berseorangan oleh calon ini.  Terus terang, bergenang airmata saya melihat aksi tae-geuk, self-defense dan memecahkan papan oleh si kecil ini.  SEMANGAT! SEMANGAT sangat...


Habis sessi grading, kami bergegas ke sekolah My Precious sebab ada Temasya Sukan Tahunan.  Sepatutnya My Precious join team sukaneka untuk rumah Merah tapi tak sempat.  So kita bagi semangat je lah pada yang lain.

Okelah, walaupun saya tidak pernah rasa rehat cuti hujung minggu, saya tetap enjoy dan bersyukur atas semua rezeki yang Allah swt berikan.  Selagi kaki mampu melangkah, selagi badan masih larat bangun, selagi boleh bekerja, semua ini akan diteruskan, in sha Allah.

Jumpa lagi semua.

  


Monday, September 16, 2013

CORAT CORET HARI CUTI

Salam.

Selamat menyambut hari Malaysia ke 50 negaraku tercinta.  

BAHTERA MERDEKA.. 
JIWA & RAGA BUKTIKANLAH PADA NUSA BANGSA
SUPAYA NEGARA MAJU JAYA
AMAN MERDEKA

Minggu ini saya masih lagi tak sihat.  Stress, mungkin sebab tu penyakit susah nak baik.  Wallahualam.

Saya perlukan cuti sebenarnya.  Cuti yang lama.  Mungkin ke tepi pantai menikmati derauan ombak dan desiran angin atau ke dalam hutan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.  

Kadang-kala kita boleh lepaskan stress dengan memasak.  Dulu saya selalu baking dan deko kek, macam jadi terapi minda pada saya.  Bila tengok kek yang kita hias cantik, rasa macam satu kepuasan.

Jadi, saya decide pergi di kelas frozen food Sabtu lepas.  Saya pilih centre di bawah.  Kalau tanya saya kenapa saya pilih centre ini sebab saya percaya resipi Chef Noraini, owner centre ni sedap.  Dah banyak resipinya dalam simpanan saya dan alhamdulillah semuanya hebat dan memenuhi citarasa saya.

Saya mula mengikuti kelas Chef Noraini dari tahun 2010 lagi. Banyak resipi beliau yang saya guna masa aktif menjual kek.  Sangat-sangat tidak menghampakan dan disukai pelanggan.

Bila campur dengan usahawan-usahawan muda ni, aura positif kita buat kita positif juga.  Baru sihat sikit rasa badan ni. Gambar di insert kemudian ye..

Saya juga sebenarnya perlukan pencetus semangat. Dah bertahun-tahun saya bersabar dengan suasana tidak sihat di pejabat, sentiasa bersabar, positif, memaafkan dan melupakan tapi lama kelamaan ianya menjadi racun pulak dalam diri.  Bak kata my precious bateri dah low.  

Saya perlu recharge!

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sangat tidak sihat, atleast release sikit stress.  Balik bawak kuih muih frozen.  Sedap semuanya.

Kuih kasturi atau kuih kacang yang belum disalut tepung.  Cuma campurkan kacang hijau direbus, tepung gandum, gula merah dan gula putih dan kelapa parut.  Hasilnya sangat sedap.

Seperti hari-hari biasa, pagi Ahad pun saya bangun seawal 5:30 pagi Suami bekerja shift pagi hari ni.  Siapkan nasi lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan timun.  Bekalkan air dalam thermos (hari cuti cafe tak bukak).

Lepas tu siapkan My Precious training tae-kwon-do yang sesi training bermula seawal 8:00 pagi.  Minggu depan sessi grading.  Harap dia tak lupa segala tae-gok dan self-defense yang diajar.

Balik dari training jam 12:30 tgh, yang pasti my precious lapar dan semestinya dia menolak nasi.  Jadi saya prepare beberapa keping pizza, satu untuk makan tengahari dan selebihnya disejuk bekukan untuk stok minggu ini dan depan.  Siap!  Makan untuk suami yang balik jam 2:00 pm pun siap juga, tapi diapun pilih pizza juga.  Dah kongsi dua orang pizzanya. 

 Petang, buat karipap pusing berintikan keledek dengan rencah daging.  Karipap pusing perlukan dua jenis adunan disatukan dan digelek beberapa kali.  Resepi saya pernah upload sebelum ini.

Saya memang kurang pandai buat karipap pusing, pusarnya banyak yang tak jadi dari yang jadi.  Kena praktis banyak lagi ni. 

Oh ye! teringat tips dari guru saya, kalau membuat kuih berasaskan pastri pastikan margerin yang digunakan tidak cair.  Kalau cair 'flake' pada pastri tak jadi dan kurang rangup.  Guna hujung jari untuk mengadun tepung sebab bahagian hujung jari sejuk.

Selebihnya sejukbekukan untuk breakfast atau minum petang

Goreng setengah masak untuk frozen.  Penuh dah petibeku.

Pagi Isnin saya cuma hidangkan ini untuk breakfast.

Cucur bawang ikan bilis.
Bawang holand dihiris, dicampur dengan ikan bilis yang ditumbuk sedikit, satu sudu cili besar dan adunan tepung serbaguna diadun cair sebab saya suka cucur yang rangup.  Lawannya cicah sos cili. 


Sebelum hubby saya pergi kerja lepas Zohor, saya sediakan ini untuk my precious.  Dia teringin nak tengok recording di studio, so dia ikut babah pergi kerja.  Bawa bekal jagung rebus yang manis.

Sampai di sini dulu. Jumpa lagi.







Sunday, September 8, 2013

AKHIRNYA SYAWAL, SEMOGA BERJUMPA LAGI

Salam.

Selagi kita hidup di bumi Allah ini, kita tidak akan dapat lari dari pelbagai masalah yang mungkin datang dari arah kiri, kanan, depan atau belakang.  Ujian, itulah cara Allah mengukur aras kesabaran kita sebagai insan.

Fitnah, mengata memang permainan manusia yang tidak takut atau lupa dengan hukum Allah.  Tak kira lelaki ataupun perempuan, mulut manusia memang susah ditutup.  Saya sentiasa ingat pesanan Prof Muhaya, orang yang menang adalah orang yang boleh menahan kemarahan.  Selagi boleh marilah kita bersangka baik.

Minggu ini sememangnya minggu yang tegang.  Allah beri kesakitan; tegang urat kepala hingga ke leher, alhamdulillah, saya redha. 

Okelah, Jumaat, hari terakhir bulan Syawal.  Sabtu masih ada yang mengadakan jamuan.  Antaranya Pro Sport Taekwondo, jamuan potluck untuk anak-anak hebat ini.

Dalam hidung yang tak berhenti turunnya air, macam air hujan, kepala berdenyut sebab demam, saya cuma sempat sediakan makaroni goreng dan kek coklat lembab saja untuk my Precious bawa ke jamuan potluck Pro Sport.

Gambar dibidik oleh Kak Ngah aka Sir Farah.

Team mates, junior

Sir Vijay, ramai dah anak didiknya menjadi juara dalam sukan Tae-Kwon-do Malaysia

Kak Ngah dan Sir Jack.  Sir Jack antara orang yang bertanggungjawab melahirkan ramai athlete muda Pro Sport Tae-Kwon-Do

Pelapis, seniors.

 Antara snack yang dibawa... mulanya teringin juga nak buat tartlets, tapi memandangkan hidung bak air sungai, terpaksalah dibatalkan.

 Ini tak taulah kuih apa, nampak sedapkan.

Lengkok kaler-kaler.  Nampak menarik.

Saya sukakan semangat anak-anak ini kalau berjumpa.  Saling bantu membantu, saling menyokong dan bersemangat.  


Kalau boleh biarlah sifat seperti ini juga ada ketika di pejabat.  Malangnya susah manusia sekarang ramai yang pentingkan diri sendiri.

Ahad petang, alhamdulillah ada frozen pizza, hidangan my precious sebelum pergi training sebelah petang. 

Janganlah kita asyik bercerita mengenai orang lain, membuka aib mereka kerana lebih banyak kita bercerita, lebih banyak pula aib kita dibuka Allah swt.  Wallahualam.

Jumpa lagi!


Tuesday, September 3, 2013

PAI EPAL RESEPI

Salam.  Habis dah cerita merdeka.

Sekarang tengah hangat cerita harga minyak RON95 dan diesel turun harga subsidi kerajaan.  Kalau hendak dibandingkan harga minyak di negara jiran contohnya Thailand, harga minyak di negara kita masih murah.  Cuba pergi Singapura atau yang banyak duit pergi ke Korea.  Bandingkan ye.

Turun ke naik ke harga minyak, kerja rumah kita memang tak pernah habis.  Yelah, kita manusia, tak perlu minyak untuk dihidupkan.  Bekerja sampai tutup mata.

Ni cerita hari pagi Ahad.  Rutin biasa.

 Roti Gardenia disapukan sos pasta ditabur oregano, disepah-sepahkan cendawan butang dan sosej, letakkan diatasnya cheese dan di bakar garing.  


 Training tae-kwon-do dari jam 8:00 am hingga ke 12:00 tengahari.  Harap my precious layak masuk sessi kenaikan talipinggang September nanti.  Dah 3 step tertinggal dari sahabat sekalian.

Tengahari, ada jemputan kahwin, jemputan kenduri menunaikan haji dan open house raya. Terimakasih banyak-banyak atas jemputan dan makanan yang lazat-lazat belaka.

(shhhh... nak pergi ke open house pun kena isi minyak gak ni)...


Apple pie hasil dari epal hijau yang dah hampir lisut.  Potong kecik-kecik masak dengan gula perang, letak kismis, secubit serbuk cinnamon, gaul sampai pekat.. dah jadi filling apple pie.


Pie crust resepi Chef Noraini memang sedap lah.  Masa panas ianya lembut dan rangup, bila sejuk pun masih lembut dan rangup.

Pie crust ni senang je nak buat.  Macam buat biskut raya.  Rasanya pun macam tart.  250g butter pukul dengan 100g gula, dah agak-agak kembangnya masukkan 1 biji telur, pukul lagi bagi sebati.  Lepas tu masukkan esen vanilla 1 sudu teh dan 2 sudu besar air.  Dah sebati masukkan 450g tepung gandum.  Uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.  

Ada yang perap dulu adunan dalam petiais agak-agak 15 minit, tapi saya terus canai dan masukkan dalam bekas kaca tahan panas tu.  Kemaskan dan cucuk dengan garpu supaya bila bakar doh tidak menggelembung.  


Bakar 30 minit (separuh masak)

Sebelum prepare crust pie ni, kita buat dulu filling dia.  Ini cara saya membuat inti pai epal.

Ambil 6 biji epal hijau, buang kulitnya dan potong dadu masak dalam kuali dengan 150g gula castor atau gula perang pun boleh.  Masak sampai epal layu dan gula cair.  Campurkan sedikit kismis (kalau suka) dan sedikit serbuk kayu manis.  Oopss tadi lupa letak.. 1 sudu besar tepung jagung, cairkan dengan sedikit air.  Masuk last sekali ye.  Masak sampai pekat.



Bila crust dah siap bakar, apple filling dah sejuk, masukkan filling ke dalam crust, hias sesuka hati dan bakar semula sehingga masak.  Saya tutup semula isi pai dengan lebihan doh.


Pai lebih cantik dipotong kalau sudah sejuk.  Kalau masih panas dipotong, macam ni la rupanya.

Okelah, sampai berjumpa lagi.  Kita asyik melihat isu kenaikan harga minyak ini dari sudut negatif saja, apa kata kita alih pandangan kita dari sudut positif pulak.

Jumpa lagi semua!.


Monday, September 2, 2013

56 TAHUN DAH MERDEKA

Salam Merdeka

Masa memang cepat betul berlalu.  

Dulu arwah abah suka bercerita kisahnya masa di Regimen Askar Melayu.  Cerita arwah diserang hendap, cerita arwah di Lahad Datu, cerita arwah ketika mengikuti misi UN di Congo, cerita arwah mengenai sahabat perajurit yang makan ulat di kaki kerana ditembak dan lambat diselamatkan dan pelbagai kisah suka duka arwah masih segar dalam ingatan saya.  Begitu juga cerita-cerita emak dan arwah wan di zaman darurat.  Sudah 56 tahun ianya berlalu.

Semangat kebangsaan saya tinggi! Mampu menangis bila Negaraku berkumandang.

Alfatihah buat arwah abah dan sekelian perajurit yang memerah tenaga, mempertaruhkan nyawa demi negara tercinta.

Arwah abah di sebelah kanan

Dulu saya selalu ikut perarakan.  Masa di Uitm saya mewakili Kesatria, bila bekerja saya pernah mewakili Kontinjen Syarikat-syarikat Shell Malaysia kemudiannya Kementerian Tenaga, Telekom & Pos, Malaysia.  Seronok tidak terhingga.

Sekarang saya cuma dapat lihat dan menanam sifat cintakan negara kepada my precious.

Inilah pasukan VAT 69 yang telah melakukan aksi lasak di hadapan Pentas Utama.  Saya tak jalan sampai ke Dataran. Diaorang ni kawad sampai kat tempat saya

Saya bangun seawal 4.30 pagi, siapkan sandwic tuna dengan salad dan nugget ayam... bawak bekal der.. Ambil komuter dan turun di Stesen Bank Negara kemudiannya berjalan kaki sehingga ke tapak Perarakan.  

Semangat nak raikan hari merdeka Malaysia ke 56.  

Tahun ni perarakan mempersembahkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.  Seronok my precious tengok segala tanker dari yang kecil hingga sebesar-besarnya

Kereta berhias pun ada

Pesawat MIG membelah angkasa

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.  Rukun, aman dan damai saya pohon kepada Allah swt untuk bumi bertuah ini agar dapat diwariskan kepada generasi baru.  Amin..



Muaz dan Kak Ngah usai perarakan.. dah jom balik..

Berjalan balik ke stesen komuter, singgah jap dekat booth Maggie Kari BIG yang Aaron Aziz jadi dutanya tu.  Malangnya voucher dah habis, so kami tak dapatla megi free.

Sesampai di rumah, merealisasikan kemahuan My Precious Son yang mahukan kek chiffon pandan.  Tercurah pandan paste dalam adunan, tapi masih sedap kek ni.  Favourite My Son. 

Kek Chiffon pandan atas piring kegemaran My Precious. Ada gambar hippo kat cawannya.

Kita rest dulu di sini.  Jumpa lagi.