Sunday, October 28, 2012

NASI ARAB - RESEPI, WHITE CHOCOLATE MACADAMIA DAN RED VELVET

Salam Aidil Adha

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!  Selamat menyambut Aidil Adha.  Sempurna sudah ibadah haji ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, adik-adik dan sahabat-sahabat yang mengerjakan Haji pada tahun ini.  Semoga mendapat haji yang mabrur dan segala dosa-dosa berguguran seperti banyaknya rambut yang tumbuh di kepala. Kembali ke tanahair sebagai orang baru yang bersih. Amin.

Pagi AidilAdha yang lalu, sayu sangat rasa hati mendengar alunan takbir dari masjid yang hampir dengan rumah.  Sambil menyiapkan bujang saya memakai baju melayu untuk sama bersolat sunat di masjid, mulut saya ikut sama mengalun takbir.  Pagi yang mulia tu, Along masak Nasi Beriyani berlaukkan ayam masak merah, dalca ayam, jelantah timun, rendang daging, kuah lodeh, nasi impit dan lontong.  Hajat dihati nak mencuba Nasi Arab yang saya belajar di Kolej Komuniti itu hari.  Banyak sangat makanan, nanti tak termakan.  Tunda dulu hajat.  Apapun, makanan yang dimasak langsai menjelang tengahari.  Alhamdulillah.  Bab daging lembu yang siap dibungkus sampai ke beranda rumah emak bertalu-talu pulak lepas tu.  Syukur syukur.  Naiklah darah tinggi Along menghirup sup tulang.

Esoknya rumah sunyi.  Along dan Mak Yong ke pasar.  Yang tinggal saya, emak dan Muaz saja.  Apa lagi projek Nasi Arab bermula.  Saya over excited sampai semua benda yang saya blend terover banyak.  Lain kali ikut resepi ye.

 1st try... not bad la rasanya...

 Sos Thalathah
Nasi Arab mudah dan rasanya boleh tahan.

NASI ARAB
Resepi : Kolej Komuniti Selayang
 
Untuk nasi
250g beras basmathi (rendam 15 minit)
500ltr air rebusan ayam atau daging
Minyak sapi atau olive oil
Hiasan Nasi
Kacang gajus
Kismis
Daun Sup

Untuk air rebusan (stok)
5 helai daun bayleaf
Kulit kayu manis
1 ekor ayam
Serbuk kunyit *kunyit hidup pun boleh*
Sedikit garam
Rebus semua bahan untuk dijadikan stok

Untuk perap ayam
1 ekor ayam
3 sb serbuk jintan manis
3 sb serbuk ketumbar
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili
1 biji perahan limau
garam secukup rasa
Campur kesemua bahan dan perap ayam sekurang-kurangnya 1 1/2 jam sebelum 

Untuk sos Thalathah
5 biji tomato
7 batang daun ketumbar
1 biji bawang besar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cili padi (kalau inginkan pedas)
Blend kesemua bahan

Makanan Iringan
Daun Salad / Tomato / Timun

Cara-caranya
1.  Beras dibasuh dan direndam selama 14 15 minit
2.  Masukkan air rebusan kedalam periuk nasi dan masak
3.  Bakar ayam yang telah siap diperap selama 40 minit hingga 1 jam
4.  Setelah nasi masak campurkan kismis dan kacang gajus ke dalam nasi
5.  Masukkan ayam yang siap dibakar ke dalam nasi dan gaul
6.  Siap untuk dimakan
7.  Hidangkan bersama sos thalathah

Simplekan!  3 star untuk masakan ini.

Oh ya.  Baru teringat.  Hari ni juga birthday anak buah saya.  Elyn namanya.  Kecil molek, putih orangnya.  White Chocolate Macadamia Cake untuk potong-potong. HAPPY BIRTHDAY anak buah! Resepi masih dalam R & D.  Tak berani nak upload lagi.  Soon ya! Soon.

"Cantiknya" pemandangan di belakang... heheh... Elyn pegang slice of White Chocolate Macadamia.  Nampak cantik kan..!

dan tiba-tiba Kak Neni order yang ni....

Red Velvet... terimakasih lah..


Monday, October 22, 2012

MAIN MASAK-MASAK DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG



Catatan Sabtu, 20hb Oktober 2012

Assalamualaikum. 

Hari ni jadual saya dari jam 8:30 am hingga 5:00 pm ialah bermain masak-masak kat Kolej Komuniti Selayang.  Dah lama tu weh, tak main masak-masak ni.  Walau pun sebenarnya untuk saya seperti Back to basic, yang penting mencari ilmu.  Lain pengajar lain caranya.  Ye tak?


Kusyuk giler mendengar penerangan membuat cupcake butter
 
Team-mates bersiap siaga memulakan assignment 1

 
 
Hari tu kawan-kawan Media Prima diajar buat :-
 

Tu dia... sudah masak... Butter Cupcakes... kemain suka korang ek..
 

Kek paling popular abad ini... Red Velvet... abihlah bisnes den lepaih ni... kahakah...
 

Basic Cheese Cake... Sodap gak resepi ni..
 
Dan... yang paling saya tunggu ialah ini... NASIK ARAB.... nanti saya upload resepinya ya, lepas saya cuba sendiri menyambut Aidil Adha nanti..
 
 
Ayam diperap, dibakar dan digaul bersama nasi....
 
 
Puas hati deko cuppies sendiri..
 
 
Catat.. nanti balik rumah lupa pulak..
 
 
Hasil deko Cik Aminah Maryam dan Cik Mazwin... cantik...
 
Gambar-gambar sebelum mula..
 
 Akhir sessi... sume dah pakar nih...
 
Saya, team-mates dan tenaga pengajar Kek dan Pastri..
 
 
Balik semua orang berpuashati membawa kek hasil tangan masing-masing untuk hidangan suami dan anak-anak.  Cuba lagi kat rumah ye.
 



Thursday, October 18, 2012

TERUSIK...

Salam

TERUSIK!

Itu yang saya dapat gambarkan bila mendapat perkhabaran ini.  Saya tak mau cerita panjang lebar.  Saya panjatkan doa semoga anak ini dapat melaluinya dengan penuh kesabaran. 

Silalah ke capaian isteri sahabat saya ini,  NINA.

Monday, October 15, 2012

KEK PELANGI KOPI O

Catatan Sabtu, 13hb Oktober 2012

Salam semua.

Dah lama tak merasa hari yang tenang dan nyaman.  Selalunya setiap minggu terkejar-kejar mengurus hal kehidupan.  Hari ni Muaz tak de kat rumah.  MakYong bawak ke Putrajaya. Tenang rasanya.  Sunyi tanpa suara dia yang asyik bercakap bertanya itu dan ini kalau di rumah. Takde bunyi tv atau radio.  Cuaca pulak sejuk dek hujan yang turun sepanjang hari. 

Sebab hari ni banyak masa senggang, hajat di hati nak menjengah Halfest di PWTC, nak baking cake dan minum di tepi laman dengan tenang.  Cuaca yang malap dan sejuk rupanya meredupkan mata, maka tertidur agak lama.  Punah hajat nak ke Halfest.

Sejak Hajah Cik Wok keluar hospital, memang semua tanaman keluarkan hasil yang memberangsangkan.    Macam yang saya cerita dientri lepas.  Bougainvillea tanaman mak, pelbagai warna, yang ditut dan tidak semuanya sedang berbunga lebat.  Buah pelam telur melebak-lebuk jatuh ke tanah.  Jarang ada buahnya yang banyak itu busuk.  Rasanya manis.  Alhamdulillah buahnya ramai merasa.  Hujan renyai pagi saya redah mengutip buahnya yang bertaburan di tanah.  Kemudian saya disertai si Naufal, cucu jiran ikut kutip sama.
 
Bougainvillea Subur Berbunga
 
Alhamdulillah, rezeki dari Allah patut dipanjang-panjangkan kepada jiran.
 

Buah Mangga Telur Bertaburan di Atas Tanah


Hasil Kutipan dibahagi dua dengan Naufal

Cuba lihat pokok rambutan tut mak yang merendang, lebat berputik, begitu jugak pokok buah pulasan.  Tak lama lagi mesti meranum.  Rambutan kuning, buahnya tebal dan banyak air.  Rambutan merah gula batu, isinya juga tebal cuma agak kering tetapi manis umpama isi buah kelapa.

Rambutan Kuning juga sedang lebat berputik


Alhamdulillah.

Sebelum Muaz balik dari Putrajaya, lebih baik saya menggodek kek.  Rasa macam nak buat kek keju mangga sementelah buah mangga yang banyak.  Malangnya whipping cream masih keras membatu didalam freezer, cream cheese jugak tak de.  Bahan lain juga tak cukup. 
 
Teringin pula nak buat Italian Rainbow Cake yang tengah hangat di pasaran.  Fikir-fikir.. Malas pulak nak buat Italian Meringue Buttercream nak diganding dengan Rainbow Cake. Leceh membuatnya tambah kadang jadi, kadang tidak.  Akhirnya buat kek rainbow Melayu je la... Rasanya pun sama je...
 
Wangi... gabungan esen vanilla, rose dan oren...

Akhirnya, tercapai niat minum petang kat beranda dengan mak, kakak dan jiran yang sering berkunjung menjengok mak.

Kek Pelangi yang banyak nostalgianya...
 
 
Petang yang sungguh sejuk dan nyaman.  Ditambah dengan hangat Kopi O pekat bersama kek pelangi yang harum.  Alhamdulillah, masih berpeluang menikmati hidangan minum petang bersama Precious Mom, Hajah Zalifah Khamis.  Terimakasih juga kepada mak atas tinggalan resepi kek pelangi yang sangat sedap.

Warna yang cantik
 
Nota :  Rasanya entry paling banyak gambar... heheh...
 
 
Selingan
 
 
Kepada rakan sepejabat, Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah meletakkan jawatannya di TV3, saya doakan kejayaannya di dunia dan akhirat.  Semoga lebih sukses dalam dunia pengacaraan dan menjadi isteri mithali di luar sana. 
 
Saya dan Syuk di hari-hari terakhir di pejabat

Tuesday, October 9, 2012

CHOC CHIP DAN KEK BUAH KUKUS UNTUK AIDIL ADHA

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bila Precious Mom, Hajah Zalifah sihat, bunga-bunga orkid mak pun berbunga.  Macam mendoakan pulakan.  Bougainvillea bermacam warna, merah, purple, bunga bercampur pink dan putih, purple dan merah hasil kacukan semuanya galak berbunga.  Ada yang sangat lebat sampai menutup daun.  Yang masih tak berbunga Dragon Orchid... daunnya dan dahan sudah besar, tapi masih belum ada rezeki nak tengok dia berbunga.
 
Bunga Orkid bersaiz besar.. spesis jangan tanya.. sebab tak tau.. hehe...
 
Jengok belakang rumah, pokok rambutan kuning dan rambutan merah gula batu tengah lebat berputik.  Sayang pula rasanya kalau pokok-pokok ni perlu ditebang untuk naikkan bilik anak bujang saya.  Biarlah... fikir lagi.. kalau boleh jangan diusik pokok-pokok dan bunga-bunga.  Biar mereka hidup tinggalan hasil tanaman arwah wan dan mak.  Untuk cucu cicit kemudian hari.

Oh ya, SELAMAT DATANG kepada NORMALA BAHAR yang baru jadi pengikut blog DLO.  Terimakasih banyak-banyak sudi datang.
 
Lelah saya menghantar anak bujang training untuk penilaian kenaikan talipinggang tae-kwon-do pagi dan petang.  Full training!  Setiap lokasi adalah muka bujang saya.  Kalaulah dia tak lepas ujian kali ini, pasti mengundang kecewa.  Alhamdulillah, anak ibu lepas dapatlah tukar talipinggang. 
 
"Lain kali jangan last minute training", kata Sir Vijay, coach Muaz.
 
Apa-apapun dah dapat naik TaeGeuk II. 
 
Lulus!
 
Disamping sIbuk menghantar dan mengambil Muaz, masa terluang saya melunaskan order kukis kawan-kawan.  Hampir 3 minggu order tertunggak.  Mohon maaf sangat-sangat.  Kekangan masa.
 
NOTA : TEMPAHAN KUKIS  & KEK BUAH KUKUS UNTUK RAYA HAJI DIBUKA SEKARANG!
 
Kek Kukus Buah-buahan, resepi tradisi hampir 80 tahun.  1kg rm40.00
 
 
Warga emas suka kek kukus ni....Dial 019-2767454 atau email rozanothman@yahoo.com untuk menceriakan Aidil Adha insan tersayang.. InsyaAllah sedap!.