Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN






Assalamualaikum wbk. Pagi Jumaat yang sungguh sejuk lagi segar. Hujan mencurah lebat dari awal pagi Jumaat terakhir sebelum kita semua menyambut Ramadhan Al-Kareem.



Abu Saeid At Tahuriyy r.a. berkata "jika kamu ingin mengenali seseorang yang bersahabat denganmu dengan ikhlas, maka buatlah sesuatu yang menyebabkannya marah, kemudian perhatikan pada orang lain penilaiannya terhadap kamu, jika dia tetap berkata yang baik tentangmu dan menutup keburukkanmu sebagaiaman ditutup oleh Allah swt, maka jadikan dia saudaramu".



Petikan daripada Ihyak Ulumiddin



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum. Ramadan Al-Mubarak semakin dekat menghampiri kita. Dengan adanya peningkatan ilmu, diharap amalan puasa kita juga dapat dipertingkatkan. Di sini saya syer ilmu yang saya dapat ketika menghadiri majlis ilmu di Surau Sri Pentas pada hari Rabu, 17hb Julai 2011 bersamaan 25 Syaaban 1432H, disampaikan oleh penceramah yang cukup saya gemar, Ustaz Ishak Din.

Menurut Ustaz Ishak Din tadi, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai :-

1. Shahrun Karim atau bulan yang mulia ;
2. Shahrun Rahmah;
3. Shahrun Mubarakun iaitu bulan yang dirahmati;
4. Shahrun Maghfirrah (bulan yang pengampunan);
Di bulan ini, pintu syurga seluas langit dan bumi dibuka 24 jam
5. Ummu Shahri (ibu segala bulan)

Pendekata, bulan ini adalah pengumpulan segala pahala dan pengampunan. Orang yang tidak merebut peluang di bulan ini, diibaratkan sebagai orang yang rugi.

Antara persoalan yang kerap timbul mengenai bulan yang mulia ini ialah :-

1. Siapakah orang yang wajib berpuasa?
Jawapannya ialah orang Muslim, Mukin yang mencukup syarat-syaratnya.

2. Golongan manakah yang tidak wajib berpuasa?
Orang yang tidak wajib berpuasa ada 3 golongan :-
(i) Kanak-kanak yang belum baligh;
(ii) Orang gila ;
(iii) Orang tua yang tidak kuasa berpuasa

3. Siapakah yang haram berpuasa?
Perempuan didalam haid / nipas

4. Siapakah yang tidak perlu berpuasa dan sekiranya ia berpuasa orang itu harus berbuka?
3 golongan iaitu :-
(i) Orang yang sakit teruk
(ii) Orang dalam musafir
(iii) Ibu mengandung / menyusukan

5. Siapakah yang tidak wajib berpuasa dan tidak wajib membayar fidyah?
(i) Orang tua yang tiada kuasa berpuasa
(ii) Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
(iii) Orang mati yang tidak sempat mengqada puasanya

6. Siapakah orang yang wajib membayar puasa dan mengqada puasanya?
Soalan ini tidak sempat diterangkan oleh ustaz memandangkan waktu rehat sudah habis. Semoga ianya dapat dijawab didalam pertemuan akan datang.

Diharap dengan ilmu yang sedikit ini, dapat meningkatkan pahala puasa kita semua, insyaAllah.

Monday, July 25, 2011

CIK MOLEK




Di akhir bulan Sya'aban, semarak Ramadhan sudah dapat dirasa. Menurut kata Ustaz Sahruddin Samsudin dalam ceramahnya di surau pejabat tengahari tadi, antara perkara yang Nabi Muhammad saw lakukan ketika Sya'ban ialah maaf memaafkan serta meuar-uarkan kebesaran Ramadhan. Semoga kita semua masih mampu menjalani ibadah ini sebaik mungkin dan yang penting kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini.




Hari Ahad lepas, projek biskut raya dengan kakak saya, persediaan hari raya. Raya nanti tak perlulah bersusah-susah membuat biskut raya. Kali ini kami menyediakan biskut Cik Molek. Bila masuk ke dalam mulut, umpama makan biskut tart nenas tetapi diperkaya dengan rasa cengkih. Sedap.



Minggu depan kalau dipanjangkan umur, projek biskut dahlia dan tart gulung, insyaAllah.

KELAS TAK RASMI DLO


Hasil tangan Nurul sendiri

Kak U'un (panggilan Muaz pada Nurul).. bangga dengan red velvetnya.


Hari Sabtu lepas, senggang tiada aktiviti kek dan sewaktu dengannya. Waktu senggang diceriakan dengan kedatangan cucu saya, Nurul Batrisya yang cukup minat memasak kek. Mungkin satu hari nanti, semua resepi turun temurun keluarga Othman dan satu fail besar kek yang saya olah dan dipelajari akan diperturunkan kepada Cik Nurul Batrisya yang cantik ini. Datang dengan cawan kertas untuk cupcake, serbuk koko, cream cheese dan butter, tersenyum simpul meminta saya mengajarnya RED VELVET. Semua proses dilakukannya sendiri, saya cuma tunjuk saja. Hasilnya cukup memberangsangkan. Lepas ni nak niaga kat sekolah.. katanya.. Baguslah.... boleh carik duit sendiri. Sekalung tahniah untuk Nurul Batrisya.

PAGAR KASIH




Kek yang kaya dengan buah-buahan segar, anggur dan strawberry. Kek di bawahnya ialah kek coklat lembab (fair lady chocolate cake), kemudiannya disapu dengan chocolate ganache di atas dan di tepi dan dihias dengan biskut jejari (love letters). Kek ini ditempah oleh Cikgu Azura.


RAQIEM & BABAH




Terimakasih atas tempahan yang dah beberapa kali.


Monday, July 11, 2011

NERRY MANAF




Rasanya dah lama betul tak buat chocolate chip orange cupcakes ni. Mungkin ramai yang dah lupa, so saya upload gambarnya. Cupcake ini kaya rasa oren selain bau oren yang semerbak. Istimewanya bila dimakan rasa coklat bercampur dengan rasa oren.. sungguh sedap sekali. Antara yang suka cupcake ini ialah sahabat yang sudah lama saya kenal, Narimah.

Kepada yang nak mencuba, resepinya pernah saya upload tak lama dulu. Cubalah, memang berbaloi.

NIK



Assalamualaikum. Minggu ni sibuk melayan order untuk kek kosong; kek pelangi, kek karot dan kek cawan. Jemputan kenduri menyambut Ramadhan juga pada minggu ini banyak sekali. Sibuk jugak dengan hari sukan anak saya di Shah Alam. Comel-comel anak-anak kecil semuda usia 3 tahun bersukan, marching, menyusun abjad... memang comel giler.



Bercerita mengenai gambar cupcakes diatas, namanya Fairlady chocolate cake (dah letak dalam cawan kertas gini... cupcake la jadinya).. 2nd order dari Nik. Cuma kali ni mahu yang simple je.. simple.. swirl je la jawabnya. Terimakasih Nik atas sokongan tak putus kepada saya.

Friday, July 1, 2011

ALYA QISTINA & AISHAH SOFEA



Chocolate Cheese Tartlet







Barbie Cake : Rainbow Cake

Frosting : Steamed Buttercream for Barbie Gown

NIK




Cupcakes : Fairlady Chocolate Cake with Transformer Edible Image

NORAZURA






Decorated Cookies, biscuit flavor vanilla.