Tuesday, April 26, 2011

KHASIAT COKLAT

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya ingin berkongsi lagi rahsia koko yang sebelum ini banyak mitos mengatakan keburukan koko maupun coklat. Mari kita dengar penerangan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Y.Bhg. Dato' Dr Azhar dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) siaran 26 April 2011. Selepas ini jangan takut untuk makan coklat lagi. D'littleoven sedia menerima tempahan coklat sedikit masa lagi, insyaAllah.




SITI HAJAR ABDULLAH - BERSAMAMU




Assalamualaikum. Kali ini kita tinggalkan sebentar mengenai khasiat koko. Entry akan datang insyaAllah, kita bercerita lagi mengenai khasiat buah ciptaan Allah yang terlalu banyak kebaikkannya.


Bila penerbit rancangan Bersamamu, Siti Hajar Abdullah menyatakan hasratnya menempah kek besar untuk mereka yang kurang berkemampuan, hati saya terus berbunga-bunga. Inilah masanya untuk saya membuat sumbangan kecil. Sekurang-kurangnya dapat menggembirakan insan yang kurang bernasib baik ini. Alhamdulillah, menurut kata Hajar, mereka amat gembira menerima bingkisan dari saya.

BLUEBERRY CHEESE TARTLET UNTUK CIKGU ISYQI




Repeat order dari Cikgu Isyqi. Terimakasih atas sokongan cikgu.

Monday, April 25, 2011

CHOCOLATE, FEEL GOOD FOOD




Assalamulaikum.

Hari Isnin... nak angkat mood bekerja?.. Makanlah coklat.

Antara kebaikan coklat boleh meningkatkan mood bekerja disamping menambah tenaga.

Tak percaya?


Coklat ada sumber tenaga yang tinggi iaitu seketul bar coklat yang beratnya 100g membekalkan 18% sumber tenaga bagi seorang lelaki dewasa yang sederhana aktif.
Bila ada tenaga, secara tak langsung, mood pun datanglah.


Antara kebaikan coklat :-


1. Diet seimbang



2. Feel good food sebab ianya mengandungi theoromine dan tenylethylamine



3. Sentimental food - kalau girlfriend merajuk.....sesuai dijadikan hadiah



4. Anti penuaan - kaya dengan anti oksiden



5. Tidak merosakkan gigi - coklat ada polyphenol dan tannin (apa ke benda-benda ni? kalau senang nanti DLO terangkan)



6. Tidak menggemukkan


Jadi, janganlah takut makan coklat. Nak lagi sihat, makan coklat gelap (dark chocolate). Banyak kebaikkannya. Boleh buat sendiri kalau mahu, atau kalau nak yang extra sikit bolehlah order je....







sumber : Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Friday, April 22, 2011

MENU TERBARU DLO, COKLAT.




Chocolate, Food of Health. Selalu perception masyarakat kita, coklat membawa pelbagai keburukan. Haa... sebenarnya salah ye. Coklat adalah makanan kesihatan. Kalau nak tau selanjutnya... tunggu entry selepas ini. Menarik tau... rugi tak baca...



Nampaknya ada follower baru... terimakasih ya jadi pengikut blog DLO.

Monday, April 18, 2011

BANANA CHOCOLATE WITH WALNUT




Kek terbaru dalam list menu DLO, Banana Chocolate With Walnut Cake. Kek ini istimewa kerana kombinasi secocok coklat dan pisang. Ditambah dengan kacang walnut atau pecan membuatkan ianya istimewa. Disaluti chocolate ganache dan almond. Boleh dijadikan kek harijadi atau sekadar mengiringi teh ketika minum petang. Kepada yang berminat, kek ini dijual dalam dua saiz. Saiz dalam gambar ialah saiz 7.

KEK BUAH KUKUS


Resepi kek buah kukus diambil dari buku resepi kek mak DLO. Kabarnya resepi ini kepunyaan seseorang dari Singapura. Resepinya pun tersenarai rum. Tapi DLO tak de lah letak rum dalam resepi kek buah kukus ini. Rum tak sesuai gitu... Kek buah kukus sesuai dihidang di hari perayaan, hadiah untuk orang tersayang atau kek meraikan pengantin.

KEK PISANG LEMBUT



Assalamualaikum. Kek Pisang Lembut antara menu DLO yang digemari ramai. Teksturnya gebu dan ringan. Pilihan selain kek kosong seperti ini, boleh ditambah kacang walnut, pecan atau coklat cip. Resepi DLO pos sebelum ini. Kalau nak rasa, boleh buat sendiri atau order je dari DLO.

Thursday, April 14, 2011

KEK LOBAK MERAH SIMPLE

Assalamualaikum.

Seperti dijanji, inilah resepi kek lobak merah simple tempohari. Buatnya simple, rasanya pun simple gak lah. DLO beri 3 star untuk resepi dari blog mak lang azie ni...

Bahan-bahan

250g tepung gandum } 1 1/2 tsp baking powder } diayak bersama
1 1/2 tsp baking soda }
1 tsp garam 2 tsp serbuk kulit kayu manis 375g gula (boleh campur dengan brown sugar)
4 biji telur
4 cawan lobak merah (disagat dan diperah sedikit airnya)
3/4 cawan walnut (cincang)
1 1/2 cawan minyak jagung

Cara mengadun

1. Pukul telur perlahan dan masukkan gula kemudian pukul sehingga kembang
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit diikut kacang walnut, kacau sebati
3. Masukkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati
4. Bakar pada suhu 165 c atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing)

Resepi Icing Keju Bahan-bahan

120g butter
250g cream cheese (suhu bilik)
120g icing sugar

Cara mengadun Pukul semua bahan sehingga ringan dan gebu. Terus sapu sebagai filling kek dan ice kan atas kek.

Monday, April 11, 2011

SITI HAJAR ABDULLAH - PWS

Assalamulaikum. Hari ini, 11hb April 2011 genap sebulan aktiviti baking saya terhenti. Lepas ini insyaAllah, kalau tiada aral, order dibuka semula. Semalam berkesempatan membuat kek keju blueberry dicampur coklat untuk seorang sahabat, Siti Hajar Abdullah namanya. Lemah lembut namun tegas, Siti Hajar menyambut hari kelahirannya pada 7hb APril lalu. Happy birthday Hajar, semoga dimurahkan rezeki, dirahmati Allah swt dan yang penting bertemu jodoh terbaik di kalangan jejaka yang baik, insyaAllah Bluberry chocolate cheese cake


Sukanya dapat kek.. kek cheese pulak tu... potong-potong..



Birthday song for a birthday girl... Allah selamatkan kamu...



Peluk cium dari Kalijahwati.. boleh tak cover event ni tuk MHI cik?


Makan Liza makan...

Thursday, April 7, 2011

E-BUKU RESEPI PERCUMA DARI JINTANMANIS...

Assalamualaikum. Berita baik untuk mereka yang suka membuat roti. Jintan Manis telah bermurah hati berkongsi tips dan resepi rotinya dengan kita semua. Download percuma sehingga 21hb April 2011 ini. Lepas tarikh ini dah tak boleh download. Cepat! Cepat! Nanti rugi. Silalah ke link http://www.jintanmanis.com/. Terimakasih kepada tuanpunya e-book ini.


Contoh e-buku resepi roti dan tips seperti di bawah :-




Wednesday, April 6, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ALONG

Assalamualaikum. Dah berminggu lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Bukan tiada aktiviti mahupun 'order' dari customer tetap, tetap atas masalah yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa menolak pesanan-pesanan tersebut. Saya memohon jutaan maaf atas masalah yang memang tidak dapat saya elakkan ini.


Namun, pada minggu lepas, saya berkesempatan membuat sebiji kek karot berwalnut istimewa namun ringkas untuk insan istimewa, kak sulung saya. Along banyak berkorban demi membesarkan kami adik-beradik. Terimakasih along atas segala pengorbanan yang tidak terbayar dengan wang ringgit. Selamat Hari Lahir Along.


Resepi kek karot ini akan saya upload sedikit hari lagi.



Kek karot simple



Along tengah potong kek