Friday, December 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

DLO mengakhiri tahun 2010 dengan figurine cake (gambar-gambar boleh dilihat di bawah dan juga di FB DLO. Kepada yang berminat untuk mendapat kannya, sudah boleh membuat tempahan mulai Januari 2011. Jangan lupa ya, seminggu awal.

DLO banyak mempelajari teknik baru dalam seni menghiasi kek sepanjang tahun 2010 khas untuk memenuhi permintaan pelanggan semua. DLO ingin memanjangkan ucapan terimakasih diatas sokongan anda dan bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan kekuatan menghadapi semua cabaran.

Di ambang tahun baru ini, DLO ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Semoga tahun baru ini kita akan lebih berjaya dan dirahmati Allah swt.

Thursday, December 30, 2010

Saturday, December 25, 2010

TEDDY




Untuk kek kali ini, saya menggunakan resepi yang saya ambil dari blog maklang azie. Tekstur kek lembut dan lembab. Saya akan cuba masukkan resepi American Chocolate Cake dari blog maklang azie ni secepat mungkin.

Cake : American Chocolate Cake
Frosting : Buttercream
Decoration : Butercream teddy

Friday, December 24, 2010

PIPING GEL AND BUTTERCREAM DRAWINGS

Dah lama tak praktis melukis. Ana Muslim berbibir tebal.. kahkah





Cake : Sponge cake with vanilla flavor
Filling : Strawberry fillings
Frosting : Buttercream
Decoration : Art drawings

Friday, December 17, 2010

CHOC CHIP ORANGE CUPCAKE

Kek cawan oren dengan cip coklat ini memang sedap, moist dan kuat rasa orennya. Sila lah cuba ya. Resepi ada di bawah. Kalau malas boleh lah order.

SELAMAT MENCUBA






Bahan-bahan
250g butter
230g tepung kek
2 st baking powder
180g gula
30g susu
4 biji telur grade A
2 sb air air perahan oren
2 sb kulit oren
1 sb oren emulco
secubit garam
Cara-cara
1. Krim gula dan butter sehingga putih
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga sebati
3. Campurkan air perahan dan kulit limau kedalam bancuhan
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan susu
5. Akhir sekali masukan emulco oren dan kacau sebati
6. Sediakan papercup dalam acuan cupcake
7. Bakar adunan 180c selama 20 minit atau sehingga masak

Saturday, December 11, 2010

MUAZ'S SCHOOL PARTY





Cake : Chocolate Moist
Filling : Chocolate Fudge
Frosting : Buttercream

NIK MURNIZAH




Thank you yummyart

Terimakasih Nik atas sokongan tidak putus-putus...

Cake : Chocolate Moist Cake
Frosting : Chocolate ganache
Filling : Chocolate Fudge
Decoration : Forest vacation

Wednesday, December 8, 2010

IDA, KELANG





A badge (alamak salah eja).. I mean batch of chocolate cheese tartlets ordered by Ida, Kelang... Thanks to Ida, Pak Agong and Mdm Eda..
Nota : Cheese tartlets tidak boleh disimpan lama kerana biskut atau shellnya akan menjadi lemau dan tidak rangup. Ianya disebabkan biskut akan menyerap lembapan dari cheese. Jadi makan cepat.. jgn simpan-simpan kay..

Monday, December 6, 2010

MOKHZANI




Cake : Chocolate Moist (Black Beauty)
Frosting : Chocolate Buttercream
Filing : Chocolate Fudge
Decoration : Buttercream flowers

Saturday, December 4, 2010

HAFIZ









Cake : Sponge cake with pandan flavour (bottom) and orange flavour (top)
Frosting : Buttercream
Decoration : Rose bud
Theme : Turquoise blue

Thursday, December 2, 2010

ROSE BUDS (CIRCLE OF LOVE)






Happy 1st Anniversary...
Cake : Classy from cheese cake collection
Frosting : Chocolate Fudge
Decoration : Buttercream rosebud