Assalamualaikum wbt
SELAMAT JALAN SYAWAL
Terimakasih kerana perjalanan hidup ini sangat indah dengan terjalinnya silaturrahim. Kami tak selalu dapat bersama tapi hari ini kerana kamu kami bersatu. Semoga bertemu lagi.
Sebagai kenangan. Ianya akan menjadi lebih indah 10 atau 20 tahun akan datang, in sha Allah. Di saat lantai kerja ini sudah ditinggalkan, tatkala kita sudah bersendirian, ianya pasti menjadi sangat berharga.
Sebagai kenangan. Ianya akan menjadi lebih indah 10 atau 20 tahun akan datang, in sha Allah. Di saat lantai kerja ini sudah ditinggalkan, tatkala kita sudah bersendirian, ianya pasti menjadi sangat berharga.
Sambutan Raya Kami-Kami Aje. Makanan konsep potluck.
Penyumbag Laksa Sutera sedang bergambar.
Antara staff bukan muslim yang bersama
Wajah-wajah ceria anak-anak muda kreatif. Kerja mereka ini yang sahabat tonton dalam banyak program terbitan Primeworks.
Orang kuat di sebalik Raya kita-kita Aje
Tokeh Unit 999 menyumbang popia Kemboja makan sampai direman taglinenya.
Mesti pernah tengok wajah-wajah cantik ini, kan!
Jemaah unit Islamic Content. Tangan di sebalik program ugama.
Tukang ambil gambar merantau ke luar negara hampir 3 bulan sebelum Ramadan demi mencari bahan untuk tontonan sahabat semua. Saksikan Dunia Tersembunyi, jangan lupa.
Yang berselfi tenaga penyumbang program dokumentari yang banyak memenangi award. Cuba teka programnya.
Ucapan pembukaan oleh tokeh program Madrasah
Peserta Da'i 4 yang sedang berlangsung sekarang pun turut sama. Sokong program ni ye.
Dah habis jom tapau lebihan. Tak baik membazir.
Ok, sehingga jumpa lagi... wassalam.