Friday, August 26, 2011

SALAM SYAWAL

Saya Salam Syawal untuk semua pelanggan DLO dan pengikut setia blog ini. Setahun hanya sekali, ia datang ia pergi..... antara senikata lagu raya alunan Amy Mastura. Saya suka lagu ni, rancak berbanding lagu-lagu raya lain yang mendayu-dayu. Sempena Syawal yang mulia seiring dengan tuntutan maaf memaafkan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua. Semoga Syawal ini ikatan ukhuwah yang sedia terjalin bertambah erat.

Berikutan dengan itu, DLO akan bercuti selamat seminggu bermula 1 Syawal hingga 6 Syawal atau 30hb Ogos hingga 4hb September 2011. DLO mula beroprasi pada 5hb September, dan semua tempahan untuk sebarang majlis selepas itu boleh lah dilakukan.

Selamat pulang ke kampong halaman dan selamat kembali ke kediaman semula. Berjumpa lagi.

Monday, August 22, 2011

MAMA CARRIE



Dah lama tak nampak biskut ini tika bertandang rumah sahabat dan saudara mara. Nah, memenuhi 'tempahan' dari Hajah Wok (mak saya), biskut ini terhasil. Mak cukup bangga melihat berjenis biskut raya dalam balang yang besar-besar. Ini adalah biskut terakhir untuk Syawal kali ini. Lepas ni concentrate order kek belang dan kek buah kukus.

CORNFLAKES MADU



Memenuhi permintaan kakak, kami mengerjakan cornflakes madu. Biskut ini kaya rasa madu bercampur dengan coklat chip dan kacang badam yang dicampur bersama cornflakes. Ini antara kuih yang balangnya bakal kosong tak sampai seminggu raya.

TART STRAWBERRY




Menjelang hampirnya Syawal, minggu ini projek 3 serangkai (saya with my two sisters), projek biskut tart strawberry. Kali ini untuk sister saya, dicampur dengan strawberry paste dan strawberry filling. Baru kuat rasa strawberrynya berbanding biskut yang kami buat minggu-minggu lepas. Rating biskut ni saya bagi 4 star. Sedap.

Thursday, August 18, 2011

BISKUT CONFLAKES COKLAT








Sebelum saya membuat tart strawberry (entry sebelum ini), saya buat biskut conflakes coklat ini. Resepi termudah di alam ini. Tak perlu bakar-bakar. Yang takde oven boleh buat biskut ni. Rajin malas je. Budak-budak pun suka. Pasti licin balang kalau hidang biskut ini. Resepi kat bawah :-



Bahan-bahan



100g cornflakes (diramas kasar)

150g coklat (letak lebih pun takpe)

Almod nib (dibakar)



Cara-cara


1. Double boil coklat sehingga cair, masukkan 1 sudu besar minyak jagung untuk mengilatkannya.

2. Campurkan cornflakes ke dalam coklat cair dan gaul rata

3. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan almond nib.

4. Dah siap boleh makan.

BISKUT TART STRAWBERRY




Pantang cuti, inilah kerjaya ye. Biskut raya lagi. Biskut Tart Strawberri. Resepi sama je macam tart nenas cuma fillingnya saja ditukar kepada strawberry. Banyak jual kat kedai bakeri filling strawberry ini. Mulanya terfikir nak letak strawberry paste dalam adunan biskut, fikir punya fikir rasanya elok biar perasa original je kan. Biskut pun saya tak letak kaler merah strawberry. Bila rasa baru tau... strawberry rupanya.



BISKUT COKLAT CIP





Assalamualaikum. Lama dah saya tak menjengok blog apatah lagi updatekan. Rasa macam masa berjalan cepat sangat... Biskut kali ini biskut paling digemari kanak-kanak malah orang dewasa juga menyukainya. Biskut Coklat Cip, sekejap letak habis sebalang. Garenti. Hehe.. Lepas buat biskut ni terus saya seal ditakuti ada yang makan curi-curi nanti. Resepi nanti saya akan kongsikan bersama. Ambil aura gambar dulu ye.

Resepinya :-

Bahan-bahan

250 mentega

400g tepung gandum

250g gula perang

2 biji telur gred B
1 sudu teh capucino paste

1/2 cawan badam cincang, dibakar

200gm cip coklat

1 sudu teh serbuk penaik

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla


Cara mengadun :-

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan soda ke dalam sebuah mangkuk besar. Gaul badam cincang dan cip coklat

2. Pukul mentega, gula, gula perang dan esen vanilla hingga kemabnag. Masuk telur kuning pukul sebati

3. Gaul adunan mentega bersama adunan No. 1 dan rehatkan.

4. Cubit sedikit adunan dan susu dalam dulang pembakar.

5. Bakar hingga masak.

Selamat mencuba.

Thursday, August 11, 2011

HIASI LEBARAN DENGAN KEK BUAH KUKUS DLO



Lembab dan kaya buah-buahan campur




Kek Buah Kukus DLO menggunakan resepi lama, yang diturunkan dari Wan saya ke emak dan seterusnya kepada saya. Sangat sesuai dihidangkan di hari lebaran dan untuk buah tangan. Tempahan untuk hari raya masih dibuka. Terhidang dalam 2 size 1kg RM38.00 dan 2kg RM73.00.

Monday, August 8, 2011

BISKUT TART NENAS SRI NONA


Hajah Cik Wok tekun menerap.. hehe.. pakar nih..



Mewah inti tuuuu....



Bakar garing sedikit... supaya tak kulat menjelang raya



Malas nak glis... kat atas je letak.. hehehe


Biskut raya ke lima saya... Biskut Tart Nenas Sri Nona. Tahun ni rasanya tak buat biskut tart nenas gulung, permintaan kakak-kakak tersayang. Inti tart boleh diletak sebanyak mungkin diatas pastry tart. Lagi banyak lagi sedap kan. Biskut ni saya belajar dari Chef Noraini (Aniz Baking Centre). Saya berpegang kepada pesanan Kak Ani, jadi resipinya tak dapatlah saya post di sini. Kalau nak dapatkan resipi kena lah berguru dengan Kak Ani ye.

BISKUT STRAWBERRY







Assalamualaikum. Macam biasa, aktiviti hari minggu saya dipenuhi dengan aktiviti membakar biskut. Walaupun umat Islam baru berpuasa 8 hari, biskut raya saya dah ada 5 jenis.. hehe.. Disebabkan teruja dengan biskut tart nenas Nina Cybercake yang dibentuk menjadi buah strawberry.. saya pun mengadun satu adunan biskut strawberry berintikan gajus. Memang betul kata Nina.. kerjanya banyak.. huhu.. sampai ke malam menggentel biskut ni. Macamana agaknya peniaga biskut raya menggentel biskut ni untuk dijual ya... Huuuuuuuu...



Resepinya nanti saya postkan. Tengok gambar dulu ye.

Tuesday, August 2, 2011

DAHLIA & SEMPERIT













Assalamualaikum. 1 Ramadan 1432H. Macamana puasa? Saya bercuti sehari sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak ini. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Bangun sahur, makan, kejut anak, siap anak pergi sekolah, balik hantar anak sekolah tidur kejap, siapkan makan anak (anak saya umur 6 tahun, puasa 1/2 hari je)... ambil anak sekolah, bagi dia makan lepas tu dah waktu senggang. Apa lagi, mak pun nak menolong, projek biskut raya lah kita. Kali ni biskut dahlia dan semperit. Tapi acuan dahlia yang disimpan lama (mak punya) dah hilang kayu penekannya. Nak tak nak pakai nozzle 858 je. Jadi jugak alhamdulillah. Nak resepi? Resepi dahlia dan semperit sama je. Tengok bawah ye...





Bahan-bahan




250g marjerin / butter (kalau nak sedap lagi)


200g tepung gandum


150g tepung kastard


30g tepung ubi (lebih baik disangai dulu. Kalau rajin lagi boleh jemur. Biskut jadi lebih ringa)


1 st esen ros


1 biji kuning telur (sblm ni saya tulis 1 biji telur.. maafla ye.. tersilap taip)


150g gula aising





Kaedah mengadun




1. Marjerin dan gula dikrimkan sehingga gebu dan putih


2. Masukkan telur kacau sebati


3. Dalam mangkuk lain, ayak segala jenis tepung


4. Adunkan adunan marjerin dan gula bersama tepung sehingga menjadi doh.


5. Gunakan acuan dahlia atau nozzle 858 (kalau tak silap) dan bentuklah menjadi bunga.


6. Bakar sehingga masak.

MAIZUAN


Cake : Vanilla Sponge and Blueberry Filling
Frosting : Fresh cream
Size : 8" round
Prize : RM48.00

Kek yang ditempah tergesa-gesa, buatnya pun tergesa-gesa.