Wednesday, July 27, 2016

SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum wbt

Setahun hanya sekali,
 Ia datang ia pergi
Hari Raya hari bahagia....

Saya suka sangat lagu raya nyanyian Amy Mastura ini. Memangnya hari raya hari yang cukup membahagiakan.

Aidilfitri sudah hampir ke penghujungnya.  Bermakna sudah hampir dua bulan saya tidak mengemaskini cerita di sini.  Bermula sebelum Ramadhan yang lalu sehinggalah ke hari ini, sudah Syawal 22.  

Wah! Dah nak habis raya baru nak wish ni.

Belum terlambatkan.. jadi.. 
Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga untuk seluruh sahabat-sahabat blogger.  Maaf dipinta sekiranya terdapat baris-baris kata-kata yang menyinggung hati.

Banyak gambar-gambar yang saya simpan dalam memori telefon sudah terpadam tanpa sengaja.  Gambar yang terpadam, ingatan kasih sayang cinta kita suasana kisah masih ada tersemat dalam hati.  Cuma makin hari makin berkerut dahi mengingati kisah silam. Semakin lama semakin banyak yang sudah lupa.

Banyak sebenarnya yang hendak saya coretkan, tapi tanpa gambar apalah sangat cerita yang hendak disampaikan.  



Aidilfitri sudah seperti bulan menjamu selera.  Sebulan sana-sini menjamu sahabat handai taulan dengan pelbagai makanan meraikan Syawal mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Ceritanya hari ini Majlis Jamuan Hari Raya pejabat saya, taglinenya Suka Suki Hari Raya.  Macam tahun-tahun lepas pelbagai hidangan disediakan untuk kakitangan dan kali ini persembahan menghiburkan dari Ketua-Ketua Jabatan (yang berpangkat Pengurus Besar ke atas).


Saya jarang sekali bergambar dengan personaliti TV.  Saya suka merakam gambar tapi tak gemar dirakam. Tapi tahun ini, (kita tak tahu perancangan Allah), saya banyak bergambar dan kali ini ambil kesempatan bergambar dengan sahabat selantai kerja.

Agak banyak gambar saya..


Gambar ni ada saya..


pun ada saya..


 ada...


Tetap kacak dari dulu hingga sekarang.

Dan kemeriahan suasana itu dirakam...


Santai big bos Ahmad Izham Omar dan Azhar Borhan bermain muzik. 


Persembahan Bhangra mendapat tepukan gemuruh.  Berpeluh-peluh mereka menari non-stop rasanya enam hingga tujuh minit.  Habis terbakar kalori. Well done bosses. Beria-ia berlatih untuk menghiburkan.  Terimakasih bos. Gamat tepukan lepas persembahan. Dalam kumpulan ini ada bos jabatan kami, Noraini Tahir, orang kuat program bual bicara.


Ini adalah persembahan dari kebanyakkan mereka nama di ending credit, kata Pengurus Besar Jabatan saya.  Persembahan dikir barat.  Tapi ambil penyanyi import.  So tak aci lah..

Macam-macam lagi persembahan seperti tarian K Pop dari bosses Kumpulan Radio, nyanyian dan entah apa lagilah. Saya tak tengok so takdelah gambar.


Tiap-tiap tahun memang ada kambing golek. Tahun ni saya tak se excited tahun-tahun lepas untuk makan kambing bakar ini.  Hati rasa sayu sangat, tak tahu kenapa.  Mungkin sebab ramai sahabat-sahabat seangkatan sudah tiada bekerja di sini, mungkin saat berpisahnya TV3 dengan Sri Pentas Bandar Utama sudah hampir atau saat berpisahnya saya dengan syarikat yang memberi saya rezeki hampir 23 tahun akan tiba.  Wallahualam.  Cuma Allah yang mengetahui.

Macam-macam hidangan, tak larat nak makan dan tak larat nak snap gambarnya. Nasi dagang Trengganu, mi kolok, laksa Sarawak, sate, cendol, nasi impit dan regunya, kueteaw goreng, laksa, nasi beriani dan banyak lagi.

Sekonyong-konyong teringat pula pada yang susah dan tiada.


Setiap datangnya Syawal, memang setiap minggu memasak, setiap minggu berjalan dan setiap minggu makan.  Alhamdulillah... semakin rapat ukhuwah.  Inilah masanya kita berjumpa dan bermesra.  Sahabat yang sudah lama tidak muncul pun, inilah masanya akan bertemu semula.  Saya bersyukur dikelilingi insan-insan yang baik dan sentiasa ingin mengeratkan persahabatan.

Sebenarnya bukan hidangan yang dikira tapi ingatan dan ziarah kerana yang Esa itu lah yang utama.



Bila lihat wajahnya bercahaya, berseri dan ceria, seronok rasa hati.  Saudara Mazidul, sudah agak sihat,  banyak memorinya yang pulih. Sebagai sahabat saya cukup bersyukur melihat dia sudah 'kembali'.  Alhamdulillah.

"Saya tidak mahu apa-apa dari anda semua, cuma doa yang saya minta  Diberi kesembuhan dan kembali sihat supaya saya dapat berbakti kepada masyarakat", lebih kurang katanya dalam program MHI. Dalam pertemuan di Studio B banyak perkara yang diceritakan.  Syukur Selalu.


Buat dua orang sahabat saya ini yang juga diuji Allah swt dengan kesakitan supaya diberi kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sediakala.


Borak makan gelak ...... borak makan gelak ....... borak makan gelak.....


Bergambar di pagi Syawal selepas solat sunat Aidilfitri memang dah jadi lumrah. Rasanya semua familipun sama.  Merakamkan suasana ceria warna-warni di pagi satu Syawal. Penuh dengan gelak ketawa, cerita dan usik mengusik.  Osmanian tak cukup korum tahun ini, in sha Allah tahun hadapan ahli keluarga bertambah seorang lagi.

Bagaimana kami anak-anak pun sudah berensut tua, anak-anak kami dalam fasa membina keluarga sendiri, apalagi emak dan along semestinya semakin uzur. Semoga Allah swt memberi kami rezeki untuk merasa kasih sayang mereka lagi.


Seminggu Syawal memang untuk menziarahi saudara mara terdekat.  Rumah Kak La, rumah Kak Da, rumah Angah dan rumah anak buah Elyn memang dah wajib dalam senarai dalam seminggu awal Syawal itu.  Masing-masing tunjuk bakat memasak.  Alhamdulillah, sedap semuanya.


Di rumah Kak La, selalu kami berkunjung waktu malam. Habis makan tengok movie, makan lagi, tengok movie lagi sampailah ke pagi.  Seronok!


Akhir sekali, nak ambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada wartawan Majalah 3, Norwanah Kiramli atas daya usaha beliau menang Anugerah Dokumentari Video Terbaik Mpi - Petronas baru-baru ini untuk laporan Sinar Baru di Turki. Sebelum ini Wanah pernah membuat liputan di Syria bertajuk Hilangnya Suria di Bumi Syria. Semoga beliau terus berjaya dalam kerjaya kewartawanan dan terus berkongsi kisah-kisah menarik dengan masyarakat.

Tak lama lagi Zulkaedah bakal menjelma.. bermakna musim haji akan bermula.

 Selamat menunaikan haji kepada bakal-bakal haji dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Sampai berjumpa lagi. Wassalam.