Monday, June 20, 2011

BLUEBERRY MUFFIN - BUAH TANGAN HARIJADI



Blueberry Muffin - Cuma RM1.30 / pc



Ini adalah titipan bingkisan untuk majlis harijadi cucu jiran. Dari pergi dengan tangan kosong, saya buatkan blueberry muffin ini sebagai buah tangan. Resepi akan saya uploadkan nanti.

HAPPY BIRTHDAY & FATHERS DAY - OTHMANIAN FAMILY





Kek : Sponge Orange

Frosting : Steamed Buttercream



Assalamualaikum. Penatnya rasa minggu ni. Bukannya penat bekerja, tapi seminggu lepas menerus berpuasa. Puasa ganti... he he.. Kek kali ni, untuk menyambut harijadi sekali gus merai kan hari bapa. Kelam kabut menyiapkan kek ini. Tersilap tengok hari, ingatkan ambil hari Ahad, rupanya nak celebrate hari Sabtu malam. Sekali lagi diinspirasi oleh bunga-bunga orkid mak, juga cybercake Zahurinina dan juga Tan See Fong. Dah jatuh cinta dengan deko orkid.

Monday, June 13, 2011

ORCHID - HAPPY FATHER'S DAY







2 tier stacked cake

Atas 6" kek bulat, kek span perisa pandan

Bawah 8" kek bulat, kek span perisa vanilla

Salutan steamed buttercream

Assalamualaikum. Minggu disamping sibuk dengan permulaan persekolahan anak-anak, ramai juga yang sibuk meraikan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita. Samada kita memanggilnya dengan panggilan Abah, Babah, Bapak, Ayah, Walid dan sebagainya, insan ini memang patut diraikan, bukan setakat pada Hari Bapa, tetapi setiap saat kita patut menghargai, menyayangi dan menghormati insan ini.


Kalau nak tau, bunga-bunga orkid yang diletakkan di atas kek di atas, diinspirasi dari bunga-bunga orkid di laman mak saya. Bila mak tengok, '' wah! dragon fly orkid aku kat kek kau"!! Nak ketawa pun ada jugak bila mak meneliti bunga-bunga tu dengan kacamatanya.


Apa-apa pun, Selamat Hari Bapa kepada semua abah-abah di seluruh dunia dan Al-Fatihah serta Yassin untuk arwah abah saya, Osman bin Kasad. Alfatihah.....




Wednesday, June 8, 2011

RESEPI KEK GULA ANGUS




Kepada yang berminat nak buat kek gula angus yang kental kenyal ala-ala getah ni, di bawah saya lampirkan resepinya. Cuba.. jangan tak cuba.. rugi kalau tak cuba. Yang penting kita mesti paham dan tahu sekurang-kurangnya asas membuat kek. Pasti menjadi, insyaAllah. Kalau yang nak tau lebih lagi pasal kek dan resepi kek yang sedap-sedap belaka, keluarlah sedikit modal belajar di sekolah-sekolah mengajar kek umpamanya di Aniz Baking Center, boleh layari http://resipinoraini.blogspot.com/.

KEK GULA HANGUS
Sumber : Chef Noraini (Aniz Baking Centre)

Bahan A (Gula Hangus)

500g gula pasir
150g air
150g mentega / marjerin
** Apabila gula hangus sudah masak, padamkan api dan masukkan mentega. Kacau larut dan sejukkan.

Bahan B

250g tepung }
2 st soda B } Ayak bersama
2 st baking powder }
8 biji telur Gred A
150g susu pekat manis

Cara mengadun

1. Telur dipukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu
2. Masukkan susu pekat dan pukul sebati
3. Perlahankan alat pengadun dan masuk tepung sedikit demi sedikit, kacau sebati
4. Guang air gula hangus yang telah sejuk dan gaul sebati hingga menjadi adunan yang cair
5. Griskan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan, dibakar selama 1jam pada suhu 180c (ikut oven masing-masing le)
6. Sejukkan dan boleh la dihidang...

Monday, June 6, 2011

KEK GULA HANGUS



Suatu hari saya bertembung dengan wanita ini di Jaya Jusco, Bandar Utama. "Kak saya nak makan kek gula hangus", dia berbisik. Alamak!.. saya memang belajar buat kek gula hangus dengan Chef Noraini, pemilik Aniz Bakery, TETAPI.... takat tu je la. Tak pernah lagi mencuba di rumah. Tak mau menghampakan permintaan wanita ini, kebetulan hari Sabtu, saya tidak menerima tempahan kek, pagi-pagi saya menyingsing lengan, membuka resepi dan mencuba kek yang kenyal ala-ala getah ini. Hasilnya walau tidak perfect, tapi sedap dimakan... dan yang mengidam kek ini pun dah merasainya.. SEDAP dia kata dan nak tempah untuk majlis makan-makan nanti.



Terima kasih Fiza. Kalau tidak kerana permintaan awak, sampai bila pun saya tak mencuba kek ini.

Friday, June 3, 2011

KAK SADIAH - NEWS TV3


Top tier 9" Chocolate Black Beauty Cake


As requested by the Pengantin.. rose bud flowers



Bottom tier 12" Butter almod and raisin cake




Rose bud dengan tompokan embun... soothing gitu..






100 pcs of chocolate cheese tartlets. THANKS KAK SADIAH