Saturday, October 19, 2013

CHEESE DENGAN BISKUT YANG SEDAP

Salam Sabtu

Apakhabar sahabat?  Saya doakan kita semua masih berada di dalam pegangan Allah swt dan ditetapkan iman, masih berada di atas track Allah swt yang lurus.  Amin.


Kek mudah tidak menggunakan alat pembakar, anak dara dan bujang sahabat sekalian pun boleh buat



Kalau nak tau kek apa di atas tu, teruskan membaca ye.

Tak puas makan nasi beryani masa raya hari tu, hari ni masak lagi, kali ni nasi tomato.  Guna rempah nasi tomato segera tu je.  Mudah dan pantas kan.

 Memanfaatkan daging kurban.  Kalio daging kali nih.

Nak jadi cerita, sebelum ni memasak tak pernah lah tak masak nasi tu, kali ni diuji Allah swt sebab tadi ada sikit perasaan riak, kata mudah dan pantas guna paste segerakan. Nasi dimasak mentah. Astaghfirullahalazim!!!

Alhamdulillah, Chef Hanieliza cepat membalas whatsapps beri sedikit tips macamana nak masakkan nasi yang mentah tu.  Nak tau apa?


Tips mudah saja, transfer nasi yang dimasak ke dalam pengukus dan kukuslah 20 - 30 minit.  Alhamdulillah masak.  Terimakasih Kak Liza.



Ayam masak merah in the making.

Update blog pada hari Sabtu atau Ahad memang mengambil masa.  Maklum kita terpaksa mengimbangi antara kerja-kerja rumah yang kita lakukan seminggu sekali dengan tugas-tugas 'supir' demi memastikan anak-anak kita sampai dan diambil dari sesuatu lokasi dengan selamat.

Kadang kita merungut penat, tapi bila difikirkan bagaimana hidup kita tanpa mereka yang kita uruskan kehidupannya.  Bayangkan kita berada berseorangan di dalam sebuah bilik tanpa suami, tanpa anak-anak, tanpa orang yang kita kasihi. Tanpa perlu memasak, tanpa perlu menguruskan rumah dan kehidupan.

Bagaimana?

Pasti rasanya sunyikan.  Jadi, bersyukurlah.  

Kadang-kadang kita rasa anak-anak bermasalah, malas, tidak bersolat sebagai satu yang menyesakkan dada.  Ditambah dengan suami yang tidak mahu menolong kerja rumah.  Ujian dan musibah.  Kadang datangnya bertimpa-timpa.

Teringat kata-kata Ustazah Norhafizah dalam ruangan Usrati radio IKIM "Allah punya plan terbaik untuk setiap seseorang.  Ujian dalam kehidupan adalah asbab Allah mahu menaikkan darjat sesorang.  Musibah ialah satu cara Allah swt mahukan kita mengenal siapa Dia.  Maka muhasabahlah diri setiap kali musibah dan ujian menjengukkan diri". 

Kadang kita lupa, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu itu bila bersama kita.  Kita akan rasakan bila sesuatu itu hilang dari pandangan. 


Jantung pisang di tepi rumah.  Dulu arwah wan selalu rebus jantung pisang untuk dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan.

Saya bersyukur kerana saya masih dikelilingi oleh orang yang saya sayang, saya masih dikelilingi oleh suasana yang saya rasa semasa saya kecil.  Saya sayang semua ini. 



Tak lama lagi dah boleh potong nenas ni.  Paceri nenas?

Minggu lepas, bunga-bunga kantan yang cantik berkembang ni saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di pejabat. Pada yang tak tau, inilah pokok bunga kantan.  Nampak tak di tepi-tepi pokok batang bunga mula menjulur.

Rezeki tanaman kampung dapat dirasai oleh sahabat-sahabat yang tinggal di bandar.  Alhamdulillah.  Anak-anak juga dapat mengenal pokok bunga kantan yang indah ini.

Pokok orkid precious emakpun banyak yang berputik dan mula mengembangkan kembangnya.  Mencantik pemandangan di beranda rumah. 

Khas untuk precious emak, pinang masak.  
Tak mungkin saya meninggalkan kampong saya tercinta ini untuk tinggal di bandar.


Hampir terlupa pasal kek ni. Asyik bercerita pasal tanaman keliling rumah.  Okelah, namanya cheesekut.  Kalau nak resepi ambil sini ye sayepunyebelog.blogspot.com

Pembuatannya simple dan mudah, rasanya sedap cuma kandungannya boleh menggemukkan.  Saya rasa susu pekat boleh diganti dengan dairy whipping cream dan diletak sedikit gula. 

Mulanya saya membaca blog Alonacintamanis ada menceritakan kek ini.  Alona juga ada mesej saya resepinya.  Terimakasih pada Nadt dan Alona.

Cubalah ye, anak-anak pasti suka.

Okelah sampai di sini dulu Sahabat dan marilah kita fikir-fikirkan apakah matlamat hidup kita ini, samada di dunia atau di akhirat.



Booloo ni dah mengakibatkan mata saya bengkak seperti Yoda dalam filem Star Wars tu.  Tulah kan, dah tau allergic kucing, boleh dukung-dukung, usap-usap bulunya.  Kan dah bengkak.

Wednesday, October 16, 2013

ISTIMEWA AIDIL ADHA YANG BARU DALAM KELUARGA OSMAN

Salam

Subhanallah alhamdulillah walailahailallahh.. 

Nyaman hati mendengar alunan zikir di radio IKIM.  Diikuti pula dengan Takbir Raya... nyaman, sayu, teruja semua ada..

Semalam adalah Aidil Adha yang paling menggembirakan.  Seronok tengok precious emak happy.  Bukan!.. bukan sebab sepupu sepapat emak yang rapat berkunjung ke rumah, tapi cucu menantu baru dan bakal cucu menantu datang ke rumah. 

Syakila, ahli keluarga baru dalam Keluarga Osman.  Welcome Syakila. 
Credit photo to Mohd Haire Zainal, 019 443 0069Foto-foto bidikan Angah aka Heri Besi sangat cantik.  Saya rekomen kalau ada sesiapa yang nak gambar cantik di hari bersejarah.  Nak tengok hasil kerja Angah bolehlah ke https://www.facebook.com/aisya.fotografi.


Precious emak yang tidak sihat sentiasa senyum dikerumuni tetamu.  Kami hidangkan nasi beryani berlaukkan ayam masak merah, jelantah timun dan rendang campur.  Termasuk juadah biasa hari raya, nasi impit, lemang, kuah lodeh dan kuah kacang.  Semuanya dalam periuk yang besar-besar.  Alhamdulillah semuanya licin.

Semua hidangan dihasilkan oleh Chef Precious Along, digabung dengan Mak Yong dan saya sendiri.

Makan dulu sebelum rumah diserbu..

Cuma saya terkilan, plan nak bakar kek red velvet, hias cantik-cantik untuk sambut hari lahir precious sister no 5 tak tercapai.  Dua-dua oven butterfly saya meragam.

Blueberry tartlet yang saya caturkan pembuatannya dengan membakar di oven yang rosak di pagi raya.  Alhamdulillah, elok pulak oven tu.  Berkat Aidil Adha.. Lama dah tak buat tartlet..

Kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami selepas kematian Tigger beberapa tahun lepas juga menyerikan rumah.  Walaupun hidung dan mata saya sentiasa gatal (allergy) bila 'bulu' ini berada di dalam rumah, saya happy.  Hopefully, lama-lama nanti oke.

Anak kucing kampong yang diangkat cikgu Azura, Tomtom.  Diambil beberapa minggu sebelum Aidil Adha.  

Sang Cicak dah kurang semenjak adanya 'bulu' ini..

Selain tartlet blueberi dan makanan-makanan enak lagi menggumukkan di meja makan, ada juga tart nenas cheese nak meriahkan meja..

Alhamdulillah, betul-betul raya..

Sehari sebelum raya, ada Precious Emak minta buat Laksa tapi tak terlaksana.  Ada banyak bunga kantan berbunga dekat sempadan rumah.  Ada yang saya dah berikan pada sahabat-sahabat di pejabat.  Pagi tadi tengok, masih banyak yang menjulur bunganya.  Alhamdulillah, rezeki Allah.

Inilah bunga kantan pada yang tak tau..

Yang dekat, marilah ambil bunga-bunga yang cantik ni.  Buat asam pedas ke, laksa ke.. Kesian kalau jadi busuk hitam macam yang kat belakang tu..

Okelah, dah pukul 2 petang.  Nak kena sambung kerja.
Terimakasih banyak-banyak pada tetamu yang hadir menyerikan Aidil Adha kami, terutama menggembirakan Precious Emak.  

Takbir lagi di radio IKIM.  Best sangat..

Jumpa lagi sahabat..saya doakan semuanya akan sentiasa berada dalam kesihatan dan keimanan yang baik.

Monday, October 14, 2013

CUTI SEKOLAH HAMPIR TIBA

Salam Sahabat.

Bulan November bulan yang paling ditunggu oleh budak-budak sekolah.  Bulan yang ditunggu juga oleh bakal-bakal pengantin.

Pada yang masih tercari-cari door gift untuk majlis istimewa boleh jenguk-jenguk gambar di bawah.  Mana lah tau tertarik kan.







Kalau rasa-rasa suka, boleh call saya 019-2767454 atau email rozanothman@yahoo.com.

Oke sahabat.  Jumpa lagi..

Wednesday, October 9, 2013

PHOTO AFIQ SYAKILA... EPISOD NIKAH...


Salam

Maafla ye.. Sekadar Coretan Buat Kenangan... Cerita kita di sini ku abadikan... 

Cerita ni je la minggu ni... maklumlaa.. dah lama tak de kenduri besar macam ni dalam keluarga kami.  

Gambar-gambar nikah


 Pre-Wed preparation.  Semua DIY termasuk door gift VIP yang isinya Kek Buah Kukus Asli Kuang.  Tapi.. tak de gambar la..

 Di meja VIP ada bekas ni.. 

 Antara hantaran Afiq untuk Syakila

 Mas kahwin dan cembul cincin

 Rombongan lelaki ke Masjid Semarak (kami la tu..)  Cantik masjid ni

 Senyum-senyum gak.. debar-debar gak.. 
Akad Nikah.. sekali lafaz je..

Cantik anak saudara ucu...hehe..

Dah jadi suami-isteri..

Beberapa minit selepas di akad.

My Precious.. orang sibuk lain, dia sibuk lain..

Keluarga My Precious Sister no 6

Kitaorang semua.. yeay!

Itulah je yang sempat saya upload waktu lunch hour ni.  Gambar-gambar sanding belah perempuan esok je lah.

Jumpa lagi..

Sunday, October 6, 2013

SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA

Salam

Akad dan Janji Sudah Dimetri
Cincin Berlian Tersarung di Jari
Untuk Afiq Zulhaidi dan Syakila Zulkifli
Semoga Ikatan Kekal Abadi



Sirih Junjung Berpinang Muda
Berhias Cantik dengan Buah Pala
Adat Rumahtangga Bakal Diduga
Tabahkan Hati Hadapi Segala


Buah pinang di dalam bakul
Bunga telur beraga-raga
Tanggungjawab suami dan isteri mula dipikul
Selamat melayari bahtera rumahtangga



Janji sudahpun diikat
Amanah juga bertukar tangan
Jagalah isterimu dengan erat
Jangan dia dianggap beban


Cincin disarung dijari manis
Sebagai tanda janji diikat
Jadikan agama sebagai garis
Rumahtangga akan mendapat berkat


Sama cantik sama bergaya
Duduk segak di singgahsana
Berkahwinlah kamu kerana agama
Bukan kerana rupa paras semata


Angin pantai berdesir-desir
Selesai kenduri kita berehat
Janganlah kamu berdua tersalah tafsir
Anggaplah kata-kata ini sebagai nasihat




Afiq dan Syakila, semoga kasih dan sayang kamu membawa kamu ke syurga Allah

Kurniakan dunia ini dengan zuriat khalifah yang menyayangi Tuhanmu dan nabiNya

Berkahwinnya anakbuah lelaki saya iaitu anak my precious sister no 6, merasakan diri saya semakin hampir bertemu dengan pencipta.  

Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga.
sekadar coretan buat kenangan