Tuesday, May 17, 2016

MARHABAN, AQIQAH, BERENDOI, POTONG JAMBUL DAHLIA

Assalamualaikum wbt

Lagi beberapa minggu Ramadan akan menjengah kita lagi. Semoga kita diberi rezeki untuk mengecapi keindahan bulan mulia ini sekali lagi.

Kamipun tidak ketinggalan juga mengadakan kenduri menyambut bulan keberkatan ini disamping tahlil untuk Osmanian yang telah pergi meninggalkan dunia ini.

Tak ketinggalan juga kenduri aqiqah dan potong jambul cucunda kami, Osmanian paling muda, Dahlia.


Sabtu, 14hb kami berkumpul adik beradik bergotong-royong membersihkan rumah dan membuat persiapan kenduri. 


Dulu kalau arwah uwan masih ada dan emak masih muda, diaoranglah juara memasak untuk kenduri-kendara macam ni. Sekarang takde lagi rewang, gotong royong memasak, makan berdulang, basuh pinggan mangkuk bersama-sama. Tak merasa dah. Sekarang order saja.


Semua tugas sudah dibahagi-bahagi. Ada yang membersihkan halaman, yang bertugas mengemas di dalam rumah dan ada yang bertugas memasak makan tengahari.

 Tengahari Sabtu kami makan hasil airtangan chef-chef Osmanian. Walaupun simple tapi berselera makan ramai-ramai di beranda rumah tua ini.


Hari kenduri, Ahad 15 Mei 2016, Dahlia sudah berusia 43 hari. Sehari lagi habis tempoh berpantang. Pagi Ahad kami adakan majlis marhaban, aqiqah dan berendoi Dahlia.


Dahlia bersama nenda dan mak saudara. Istimewanya baju "pengantin" dijahit sendiri ibu Dahlia menggunakan kain kapas yang tidak panas. Comel.



دَمًا وَأَمِيْطُوْا عَنْهُ اْلأَذَى
 Artinya :
"Setiap anak ada aqiqahnya, sembelihlah aqiqah untuknya dan buang kotoran darinya" (HR. Bukhari : 5471)


Marhaban Ya Nurol 'Aini
Marhaban Marhaban
Marhaban Jaddal Husaini
Marhaban Marhaban



Bila dengar Syair Siti Fatimah, sayu rasa hati. 

"Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari

Bidanpun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidanpun naik bertempuh rapat

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruh langkah
Dipintanya ampun barang yang salah"


Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita

Kepada ibubapa jangan dilawan
Sangay dimurka olehNya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan



Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com



"Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan sayu kambing" (HR Abu Dawud, Nasa'i, Ahmad).

Majlis kali ini kami putuskan untuk korban 2 ekor kambing. Seekor untuk jamuan marhaban dan seekor lagi untuk tahlil di sebelah petang. Alhamdulillah.


Kambing golek disupply oleh sahabat saya, semuanya sedap sehinggakan saladnya pun sangat sedap. Terimakasih Tok Empat Kampung Chempedak, Haji Taufik. Kalau teringin boleh email saya, saya beri konteknya.



Abah dan abang Dahlia, segak sangat dengan jubah putih.


Kenduri tahlil kali ini dipimpin imam muda. Masjid Assolahiyyah sekarang bertukar peneraju. Pemimpin muda kini mengambilalih.



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Makanan pun mencukupi dan sedap-sedap belaka. Paling jadi tumpuan kambing golek la. Perapnya sedap, sos lada hitam dan sos cendawannya lazat, sampaikan saladnyanya pun nyum nyum.


"Anak-anak itu tergadai (tertahan) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nams" [HR Ahmad]

Emak kata rambut yang ada semasa lahir itu kotor, eloklah dibuang. Maka bercukurlah Dahlia oleh atoknya selepas majlis.


Oklah, cukuplah bercerita pasal cucunda Dahlia. Semoga segala nasihat dalan syair Siti Fatimah bukan saja sebagai dodoian kepada sikecil, tetapi pesanan dan panduannya lebih-lebih lagi kepada orang yang dewasa.

Jumpa lagi.

Monday, May 2, 2016

TIGA PERISTIWA SATU PERJALANAN

Assalamualaikum wbt

Weekends ni kami ke Sitiawan Perak. Selain hadir untuk kenduri kawin anak sepupu, kami pakat buat pertemuan keluarga. Kali ni family gath famili belah arwah abah.



4 beradik dan kesemuanya lelaki. Dalam gambar paling kiri arwah Pak Ngah, arwah abah dan arwah Pak Cu. Arwah Pak Long takde dalam gambar. Duduk pula kiri Mak Ngah dan arwah Opah Biah. Dari mereka inilah kehidupan kami bermula. Alfatihah untuk kesemuanya yang telah pergi. Semoga roh mereka dirahmati Allah swt. AAmiin.

Jadi untuk tujuan ukhuwah, cuti 3 hari sempena Hari Pekerja, saya dan kakak ke lokasi wedding dan gath famili.

Lokasinya di D'Chalet, Kampung Sitiawan, Sitiawan, Perak. Nombor contact 012-511 2343

Menarik tempat ni. Saya cerita sedikit di pertengahan nanti.



Hampir tiga bulan kami merancang bbq famili Kasad ini. Bukan senang hendak menyatukan ahli keluarga dari 4 ayahanda dengan kesibukan masing-masing.

Walaupun kehadiran agak 'lemah', secara keseluruhannya ianya berjaya, atleast memperkenalkan who's who dalam family kepada generasi yang lebih muda. Alhamdulillah.



Mak Long, ketika ini berusia 85 tahun, berkahwin dengan Pak Long Yusof. Anak-anak dan cucu-cucunya ramai yang hadir. Paling best, salah seorang cucunya pandai memasak dan contribute banyak dalam gath bbq ni. Well done Ayin.


Mak Ngah, 80 tahun, masih sihat dan kuat ingatan.  Bonda ini isteri Pak Ngah Omar. Sangat positif. Masih boleh ingat banyak peristiwa. Anak-anaknya pun ramai hadir malah orang kuat AJK gath dan chef bakar adalah anak beliau. Congrates Ina, Chef perap kambing dan ayam malam tu.

Mak Lang, iaitu ibu saya yang berkahwin dengan Osman anak ketiga Atok Kasad dan Opah Biah tak dapat hadir atas sebab kesihatan. Keluarga saya dan keluarga kakak sebagai pengganti diri.

Begitu juga dengan Mak Cu pasangan Pak Cu Hamid juga uzur.  Didoakan agar Allah swt meringankan beban sakit mereka dan diberi reseki untuk sembuh. Aamiin.


Hasil bakar batch pertama. Air asam, mushroom soup dan garlic bread tak sampai lagi masa ni. Takde pun hasil bakar 1st batch ni langsai dengan jayanya. 


Kakak saya dan my boy makan ratah-ratah. Semua sedap hingga menjilat jari. Terimakasih chef perap Ina Omar. 


Inilah famili yang tinggal hingga akhir wedding anak Kak Nah. 

 Semoga kekal bahagia hingga anak cucu. Besarkan lagi keluarga Atok Kasad dan Opah Biah. Jangan lupa kenalkan susur galur keluarga pada anak-anak ye.

Tak ramai yang tunggu sampai habis kenduri. Kami pun takde dalam gambar ni sebab dah bertolak ke Lumut.


Inilah D'Chalet, lokasi wedding dan gath kami. Tempatnya berhampiran muara sungai. Sunyi dan tenang. Boleh buat macam-macam event dekat sini.



Harga bilik pun berpatutan sangat. Ini bilik saya cuma rm150 semalam. Besar dan katil king size. Selesa.



Ini view dari bilik saya. Muara sungai. Kalau rajin berjalan pagi-pagi ke jeti di jalan masuk ke D'Chalet, ada jualan hasil laut yang segar. Tapi kami diberitahu lewat oleh owner chalet. Jeti kosong dah.


Di belakang chalet ini ada hutan paya bakau yang sangat cantik. Dengan kicauan burungnya, kocakan airnya bersama dengan panahan cahaya matahari membentuk halwa mata yang cantik. Subhanallah tenang sangat. 


Di hujung hutan paya bakau ada sebuah jeti batu. Kalau buat team building boleh adakan aktiviti air di sini. Pengurusan chalet boleh aturkan saya rasa.


Adik beradik yang lahir dari rahim ibu yang sama tapi punya raut wajah yang berbeza. Yang depan mirip ibu, yang sikakak di belakang mirip abah. Kuasa Allah.


Saya memang sukakan rimba dan air. Impikan suasana tenang begini menghabiskan usia tua. 


Lepas habis acara kami ke pekan Lumut membeli ikan bilis mata biru yang khabarnya cuma ada di Pangkor dan Lumut. Juga sotong kering dan makanan kudapan. Harga? Boleh tahan juga lah.


Sebenarnya tujuan utama bukan nak shopping hasil laut ni tapi lebih nak ke Pengkalan TLDM Lumut. Bukan senang nak masuk ke base ni kalau bukan Hari Terbuka Maritim. Apatah lagi nak tour kapal.


Berderet semua jenis kapal TLDM di belakang sana. Kami cuma sempat meninjau 2 buah kapal iaitu KD Penyu dan KD Hang Tuah. Harapan nak naik KD Mahawangsa,tak tercapai sebab masa melawat sudah tamat.


Inilah dia KD Hang Tuah, kapal terpanjang dan tertua milik TLDM. Menurut anggota yang bertugas, kapal ni digunakan oleh tentera Ghana masa perang dunia kedua. 

2 dari 4 injinnya juga sudah rosak selain dari peralatannya yang sudah ketinggalan zaman. Kapal ini sekarang lebih kepada memberi latihan kepada anggotanya. 



Lepas melawat kapal ini barulah saya tahu selain alat telekomunikasi moden, mereka juga menggunakan bahasa kod bendera.  Setiap bendera yang dinaikkan punya maksud tertentu. Nampaknya boy lebih banyak rahu pasal ni dari saya. Untuk hari terbuka ini semua bendera dinaikkan.


Juga setiap kapal punya tugas tertentu seperti kapal peninjau, kapal pemetaan bawah laut, kapal penyapu ranjau, kapal tunda dan sebagainya. 


So, nak ke KD Mahawangsa, kapal penyapu ranjau tak cukup masa, selfie lah untuk kenangan di bawah panahan terik sang mentari.


Menarik skuad penyelam tempur laut dalam dengan sut yang lain dari penyelam biasa. Bayangkan mereka ni tetap senyum bergaya dengan sut tebal di bawah cahaya matahari yang terik. Thumbs up lah.. memang ketahanan tinggi mereka ni.



Gaya dah ada, nak ke masuk Akademi Laut ke dah habis sekolah nanti?


Nak balik, sempat lagi snap gambar dengan anggota keselamatan beruniform lengkap. Boy macam tak percaya jumpa mereka ni, katanya.

Hampir jam 6.00 petang kami bertolak balik ke Sungai Buluh. Alhamdulillah, jalan tak sesesak waktu kami ke Sitiawan tempohari.  Habis dah cuti 2 hari 1 malam kami.

Sampai di sini dulu. Esok kembali bertugas. Cuti dah habis.

Jumpa lagi, in sha Allah.