Monday, January 25, 2016

LAMAN OH! LAMAN

Assalamualaikum wbt

Cuti panjang, senyum lebar sampai ke telinga. Banyak perkara boleh dibuat cuti panjang ni.


Sejak dua menjak saya asyik mengintai landskap taman. Ada hati nak buat landskap taman di Anjung belakang. Saya memang zero knowledge bab seni hias taman ni.


Kebanyakkan bunga pokok kertas di laman depan rumah ni emak yang tanam, berbelas tahun dah umurnya. Lebih tua dari umur boy yang tengah menggembur tanah tu. Taman orkid emak pun sama. Dah lama . Sekarang tak berapa nak maintain dah tanaman ni. Abang-abang indonesia yang selalu tolong mak alihkan dan trim bungapun dah ramai yang takde. Kalau adapun, mahal sungguh cajnya.


Lihat perdunya saja dah tau tua atau tidak pokok ni.


Ni cita-cita nak jadikan anjung belakang ni tempat duduk-duduk waktu petang. Dari beranda depan, di sini lebih privacy. Kamipun selalu buat makan-makan di belakang ni.

Gambar dari Facebook Jom Tanam Pokok Bunga dan Deko Garden

Mungkin pokok jenis keladi  ni sesuai untuk kita yang ada weekends saja untuk berkebun.


Kerusi garden ni mungkin salah satu item yang akan ada di taman belakang ni nanti. Boleh tahan mahal kerusi batu  ni.

Kalau tanam pokok herba macam nipun bagus, senang nak guna. Petik je.


 Apapun taman mini ni mesti tepati bajet saya yang kecil dan DIY. Bila kata DIY mesti perlu tenaga lelaki untuk tanam batu pejalan kaki dan meletakkan batu sungai. Man of the house kerja shift dan susah nak dapat off weekends. Tupun satu cabaran tu. Doakan saya punya waktu dan kederat untuk semua ini. 

Psstt!!! Agaknya mampu tak nak DIY stepping stone macam ni. Kalau kosnya tinggi baik dan payah nak buat baik beli saja. 


Harap tak tinggal angan-angan je lah..

Sampai di sini dulu. Selamat kembali bekerja esok. Semoga hari esok kita lebih baik dari hari ini, in sha Allah.

Wassalam.

Friday, January 22, 2016

GENDANG GENDUT TALI KECAPI

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam. Alhamdulillah.

Terimakasih yang mendoakan kesejahteraan emak saya. Semoga Allah swt membalas dengan segala kebaikan. Memberi arrahman dan arrahimnya pada sahabat semua. Aamin.

Sekarang nampaknya dah makin ramai ibu-ibu yang siapkan bekal untuk anak ke sekolah. Memang bagus, selain pasti anak kenyang, kita tahu punca makanan dan yakin sebab yang prepare food tu tangan kita sendiri.

Boy memang dari Tahun 1 bawa bekal. Bekas hilang atau food dimakan dek kawan tu dah biasa sangat. Tahun ni boy dah Tahun 5. Masih minta saya prepare bekal dan duit belanja rm3 kekal sampai balik.


Saya takdelah prepare bekal atau bento yang gila-gila berhias. Pernah try satu masa dulu, tapi masa tak mengizinkan.

Yang kat atas tu murtabak mi segera. Satu paket mi segera tu dah cukup buat anak kenyang sampai waktu balik. Nak prepare pun senang.


Pai ayam. Ni pun boy favor sangat. Tergaring sikit. Buat awal dan sejukbekukan. Mudah sangat. Dua biji pai ayam dan cukup membekalkan tenaga untuk anak. Ringkas.


Sosej black pepper. Bawang holland dilayukan dan letak sos black pepper. Dah tu gaulkan dengan sosej yang kita dah bakar. Sayur salad pastikan kering sebab tak nak roti jadi soggy. Boy tak suka letak sos dan mayo sebab tak nak sampai masa nak makan nanti, bekal dah lembik. Jadi cukuplah dengan sos black pepper tadi.
Senangkan.


Nasi goreng Cina dan nugget ayam. Boy tak berapa suka nasi. Tapi sekali sekala buat jugalah nasi goreng. Habis jugak dimakannya. Yang penting kena pedas, jadi letak cili api dalam nasi.


Marcaroni goreng, favorite bekal boy. Setiap minggu kena ada. Sos tomatonya atau mother sos kita prepare awal. Simpan beku dalam portion yang kecil contoh cukup untuk satu kali masak. Mother sos dah siap diperisakan. Pagi kita cuma tumis bawang, masak daging atau ayam sampai empuk dan campur mother sauce ni. Senang sangat.

Roti John. Inipun simple je preparationnya. Malam kita siapkan dulu intinya. Tumis bawang merah dan putih yang dihiris sampai layu. Masukkan daging atau ayam, masak sampai empuk. Dah tu letak satu atau dua sudu besar rempah kari, letak air sikit, biar mendidih dan perisakan. Letak daun sup pun sedap. Pagi esok kita cuma perlu pecahkan telur, kocok sedikit, ambil sedikit inti campurkan dengan telur dan goreng atas non stick pan. Kacau-kacau sikit, lepas tu tangkupkan roti sosej yang dibelah dua dsn dibakar sekejap atas inti tadi. Nak letak cheese pun boleh masa roti masih atas kuali. Cepat-cepat letak sos dan mayo, tangkupkan dan biar sekejap supaya cheese cair. Jadi roti john cheese.


Letak sos dan mayo juga timun kalau nak. Saya letak sos dan mayo sedikit saja, timun tak letak sebab boy kata by the time dia nak makan, timun dah layu dan tak fresh. Mudah je kan. 15 minit siap dah bekal anak.


Ini mi Singapura tak cukup rencah. Jadi tambah dengan nugget ayam. Beslah sikit.


Bila terlambat bangun macam pagi ni, syukur inti sandwic telur dah prepare malam tadi. Jadi taklah bersilat kajang nak siapkan food boy bawa pergi sekolah. Gambarpun gesa-gesa snap. 

Ada beberapa lagi menu yang mudah macam spaghetti bolognaise, buat lebih sikit sosnya, simpan dalam fridge esok boleh buat coney dog pulak. Kalau buat carbonara, sos putihnya boleh buat lasagna pulak. Lasagna boleh frozenkan. Mudah sangat.

Food yang saya prepare taklah sehebat mana. Yang penting ianya bersih, halal dan ada khasiat air tangan ibu di situ.


Ini bekal saya. Piknik dalam kereta, istilah saya dan kawan-kawan lama selalu guna. Setiap pagi jalan sesak ya amat. So breakfastlah sementara melayan traffic jam.

"Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati"

Photo credit Lokman Baharudin.

Semoga kata-kata kita menjadi mutiara yang dikutip menjadi pahala dan langkah-langkah kita menjadi langkah-langkah yang menuju ke jalanNya.

Jangan lupa hari ni Jumaat. Surah Al-Kahfi.

Wassalam dan jumpa lagi.


Thursday, January 21, 2016

SELAMAT KE AGAKNYA?

Assalamualaikum wbt

Balik dari kerja, sayu hati tengok emak tidur. Emak dah lama tak sihat, macam-macam sakit. Terbaru lidahnya terbelah kecil tapi banyak. Bukan ulser. Susah emak nak makan. Semoga Allah swt mengurniakan belas kasihannya dan memberi kesembuhan kepada emak. Amin.


Saya mungkin terlebih imaginasi sampai terfikir benda yang bukan-bukan.

Di kawasan pejabat sekarang ni, sedang giat kerja-kerja pembinaan. Di sebelah jalan besar,  pembinaan stesen MRT sudah berlangsung hampir satu tahun lebih. Di sebelah jalan dalam, di Persiaran Bandar Utama pembinaan bangunan parking bertingkat baru bermula.

Dekat sangat jentera-jentera berat dengan pejabat. Kadang-kadang rasa tak selamat bila kren mengangkat batu atau membawa cerucuk besi betul-betul di tepi dinding kaca office. 


Gambar kren ini saya ambil dari tingkat 3, laluan tengah hendak ke surau wanita. Nampak macam tangan transformer. Agam, memang hampir sangat.


Di bahagian kiri jalan masuk penuh dengan jentera berat. Jalan masuk pun dah jadi kecil. Masa saya lalu ni sebuah jentera berat sedang mengangkat bongkahan batu. Seriau betul. Berhenti dulu, bagi laluan batu jalan dulu. Banyak betul kawan-kawan Bob The Builder tengah buat kerja.


Yang ni betul-betul di depan pagar utama pejabat. Tempat kami lalu lalang nak ke parking di bangunan IBM, ke bank atau ke One Utama.  Kawasan pembinaan terlalu hampir dengan orang awam. Kedudukan polis bantuan cuma beberapa meter dari kawasan ini.


Saya pasti syarikat pembinaan mengambil langkah keselamatan yang tinggi. Harap pembinaan ini segera selesai dan segala benda-benda berat dan merbahaya ini dialih secepat mungkin. 

Mungkin tiada apa, cuma saya yang ngeri bila lalu berhampiran tangan dan kaki transformer ni. Bayangkan bongkahan batu yang berayun dipegang tangan transformer ni. 


Apapun, rezeki nasi beringin berlaukkan sotong tengahari semalam. Tau-tau ada atas meja. Alhamdulillah. Terimakasih Azlan. Semoga perjalanan menjejaki tinggalan Islam di bumi Fiji dan Papua New Guinea dipermudahkan Allah swt. Aamin.

Photo kredit Lokman Baharudin. Berminat untuk lihat hasil bidikan Lok boleh ke facebook/lokman.baharudin, contact 012-238-4996

Momen keemasan. Sekali pergi takkan kembali.

Wassalam.

Tuesday, January 19, 2016

BILA ANAK BERKATA-KATA

Assalamualaikum wbt

Rasa terpempan bila sekali-sekala di"tampar" anak dengan kata-katanya.

Marah bila anak sibuk dengan gadget masa kita nasihatkan dia. Tapi sedar tak sedar kita juga adakalanya sibuk dengan handphone dan laptop bila anak bercerita dengan kita.

Malam adalah waktu anak dengan kita. Pandang wajah anak bila mereka berbicara. Campakkan jauh-jauh segala gadget. Tumpukan perhatian pada buah hati kita.

Ini satu peringatan lebih-lebih lagi untuk diri saya sendiri.

"That is how I feel when you ignore me and keep browsing your phone when I am talking to you". Boy "sound" saya satu malam tu lepas saya membebel sebab dia tak pay attention pada benda yang saya sedang bincang dengan dia.

Rasa jatuh terjelepuk...Rasa nak nangis  pun ada sebab kealpaan kita. Maaf..ibu terlupa wahai anak.


Photo Credit To Lokman Baharuddin

Terperanjat bila anak jadi seperti sang semut merah. Senyap tapi bila menggigit.. aduh! Sakit dan peritnya.

Wassalam

Sunday, January 17, 2016

HARI INI DAN SEMALAM, RESEPI KUIH BUAH MELAKA

Assalamualaikum wbt



Ramai yang tanya macamana rupa pokok patawali atau pokok akar seruntun ni. Saya pergi rumah Cik Kamariah dan snap gambar pokok. Jadi, inilah dia pokok patawali aka seruntun. Tumbuhan menjalar dan spesis pokok tumpang. Makcik tuanpunya pokok ni kata, nak tanam senang sangat-sangat. Cucuk saja ditanah dan ikat sementara pada pokok tumpang. Pokok yang batangnya menggerutu ni senang nak tumbuh.



Petang sebelum Kak La balik jengok emak, beria-ia emak nak buatkan Kak La kuih buah melaka. Emak mengadun dan menggentel, saya cuma tolong mana yang patut saja.


Kuih buah melaka ni kalau beli kat kedai kecil-kecil orang buat. Ada yang besar duit syiling duapuluh sen dan inti kecil sangat sampai tak terasa gulanya.

Kuih lama nak buatnya senang saja.  Ambil setengah peket tepung pulut atau 250g hingga 300g tepung.  Kisar daun pandan dengan 250ml - 300ml air, tapis dan campurkan airnya dengan satu sudu kecil garam. 

Lepas tu kita uli tepung dengan masukkan air pandan tadi sedikit demi sedikit sampai tepung tak melekat kat tangan.

Potong gula melaka bentuk dadu. Cubit sikit tepung, leperkan, letakkan satu dadu gula melaka dan bulatkan tepung. Buat sampai habis.


Panaskan air dalam periuk hingga menggelegak dan masukkanlah kuih tadi. Nak tahu dah masak ke belum, bila kuih terapung, maknanya dah masaklah tu.

Golek-golekkan dengan kelapa parut yang dah dicampur sedikit garam. Bolehlah hidang.


Panjang kami berborak kat beranda rumah. Macam-macam cerita. Sampai azan Maghrib baru lah masuk ke dalam rumah. Tahu-tahu anak buah balik bawa sate. Rupanya abang ipar belanja. 


Malam banyak pula kelkatu masuk rumah, terpaksa padam lampu dan biarkan lampu beranda terbuka. Tujuannya biar kelkatu keluar ke beranda rumah.

Selalunya bila kelkatu banyak maknanya adalah cendawan busut tumbuh. Pagi-pagi dah pergi recce kebun belakang rumah, satu kuntum cendawan busut pun takde. Takde rezeki nak makan gulai lemak cendawan busut. Masak tumis air je pun sedap juga.


Tapi rezeki kan Allah yang tentukan. Tak dapat cendawan busut, dapat ikan talapiah merah dan pinang emas. Buah belimbing buluh pun banyak berbuah nampaknya. Alhamdulillah. Terimakasih Kak Gayah dan Abang Leman hantar 2 kg ikan dan buah pinang untuk emak.

Yang duduk area Sg Buluh kalau nak makan ikan talapia yang fresh dan siap disiang, hargapun tak mahal, boleh beli dengan Abang Leman. Ni contact numbernya 019-314-6614.

Abang Leman ni dulu jurutera di RTM. Dah pencen dia usahakan tanah belakang rumah dengan menanam sayur dan menternak ikan talapia.




Ahad kami ke KLIA mengantar Kak La dan abang ipar.  Alhamdulillah rezeki Kak La dapat ke tanah suci lagi. Harap-harap adalah rezeki kami pula selepas ni. 


Kami doakan Kak La dan hubby mendapat umrah yang mabrur, dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke tanahair nanti.


Balik dari KLIA singgah kat gerai Kueteaw Tsunami di Tasik Biru. Emak kirim 2 bungkus kueteaw.


Tapi kami taklah makan kueteaw tsunami yang penuh udang dan ketam. Kami oder kueteaw special harga rm8.50 sepinggan.

Sampai di sini dulu. Sehingga lain kali, wassalam.

Saturday, January 16, 2016

EKZEMA DAN BATANG POKOK PATAWALI

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar dah pertengahan Januari 2016. Dah masuk minggu ke tiga. Cepat betul masa berlalu. 



Alhamdulillah. Jari kaki boy yang pecah, luka, kering dan mengelupas disebabkan ekzema, terutama di bahagian tapak dah mula nampak perubahannya. 

Batang pokok patawali diketuk dan direbus. Airnya dibiar suam dan kaki boy yang terkena ekzema tu direndam sebelum tidur lebih kurang 10 minit. Lepas tu jangan lap, biarkan kering sendiri.

Bahagian badan terutama diatas ketiak juga dah nampak nak sembuh. Untuk yang dekat badan, air rebusan dibuat bilasan terakhir selepas mandi. Syukurlah sangat-sangat.

Sebelum ni selain ubat dermatologist beli juga ubat titislah, sabun serailah, segala losyen mahal murah, pendekata ikhtiar sampai jumpa penawarnya. 

Rupanya ubat ada dalam kampung je. Tak berbayar satu sen pun. Cuma kena minta izin pada tuanpunya pokok.


Ini ubat yang Dr. Tarita, Dermathologist Hospital UiTM bekalkan untuk 3 bulan. Ada steroid, ada non-steroid, sabun, losyen dan macam-macam. Boleh mengawal tapi tidak menyembuhkan.

Batang patawali ni pun saya dah cucuk kat pangkal pokok cempedak di sempadan tanah. Harap bertunaslah dia dan menjalar naik ke pokok cempedak macam pokok sireh. Kepada yang ada sakit kulit boleh cuba air rebusan pokok patawali. 

Ada banyak lagi kebaikan batang patawali cuma saya tak berani nak komen lebih sebab tak tahu macamana cara pengambilan dan kuantiti yang boleh diconsume, tapi kalau untuk sakit kulit, mujarab untuk my boy, in sha Allah berkesan juga untuk orang lain. 


Rabu lepas boy ada ujian diagnostic. Macam-macam kata-kata perangsang boy suruh saya ucap sampai dia tertidur supaya bila bangun tidur cas positif banyak dalam otak, katanya. Ada betul juga sebab kita adalah apa yang kita fikirkan, kata Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah (DMFK).


Lepas kelas ngaji boy, Jumaat malam, kami ke Lifetime Vapour, boy makan Smoke Egg Chicken Burger. Saya mampu tengok je, dah tengah malam makan burger? 



Ekzema dah hampir nak sembuh, makan kena jaga. Dr Tarita pernah sebut penyakit ni ada kaitan juga dengan makanan. Food macam ni patut tak payah ambil. Tapi budak, manalah nak tahan tengok semua tu. 



Akhir sekali nak ucap sannah helwah pada wartawan Majalah 3 ni. Bulan depan dah nak berangkat ke Fiji dan Papua New Guinea untuk rakaman Jejak Rasul siaran Ramadan 2016. Sebulan team akan berada di sana. Semoga selamat semuanya, in sha Allah.

Sampai di sini dulu, selamat beristirehat. Wassalam.

Friday, January 15, 2016

SHOPPING GAYA GEN Y

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat Saiyyidul Ayyam.

Macam-macamlah sekarang sampai Generasi X macam saya bingung. Shopping guna apps dan smartphone?

Macam ni ke Gen Y berbelanja?


Rupa-rupanya fun juga.  Shopping alaf baru.  Gen Y kan terlalu attach dengan gadget. Berbelanjapun guna smartphone.

Scan barcode, Q code, enter password, tunjuk kod dekat counter dapat produk. Sikit hari lagi kalau begini cara moden bershopping, alamatnya tak shopping la sebab tak reti.



Dua orang officemates Gen Y yang ajar kakak Gen X cara nak redeem produk dengan smartphone. Ketinggalan zaman betul saya ni.

Tak mustahil satu hari dengan gadget yang semakin canggih, dunia teknologi yang semakin tinggi, inilah caranya generasi baru berbelanja.


Scan barcode Q code, enter password dan..



Claim your product. Memanglah sakusavvy macam tajuk event ni semalam. All free.

Hari ni free trial di office. Semua product percuma pada waktu pagi dan boleh dibeli dengan diskaun pada sebelah petang.

Ni antara yang sempat saya redeem pagi semalam.

Sedikit perkongsian yang tak seberapa. Hari ni Jumaat. Jangan lupa surah Kahfi.

Jumpa lagi sahabat. Wassalam