Thursday, June 28, 2012

JALAN-JALAN BLOG (SUATU MASA DULU)

Assalamualaikum.

Lunch hari ni saya tak makan, berjalan-jalan saja.  Blog walking dan tiba-tiba teringkat blog lama saya.  Saya bongkar blog yang saya buka pada tahun 2009.  Tahun pertama saya mencuba dunia deko dan kek.  Kelakar pun ada tengok kek-kek yang mula-mula saya buat.  Ramai kawan-kawan yang menyokong usaha saya masa itu terutama Nerry Nerry Strawberry. 

Gambar di bawah antara kek terawal.  Sekarang rasanya saya dah jauh tertinggal.  Baru enam bulan tidak mengikuti dunia dekorasi kek, dah macam-macam benda saya tak tahu. 



Kek pertama Muaz yang saya buat sendiri.  Edible image, coklat kek, frost dengan buttercream




Fresh Fruit Cream Cake saya belajar dari Chef Lai.  Antara yang mendapat tempat di hati customers



Orange Buttercake untuk Nerry Nerry Strawberry dengan steamed buttercream (masa tu tak ramai yang tahu nak buat steamed buttercream).  Belajar dengan Loveliana Cakes. Terimakasih Bu Liana.  Kamu memang bagus



Steamed buttercream lagi untuk Father's Day, tak ingat diorder oleh siapa.

Orange Buttercake dengan steamed buttercream lagi (masa tu tengah ramai yang suka) untuk Farewell pengaracara MHI, Nurafenda Ibrahim

Coklat Kek Untuk anak Kak Siti.  Natasha pun dah berusia 8 tahun sekarang ini.

Semua ni dah jadi kenangan saja.  Tak tahu bila saya boleh mula semula hobi saya menghias kek.  Ada masa nanti, nak selongkar memori kad kamera lama pulak.  Banyak gambar-gambar kek yang pernah saya buat di situ.

Jumpa lagi di lain entry.

Monday, June 25, 2012

KEK KEJU COKLAT MAR-MAR - RESEPI

Assalamualaikum.

Melangkah masuk ke ward Otopedik PPUM di tingkat 9 Menara Utama, saya disambut dengan pemandangan yang mengundang keinsafan.  Mengingatkan saya agar lebih menghargai kehidupan, menghargai anugerah Ilahi yang masih saya nikmati.  Esok atau lusa mungkin nikmat ini tidak lagi bersama saya.

Kepada Sarimah, pesakit diabetes dan lumpuh seluruh badan kecuali tangan dan kepala, saya doakan agar diberi kekuatan Ilahi mengharungi segala dugaan dan diberi kesembuhan hendaknya. 

Sedikit mengenai Sarimah, wanita ini berasal dari Kelantan dan bermastautin di Melaka.  Mempunyai restoran yang diusahakan bersama suami.  Menjadi lumpuh secara tiba-tiba.  Tulang belakang bernanah, sakit buah pinggang dan diabetes.  Itulah yang dideritai Sarimah masa ini.

Bayangkan dahulunya lincah memasak dan melayan pelanggan, hari ini sudah tidak lagi bergerak.  Sarimah bernasib baik kerana mempunyai seorang adik lelaki yang begitu sabar melayan dan menjaga kakaknya. 

INSAF.

Apa-apapun, mak dah balik ke rumah.  Alhamdulillah.  Disambut jiran tetangga yang terus menerus datang melawat.  Minggu lepas sunyi sangat, minggu ni dah riuh rendah semula. 


Dalam masa yang sama, saya masih lagi menyiapkan tempahan kukis (kawan-kawan yang order dapat kukis mereka ikut turn, macam main kutu.. almaklum saya tiada pembantu).  Juga 50 biji gift pack Halina Balquis (TV3) untuk diberi kepada kawan-kawannya sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjengah tidak berapa lama lagi.



Disamping tu sempat jugak buat kek ini....

Kek Keju Coklat Marmar

Kek keju coklat mar-mar untuk kawan-kawan mak datang melawat.  Sedap kek ni.  Tak percaya?  Trylah buat.  Resepi ada di bawah :-

KEK KEJU COKLAT MARMAR

Bahan-bahan A

180g butter
190g gula kastor
3 biji telur
125g tepung kek
1st baking powder
35g serbuk koko

Bahan-bahan B

250g krim keju
60g gula kastor
1 biji telur A

Cara Mengadun


Sediakan tin empat segi bersaiz 7 inci.  Gris dan alas kertas serap minyak


Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu, kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.


Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan gaul sebati. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin pembakar.


Sediakan adunan krim keju dengan putar bahan B hingga kembang dan masukkan telur.  (Adunan krim keju saya terlebih pukul gara-gara ngangkat kain di jemuran... hujan sudah turun!).


Kemudian tuangkan adunan krim keju di atas adunan tepung diikuti separuh lagi adunan tepung.



Lorekkan dengan lidi permukaan kek supaya jadi corak mar-mar (bukan marimar ye..hehe) dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

Corak marmarnya tak menjadi

Nota :- Adunan krim keju tidak boleh terlebih pukul.  Hasil corak mar-mar tidak kelihatan bila kek dipotong kerana adunan cheesenye cair.  (Contoh gambar kek saya tu ler..)

Selingan....

Berjaya juga muaz mendapatkannya.  Ceritanya .. Baca entry saya sebelum ini PUTIH KE KUNING..

Tahniah Boy!!...

Tuesday, June 19, 2012

PUTIH KE KUNING

Assalamualaikum.  Salam Selasa.

Esok, insyaAllah, Hajah Cik Wok akan dibedah bahunya.  Dah dapat green light dari Prof yang rawat mak, Professor Liew.  Lega rasanya.  Dah lama sangat mak di PPUM.  Semoga Allah meringankan kesakitan dan cepat sembuh.

Sabtu lepas, pagi-pagi lagi anak bujang saya sudah bangun. 

Excited!

Grading kenaikan talipinggang taekwondo.  Almaklum kawan-kawan seangkatan semua dah naik talipinggang Kuning 1.  Muaz gagal melayakkan diri masa grading bulan Mac lalu.   Anak manja yang jarang sekali bermain di luar.  Mesti ambil masa untuk suaidiri dengan aktiviti lasak.  Betul tak?  Semua ini untuk menaikkan keyakinan diri dia.  Bila boleh buat ia akan jadi satu motivasi dan kalau gagal juga menjadi motivasi untuk terus mencuba. 

Alahai! gambar kecil sangat.  Muaz di belakang sekali dalam kumpulan sedang buat latihan.


Bagi setengah orang, perkara ini mungkin kecil dan remeh.  Tapi bagi saya ianya sangat bermakna.   GO! GO! Muaz.

Sessi Grading sedang dilakukan, dipimpin Sir Jack (Tengah cekak pinggang)

Sunday, June 17, 2012

SUNYI SEPI KEK KEJU JELI BUAH-BUAHAN KOKTEL (RESEPI)

Assalamualaikum.  Salam Ahad. 

Dah seminggu rumah sunyi. Dah seminggu rumah yang selalu je orang datang sepi.  Dah seminggu  meja makan mar-mar (marble) yang sentiasa penuh dengan pelbagai juadah, kosong dan bersih.  Nak tahu kenapa?

Sebabnya, emak masuk hospital.  Tak de lah suara nyaring mak menyuruh itu dan ini, tak de lah sepah dilantai pinang yang dia tumbuk.  Tak de suara mak bising setiap kali Muaz melangkah kaki ke luar rumah. 

InsyaAllah, kesihatan mak tiada yang membimbangkan.  Cuma keadaanya tidak stabil untuk menjalani pembedahan ketumbuhan di bahu.  Mak warga emas dan pesakit lama di PPUM dapat layanan khas.  Mak dirawat oleh ramai professor PPUM, insyaAllah dengan izin Allah mak sihat.

Bila tengok promo drama untuk hari bapa, tidak dapat tidak saya terkenangkan arwah abah.  Sarjan Mejar Osman bin Kasad atau dikenali dengan panggilan Osman Jambu di kalangan warga tentera 4 Melayu (mak yang bagitau).  Abah berkulit putih merah, berambut lurus dan handsome (sebab tu mak terpikat kat abah).

Kalau tanya siapa idola saya, pastilah jawapan ABAH saya.  Seorang perajurit yang berjuang menentang komunis dan berkesempatan berkhidmat di bawah panji-panji PBB bertugas di Congo.  Abah selalu bercerita Askar Melayu selalu mendapat pujian.  Cekap, perihatin dan terbaik berbanding pasukan dari negara lain. 

RINDU kat abah!

Abah (kanan)  bergambar bersama teman seperjuangan selepas balik dari Congo

Tak ada apa yang dapat saya hadiahkan kepada arwah abah sempena hari bapa ini kecuali Doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, semoga roh arwah abah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh.

Untuk abah-abah yang masih ramai dalam keluarga Hajah Cik Wok, saya persembahkan (cewah!) kek keju jeli buah-buahan koktel.  Dah lama sangat tak buat kek.  Ini yang pertama dalam tempoh 6 bulan.  Dasyat ek.. cuti giler. 


Kek Keju Jeli Buah-buahan Koktel
Sedikit penerangan kek, kali ini base untuk kek keju saya tak nak guna kek span, saya guna biskut marrie jenama HwaTai.  Saya campurkan biskut dengan sedikit kacang walnut yang dicincang.  Baru rasa krap krup bila kunyahkan.  Boleh campur dengan oat jugak.  Kalau dengan nestum (tak tau sebab tak pernah cuba.  Mungkin nestum akan lemau sikit kot.. wallahualam.  Boleh cuba malau mahu).

Kepada yang ingin mencuba, resepi seperti di bawah.

RESEPI KEK KEJU JELI BUAH-BAHAN KOKTEL

Bahan-bahan Asas Biskut (Base)

200g biskut marrie (dihancurkan)
100g marjerin (lagi sedap guna butter)(Dicairkan)

Bahan Kek

250g krim keju
200g UHT whipping cream (dipukul hingga kembang)
100g gula kastor
15g Serbuk Gelatine

Bahan Jeli

1 tin buah-buahan koktel (asingkan airnya)
100g gula kastor
5g serbuk agar-agar segera
500g air

Cara Mengadun

1.  Biskut marrie dicampurkan dengan marjerin yang telah dicairkan sehingga boleh dikepal.  Masukkan ke dalam loose tin dan ditekan padat.  Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

2.  Cairkan serbuk gelatine dengan cara double boiler sehingga betul-betul hancur, ketepikan.  Dalam mangkuk, pukul UHT whipping cream sehingga kembang dan simpan di dalam peti ais sebentar.

3.  Campur krim keju dan gula kastor, pukul hingga kembang.  Masukkan gelatine yang telah dicairkan tadi dan UHT whipping cream dan kacau sebati.

4.  Ambil setengah buah-buahan koktel dan campurkan ke dalam adunan kek.  Masukkan adunan ke dalam loose tin yang telah dipadatkan biskut marie dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

5.  Masak agar-agar segera dengan gula kastor, tunggu hingga mendidih dan sejukkan.  Bila sudah suam, letakkan setengah lagi buah-buahan koktel dan tuangkan adunan agar-agar segera.  Sejukkan dalam petiais lebihkurang 3 jam.

6.  Boleh potong dan hidang.



Bila mak tak de, semua benda yang dibuat semua rasa tak sedap.  Tak bes.  Orang kata tak de "roh".  Kek yang saya buat ni sampai ke petang tak diusik.  Semua abah-abah dalam keluarga ni tak kelihatan.  Suami saya pun tak de di rumah, kerja.

Jadi, kek ni jadi kek syok sendiri je lah.  Potong ambil gambar lebih kurang dan makan sendiri.  (Kesian..).  Apa-apapun rasanya nyaman sangat ditekak terutama dalam keadaan cuaca panas macam hari ni.

Kepada semua abah, ayah, papa, appa, daddy, babah, walid, father, SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA.

Selingan................


Sedap betul rasa teh ni... tak manis, tak pahit, tak tawar.... sesedap rasa..

Saturday, June 16, 2012

WAH! WAH! SUKA SUKA...

Salam Jumaat. 

Hilang migraine dapat souvenir dari group Mencari Resepi Turun Temurun siaran TV9.  Wah! Wah! Suka! Suka!.  Pandai korang ye.  Maaf lah dah petang baru nak perasan ada benda bawah meja.  Tengok-tengok apron.

Team diketuai oleh Kak Ezzah Aziz Fawzy baru balik dari assignment mencari resepi-resepi turun temurun di Cape Town.  Menarik bunyinyakan. Sama-sama kita nantikan siarannya.

Agaknya sebab saya suka aktiviti bakar kek, adik wartawan Shahrir bagi saya apron (dalam gambar).  Terimakasihlah banyak-banyak ye.  Akak suka souvenir awak tu....

 Yeay!! Love it..

Nota : Esok, Sabtu 16hb Jun 2012, anak saya ada ujian talipinggang taekwondo.  Semoga dia berjaya.  Amin...






Saturday, June 9, 2012

BEGINI RUPANYA...

Salam Khamis.  Saya masih lagi berada di  daerah aman di pantai timur. Blog saya update bersama hembusan bayu laut yang begitu nyaman menepis lembut di pipi. Sangat damai. (Macam intro novel cinta pulak kan..). Ye ke? Saya tak suka layan novel-novel cinta ni.

Nota :  Entry telah saya siapkan menggunakan windows phone saya.  Saya cuma uploadkan pada hari ni memandangkan pengetahuan saya dengan windows phone ni baru.  Shhh!! saya tak tau nak upload gambar)... Sebab itu entry hanya dipublish hari ini.



Lepas subuh, saya susur pantai yang lurus dan panjang. (Konon exercise...). Perjalanan menyusur pantai sejauh lebih kurang 2 batu berbaloi. Nak tau apa yang saya jumpa? Teruskan membaca.


Pantai lurus dan panjang... seronok berjogging..

besnya kalau ada DSLR Camera....

Semalam saya terbaca pamplet di kaunter resepsi hotel.. aktiviti melihat penyu bertelur. Nak tengok kena bayar RM53.00 satu kepala.  (Kesian penyu... Nak telor pun tak aman). Hati saya tolak aktiviti ni, kasi privasi sket kat binatang pemalu ni. Tak pelah nanti fikir aktiviti lain.

Rupanya kat daerah ni banyak tempat makan sedap. Memang niat awal nak belanja mak dan along makan seafood. Hari ibu saya belum belanja apa-apa. Tapi masih tak tercapai niat sebab mak dan along tak jadi ikut trip ni. Kami makan di sini dan saya kira murah dengan macam-macam benda yang dioder. Tengok bil di bawah.

Mana totalnya?

Makan sedap, harga murah, tapi menunggunya... MAK DATOK! Lambat sesangat.  Tak percaya sedap?  Tengok...
Pinggan semua licin... SEDAP lauk pauknya... Dah kenyang pun muka LAYU ye kakak, adik, cucu

Kami juga mencari makanan setempat yang disukai ramai orang termasuk saya dan ahli keluarga Hajah Cik Wok. Satar dan otak-otak. Tempat kami makan ni pun ramai orang.  Kata abang yang dok bakar makanan ni jumlah satar yang dibakar mencecah ribuan biji dan jumlahnya meningkat pada hari minggu.


Encik Aziz Awang tukang bakar merangkap tokey kedai Aziz Satar yang ramai customernye..(tak de kena mengena dengan Dato' Aziz Satar ye..)

Untuk pengetahuan, (rasanya semua orang pun tahu makanan ni..) satar ialah sejenis makanan tradisi di sini. Dibuat dari ikan yang direbus, dihancur dan digaul bersama kelapa, cili api, gula dan bawang.  Kemudian dibalut dengan daun pisang hutan. (fakta diperolehi dari abang yang bakar satar).

RM0.50 se satar

Ok berbalik kepada janji saya nak bagitau apa yang saya jumpa di penghujung penyusuran saya di pantai yang panjang dan lurus itu.  Pengalaman yang sangat-sangat berharga dan saya tidak perlu bayar RM53.00 untuk itu. Malangnya anak saya Muaz tidak berpeluang menyaksikan "secara langsung" bagaimana ianya berlaku.  

(Nota : untung bangun pagi-pagi, lihat kebesaran Allah swt.. Subhanallah).

Semasa saya dan kakak saya berjalan (brisk walk), kami ternampak sesuatu di hujung pantai.  Seperti orang mengorek tanah.  Alamak ada yang nak bunuh diri ke ni? 

 Kami pun menghampiri tempat tersebut.
Rupa-rupanya...................!!

Penyu Belimbing yang besar saiznya

"Si Ibu Penyu" yang dah mengembara ke seluruh dunia ini, singgah sekejap di pantai ini untuk bertelur.  Ya Allah, payahnya dia hendak bertelur.  Setiap kali dia mengibas tangan dan kakinya menguak tanah untuk membuat lubang yang cukup dalam untuk telur-telurnya, dia kelihatan amat letih.  Besarnya keagunganMu ya Allah.

Pasir pantai dikuis sehingga dalam

Saya rasa sangat bertuah pagi itu diberi peluang Allah swt melihat dengan mata sendiri bagaimana susah payahnya si ibu penyu ini untuk bertelur. Pada kebiasaanya sang penyu akan naik ke darat untuk bertelur pada waktu malam.  Tetapi dia ni kami jumpa pada jam 7:30 am.  Saya terpanggil untuk menyatakan di sini, janganlah di usik atau diambil telurnya.  Biarlah telur-telur ini diberi peluang menetas dan meneruskan kehidupannya. 

Semoga telur-telur penyu ini dilindungi dari mata dan tangan-tangan manusia jahat.  Amin...

KITA HANYA MERANCANG

Nota :  Catatan ini telah ditaip pada hari Rabu, 6hb Jun 2012. 

Salam Rabu.  Entry kali ni saya taip di luar daerah kampung halaman saya.  Tenang di sini. Relax orang kata.

Pagi tadi sepatutnya tiga kereta, saya dan anak beranak keluarga Hajah Cik Wok keluar daerah, cari angin baru. Tujuan asalnya kami bak belanja 'Si Ratu Hati' kami berehat. Nak reward kakak sulung kami yang pernah menjadi tunggak ekonomi famili kami menolong arwah abah yang pendapatannya tak seberapa masa tu. Along sanggup korban peluang menjejak kaki ke menara gading semata-mata kerana kami. Dan sekarang Along menghabiskan waktu pencennya dengan sentiasa menjaga dan mencurah segala kasih sayang dan kudratnya kepada mak yang makin hari makin uzur.

Kita merancang, tapi Allah yang menentukan. Dah seminggu kaki mak bengkak dan semalam appointment cek up bulanan, prof yang rawat mak tak benarkan mak pergi ikut kamu bercuti. Takut perjalanan yang agakjauh dan cuaca panas akan buat mak tension.

Alahai! Tak dapatlah mak menghirup udara segar laut. Saya sengaja 'book' bilik di bawah sekali dan hampir dengan laut supaya emak dan along boleh jalan-jalan pagi dan petang. Mak boleh terapi berjalan di pasir pantai yang halus dan putih ini.

Saya doakan di usia emas emak ini, Allah swt kurniakan kesihatan yang baik agar kami dapt lebih lama lagi bermanja dan membahagiakan emak.


Kenapa gambar kaki ye?

Saturday, June 2, 2012

KALAU DAH REZEKI..

Assalamualaikum.

Lepas sms yatt tuan punya yattslilkitchen.blogspot.com baru hati saya senang.  Baru boleh senyum lebar.  Terimakasih Yatt.  Alhamdulillah Ya Allah. 

Azie (saya refer pada Azizah Ariffin, WHI), insyaAllah, Isnin ko dapat kukis ko.  Kalau dah rezeki, pasti ada jalannya.  MasyaAllah.

Entry lepas saya ada cerita pasal satay arnab yang saya tak merasa. Ha! masa office saya raikan 28 tahun stesen ini bersama penonton, hah! melambak satay.  Ada dua station satay, banyak, makan puas-puas.  Tapi sate arnab tak de la.  (Maaf, gambar saya lupa snap).  Alhamdulillah, dapat jugak makan satay.  (macam tak boleh beli sendiri kan..).  Kalau dah rezeki, pasti dapat.  MasyaAllah.

Malam ke sini pulak, steamboat.  Terimakasih MaYong!

 Abang kat belakang tu macam halimunan

Kasi empuk ye


ADUHAI! MACAM-MACAM DUGAAN...

Assalamualaikum dan Salam Sabtu.

Banyak jemputan kenduri kahwin hari ni.  Banyak jugaklah peluh yang mengalir makan dalam kemah tengah panas.  Tak pe.. demi ikatan ukhuwah, panas pun harung jugak lah.

Pertama-tamanya nak ucap tahniah lah pada sifu saya, Chef Hajah Noraini Zakaria, dah terbit buku masakan baru.  Semalam jumpa kat Popular Book Store, terus sambar.  Kalau ada rezeki jumpa Kak Ani, saya nak dia sign buku tu macam buku-buku sebelum ini.

Ralat :  Gambar blurr.. kamera tak cukup makan.  Bateri dah nak "kong"


Buku terbaru Kak Ani


Bersama Kak Ani di kelas beberapa tahun lalu, saya yang tepi belah kiri, Kak Ani tepi sekali kanan


Kalau Kak Ani tak pindah akademi dia ke Kelang, banyak lagi kursus yang saya nak ikut.  Tak pelah, semoga berjaya lagi Kak Ani.

Berbalik pada tajuk entry saya, orang kata, kalau tak de masalah tak de kaler lah hidup kita kan. 

Saya plan nak siapkan kukis untuk yang order deliver hari Isnin.  Nak jadi cerita, rupanya hari ni cuti umum, Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong.  Bahan langsung tak de di rumah.  Almaklum dah lama cuti meniaga.  Dari pagi saya keluar rumah, ke Sungai Buluh, LMC tutup, saya ke Bagus Kota Damansara, tutup jugak..hukhuk.. terus ke Sunway Damansara, alahai tutup jugak.. (dah nangis dah mengenangkan harapan orang ni), terutama si Pengaracara Wanita Hari Ini yang sedang berbadan dua, Azizah Ariffin.  Semalam pun dia datang ke meja saya, kot kot saya bawak kukis lagi.  Harap-harap esok... bukak lah ko wahai kedai. 

Tulah, lain kali SEDIAKAN PAYONG SEBELUM HUJAN, dah hujan baru nak berpayong, alamatnya BASAH laaa..

Dah penat kulu kilir, saya cuma dapat ini je....

Butter dan telur je....

Semoga urusan saya esok hari dipermudahkan Allah swt.  Tak sanggup nak memunahkan harapan orang yang menunggu.

Jumpa lagi..