Monday, August 9, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

Minggu ini umat islam di seluruh ceruk rantau akan mula menunaikan ibadah puasa. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh pembaca blog ini terutama pelanggan DLO. Marilah kita bersama-sama menghayati dan mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Pada bulan yang mulia ini operasi DLO dihadkan kepada tempahan kek pelangi, cheese dan fruit tartlets sahaja untuk dijadikan buah tangan atau pencuci mulut selepas berbuka nanti.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf dan berdoa agar kita sama-sama memperolehi keberkatan dan kerahmatan dariNya.

No comments:

Post a Comment