Monday, March 7, 2011

KELAHIRAN DINANTI

Tepat jam 4:36 pm, Ahad seiringan laungan azan Asar di surau Pusat Perubatan Universiti Malaya, lahir seorang bayi lelaki yang kulitnya putih mulus dengan pipi yang merah. Wajahnya mirip bayi berbangsa korea ataupun Jepun. "Peluklah anak awak" bisik doktor penyambut kelahiran yang namanya sama dengan nama saya. Anak itu saya namakan Abdul Muaz bersempena nama sahabat nabi junjungan kita, Muhammad. Hari ini, Ahad, 6hb Mac 2011 Muaz berganjak ke usia 6 tahun.

Tahun ini tahun terakhir meraikan birthday di tadika, jadi nak buat "extra" sikitlah. Dari hari Jumaat, sudah sibuk menyediakan goodies untuk party harijadi Muaz di rumah dan di sekolah. Semua disediakan sendiri, bag, chocolate lollipops dan muffin hinggalah ke birthday cake. Walau tak secantik mana, tapi puas.


Tekun


Proses terakhir


Hasil, Goodies for schoolmates

No comments:

Post a Comment