Friday, May 6, 2011

KENAIKAN HARGA BARANG MENTAH DAN HARGA MENU DLO

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.

Sebenarnya kenaikan harga barang mentah sudah bermula Januari lalu. Disebabkan tidak sampai hati untuk menaikkan harga kek, saya telah mengurangkan nilai servis yang saya tawarkan ke atas semua kek dan menu buatan saya dengan kualiti dan bahan sama yang saya gunakan. Tidak sedikitpun dikurangkan.

Baru-baru ini, saya mengunjungi lagi beberapa kedai menjual bahan mentah, aduhai.. harganya naik lagi. Boleh dikatakan semua bahan mengalami kenaikan harga yang banyak. Setelah membuat pengiraan semula kos saya tidak lagi dapat 'adjust' harga yang saya tawarkan.

Dengan berat hati, saya terpaksa menaikkan harga kek dan menu DLO. Bermula 1hb Mei 2011, harga baru DLO akan berkuatkuasa.

Selamat berhari minggu.

No comments:

Post a Comment