Monday, December 22, 2014

WARNA-WARNA BIRTHDAY PARTY


Assalamualaikum

Malam ni agak free.  So update blog walau dah kata dalam update yang lepas nak jumpa tahun depan. Eh! Sekali dapat aura.. seronok pulak mengemaskini diari ni.

Esok, Isnin budak tak de kelas mengaji. Group yang mengaji itu hari dah Khatam.  Majlis Khatam ramai-ramai 11 Januari nanti.

Dekat ofis minggu lepas dalam rancangan WHI ada macam pesta birthday bash organiser.  Macam-macam tema boleh ditengok, boleh DIY untuk birthday anak kan.  Kalau tak larat DIY siapkan duit saja lah.. order je..

Nota :- walau update malam tadi, baru lunch hour hari ini dapat upload...sambung dan touch up mana yang patut..



Tema Frozen.. tengah popular sekarang ni.  Budak-budak perempuan sure gila-gila suka.

Side Table tema Frozen

Tema Pirate.. ni saya pernah buat untuk Bujang saya. Tapi taklah se'gah' ini candy tablenya.  DIY ye.. bagai nak rak menyediakan. 

Tema animal.. cantik gak

Tema kartun, sesuai budak kecil

Tema Safari, yang ni saya suka

Cupcake tema Safari.. lama dah tak menge'kek' weh..

Kek Utama tema Safari

Tema Rainbow.. yang ni senang kalau nak DIY

Semalam, sempatlah bawak my bujang tengok wayang.  My another half cuti, so ambil peluang keluar jengok mall.  

The Hobbit, The Battle of Five Armies.. macam biasa jiwa kanak-kanak dan fansasi memang ada dalam diri saya.  So memang enjoy.



Ada tak yang nak jadikan The Hobbit theme birthday party their kids?

Hari dah lewat pagi.  Sampai di sini saja dulu.  Sehingga lain kali..
Wassalam



2 comments: