Saturday, January 9, 2016

ALHAMDULILLAH, WEEKEND TIBA JUGA

Assalamualaikum wbt

Kalau dah bekerja, weekends mesti dinanti. Walaupun banyak kerja-kerja rumah pula menunggu, rasanya tak sama macam bekerja di pejabat. Di rumah, penat tapi enjoy sebab ada keluarga bersama kita.

Weekends juga, kakak-kakak dan famili, anak-anak buah selalunya akan berkumpul di rumah jumpa emak. Masak-masak, makan-makan, borak-borak. Sesekali gaduh-gaduh manja.



Minggu depan kakak dan abang ipar menyahut panggilan tanah suci, ke rumah Allah swt. Untungnya diberi rezeki Allah swt ke rumahNya. Haji sudah umrahpun sudah. Semoga kita semua juga akan dipanggil satu hari nanti, in sha Allah.

Minggu pertama sekolah dah selesai, boy pun dah tahu jadual dan rutinnya dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Rasanya timing dah kembali ke landasan. Dah kembali ke trek asal. Menyental baju putih uniform sekolah pulak la lepas ni.


Jari kaki boy yang kena ekzema tu, bila sekolah dan pakai stokin dalam jangkamasa lama mula bertambah teruk. Kesian boy tak dapat masuk cross-country. Kakinya sakit. Taekwondopun dah setahun lebih rehat. Ubat-ubat steroid dan tak steroid yang dibekal hospital tak dapat menyembuhkan, cuma dapat mengawal saja. Nampaknya ekzema dah merebak ke badan dan muka pula.

Emak suruh saya cuba air rebusan batang patawali. Memang terbukti menghilangkan gatal-gatal dan kudis. Untuk ekzema, tak taulah berkesan atau tidak. Nanti kita tengok hasilnya. Kalau berkesan, alhamdulillah.



Dah penat bekerja, Sabtu saya ke kelas masakan. Cara saya menghilangkan stress.  Jumpa dengan anak-anak muda yang bersemangat tinggi, aura positif mereka sikit sebanyak melekat pada kita.  Kelas ramai kaum Adam. Tenaga pengajarnya juga lelaki. Hebat mereka ni.

Ada antara peserta kursus yang sudah ada restoran di Melbourne dan berhajat hendak berhijrah ke sana. Kepada adik berbangsa India yang baru saya kenal di kelas, lupa pula namanya, saya doakan kejayaan buat kamu. Bangga anak Malaysia berjaya di luar negara.

Mengumpul sijil lagi nampaknya.

Kelas santai dan ilmu yang kita dapat, sangat berbaloi tambahan boy sangat suka makanan barat.


Saya lebih suka pergi ke kelas yang tenaga pengajarnya diiktiraf. Disamping dapat ilmu membuat sesuatu produk dengan cara yang betul kita juga dapat sijil yang diperakui dan 'laku' untuk pinjaman kalau nak mulakan bisnes.

Kelas-kelas yang diadakan oleh homebaker atau orang perseorangan pun bagus juga. Mereka berpengalaman dan luas pengetahuan. Saya dulupun pernah juga belajar dengan homebaker dan cake decorator Puan Liana yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Hasil kerjanya superb.


Banyak ilmu pasal pasta dan sos saya dapat hari ini. In sha Allah akan dikongsikan satu persatu. Menu yang diajar banyak lagi cuma gambarnya takde.

Saya sarankan sahabat yang ingin berniaga makanan elok ke kelas di kolej kulinari kerana kita diajar menggunakan bahan-bahan yang "cost effective" namun hasilnya sangat awesome.


Saya ingin kongsikan kata-kata Dr Azizan Osman yang dipinjam dari Islamic relief

"Tangan yang menghulurkan bunga mawar pasti akan harum"

Maksudnya

Orang yang memberi kebaikan pada orang lain in sya Allah akan menerima kembali kebaikan tersebut.

Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Wassalam.

15 comments:

  1. Asalam Othman..saya sangta setuju dengan anda..pepagi buka dapat komen othman..ok kita jadi blogl;ist ..nak tak hehehe

    ReplyDelete
  2. wow!! sedapnya tu..Othman di Shah Alam ke ni ?

    ReplyDelete
  3. Etuza tak reti.. blog u dah lama follow.. food tu hasil tangan memasak dalam kelas.

    ReplyDelete
  4. selamat berhujung minggu dgn aktiviti yg disukai...petawali tu amat mujarab utk mrk yg hidap darah tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI selamat berhujung minggu. Jom berkebun.

      Delete
  5. Replies
    1. Tuan Khamsi tak pernah minum lagi air batang patawali ni. Mestilah pahit rasanya.

      Delete
    2. Betullah. Dulu saya pernah rasa yang fresh...gigit sikit je. Satu hari tak mahu hilang dia punya pahit.

      Delete
  6. Salam kenal.
    Terima kasih singgah di blog Mrs. A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terimakasih sudi singgah.

      Delete
  7. Replies
    1. Salam ukhuwah bunda. Terimakasih sudi singgah.

      Delete
  8. Salam kenal.. terima kasih sudi singgah blog akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam singgah. Terimakasih jugak sudi singgah..

      Delete