Sunday, March 20, 2016

JALAN-JALAN CARI BUNGA (JJCB)

Assalamualaikum wbt

20 Mac diwar-warkan hari paling panas di Malaysia terutama utara tanahair. Matahari betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa.

 Tapi rasanya di sini panas dan bahangnya macam biasa je. Ada sedikit mendung. Apapun minumlah banyak air kosong, stay indoor, pakai baju dari kain kapas dan longgar. 


Tengah membahang ni tengok bunga kertas besar kat tepi beranda rumah sejuk sikit rasanya.


Hari ni saya pergi ke Exporia Jabatan Pertanian di Kampung Melayu Sg Buluh. Mencari stepping stone dan kerusi taman untuk projek backyard. Hari ni hari terakhir ekspo.  Macam-macam ada dari pokok bunga, pokok herba hinggalah ke hiasan taman. 


Pandai-pandailah memilih ye, sebab ada yang mahal dari harga nursery dan ada yang murah.


Produk IKS pun ada. Saya beli satu kotak teh daun rama-rama ni 30 uncang rm45.00 dijual terus oleh pengilang. Saya tak tau harga kat luar, jadi taktaulah murah atau mahal harganya.


Ini contact personnya kalau nak beli terus dari pengilang. Dah tentu harganya lain kalau beli dari pengedar.


Ada juga booth mebuat baja kompos.  Baru saya tahu baja boleh diproses sendiri di rumah. Tong biru di belakang tu antara alat yang boleh diguna. 


Takde boleh letak dalam tong biasa je. Daun, kertas, pokok2 kayu diletak berlapis-lapis dan dibiarkan reput sendiri. Dan jadilah baja. Itu yang saya fahamlah penerangan oleh pegawai Mardi dalam panas terik ding ding tadi.


Ini yang saya cari, stepping stone. Tapi yang ini agak mahal harganya. Ada beberapa supplier stepping stone dan yang kat bawah ni harga murah sedikit dan banyak pilihan.


Garden table pun lain designnya dari yang selalu kita nampak. So yang ini, kaa ching!... beli.. ambil kat nurseri bulan depan.


Tanah untuk bunga pun ada. Harganya sedikit rendah dari nursery. Tapi saya tak beli sebab takde tangan nak bawak.


Pokok hiasan berdaun keriting ni saya beli rm3.00 sepokok. Rasanya kalau di nursery rm5.00 sepokok. So, kaa ching! 2 pokok.


Pokok herba, mint dan parsley rm5.00 sepokok dan pokok hiasan tu boy punya rm1.50 sepokok. Pokok tu jadi adik angkat boy, assignment kena jaga pokok tu sampai besar, ok boy.

Sebelum matahari tegak menggalah atas kepala jomlah kita balik. Itupun baju dan tudung dah lencun dek peluh. 


Panasnya cuaca pada hari ini, bayangkan panasnya matahari sejengkal dari kepala di akhirat kelak. Renungkan.

Jumpa lagi.

9 comments:

  1. Waktu kakcik menaip ini, di luar kelihatan mendung dan bunyi guruh bersahutan, Tak tahulah sama ada hujan akan turun atau tidak. Yang pastinya, tekak kakcik perit dan sakit serta badan rasa sangat lesu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik kat sini walau mendung tapi pagi lagi dah berbahang. Kalcik banyakkan minum air kalau boleh barli dengan limau nipis. Segar rasanya.

      Delete
  2. cancelled plan utk berjalan2 hari ini....dlm rumah pun panas kepala denyut2 kepanasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasa Mulia memang elok elak terdedah pada matahari..

      Delete
  3. mmg tgh membahang skrg ni...jarang keluar rumah waktu panas terik tengahari. tp saya ambil yg positif, masa weekend boleh cuci/jemur baju 2-3 round. basuh semua benda, alas kaki, jemur bantal bagai haha..
    bagus teknik asignment pokok adik angkat tu, nanti saya pun nak tiru lah.

    ReplyDelete
  4. Di JB ni pun hujan sentiasa ada tapi sebelum hujan dan selepas hujan tetap panas/bahangnya terasa teramat sangat. Cuma dek kita kebanyakannya duduk dlm aircond tak rasa.

    Ajak mata menikmati pokok bunga boleh jadi terapi. Boy kena jaga 'buah hati' itu sampai satu hari auntie nak tengok perkembangannya tau:)

    ReplyDelete
  5. Pantai timur xada hujan lg..panas giler

    ReplyDelete
  6. Kalau minat berkebun mmg best datang sinikan OZ....mcm mcm ada.
    Baja kompos tu baru tau jugak boleh buat sendiri. Tapi saya ni jenis kurang rajin jadinya lupakan jerlah niat hihi...

    ReplyDelete
  7. Kalau minat berkebun mmg best datang sinikan OZ....mcm mcm ada.
    Baja kompos tu baru tau jugak boleh buat sendiri. Tapi saya ni jenis kurang rajin jadinya lupakan jerlah niat hihi...

    ReplyDelete