Monday, April 11, 2016

KELAHIRAN DAN URI

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang ahli baru dalam keluarga Osman. Sudah beberapa kelahiran keluarga ini dikurniakan perwira teruna, kali ini dikurniakan dara. Alhamdulillah.


Dahlia beberapa jam selepas dilahirkan. Indah nama Dahlia itu. Wangi dan cantik. Semoga kamu mewangikan keluargamu dengan akhlak terpuji, dengan budi bahasa yang tinggi. Aamiin.


Orang dulu memang cukup jaga bab ibu baru bersalin. Selain dijaga rapi masa berpantang, satu perkara yang tidak dilupakan ialah menyempurnakan uri atau ada yang panggil "kakak" si bayi.


Uri perlu dibasuh bersih dengan asam keping dan garam kasar. Orang yang membasuhnya perlu bersih dari haid dan hadas. Semasa mencucinya perlu dimulakan dengan nama Allah dan sentiasa berzikir semasa proses membersihkannya.



Uri Dahlia dibawa balik ke rumah emak saya petang selepas kelahiran. Kakak saya, Kak Da bersedia untuk membersihkan uri Dahlia walaupun Kak Da bangsa senang pengsan bila tengok darah yang banyak. Tapi demi cucu saudara, tolak tepi semua itu.

Selepas dibasuh uri perlu dibalut dengan kain putih dan diletakkan dalam tempurung kelapa. Tapi uri Dahlia Kak Da letak atas daun pisang saja sebab nak cari tempurung kelapa hari dah nak Maghrib.



Disebabkan Dahlia bayi perempuan, mak saya kata elok ditanam di bahagian hadapan rumah. Kalau bayi lelaki di belakang rumah. Apa signifikannya, wallahualam. 

Atok Dahlia menanam uri di bawah rimbunan pokok kertas yang tengah lebat berbunga.

Kalau nak ikutkan adat pada waktu malam kena nyalakan lampu atas tempat uri ditanam supaya tak gelap. Ikut kata orang tua-tua supaya bayi tidak meragam. Disebabkan ianya takde dalam tuntutan agama, tak perlulah nak pasang lampu tu. Wallahualam.


Zaman ini tak ramai lagi yang bawa balik uri untuk disemadikan di rumah.  Ramai ibu-bapa yang memilih untuk pihak hospital yang uruskan. Tak tau lah macamana mereka uruskan uri-uri bayi. Terfikir jugak.

Kita harapkan yang terbaik dan tidak bersangka buruk.

Jam dah menunjukkan angka 12.17 malam. Elok saya berhenti di sini dulu.

Jumpa lagi, wassalam.

12 comments:

  1. Selamat datang Dahlia...semoga membesar dengan sihat dan mewangi sebagai muslimah sejati...

    ReplyDelete
  2. Selamat datang Dahlia.. Uri ni selalu orang kaitkan sebagai 'kembar' pada baby, tu yang kena 'handle with utmost care' dari segala segi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mck.. orang moden sekarang tak kisah pasal nak urus uri.

      Delete
  3. Tahniah dari kaknoor
    Cantik nama dahlia sekarang nama2 oldschool dh kembali mengmbil tmpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak Noor.. seronok sebab dah lama takde baby girl dlm keluarga Osman

      Delete
  4. TAHNIAH DGN KEHADIRAN DAHLIA YG AKAN MENYERIKAN LAGI KEMERIAHAN KELUARGA OZ DGN KEBHGIAANNYA..MOGA BABY N OZ SHT SENTIASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak PI. Dahlia bukan anak saya.. tapi cucu saudara. Isteri anak kakak baru melahirkan.

      Delete
  5. Pada pendapat kakaklah dik sebaiknya kita bawa balik bersihkan sepatutnya dan tanamlah elok-elok jgn serah pada org lain. Sebab banyak cerita kurang enak kalau ditinggalkan - wallhualam.. Niatkan dalam hati yg ia adalah sebahagian hak kita sebelum kita mendapat zuriat. Apalah salahnya kita uruskan sebaik-baiknya daripada serah pd org.

    Selamat menemui dunia penuh mencabar buat anakanda Dahlia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat dengan kak zakie..

      Terimakasih welcome Dahlia..

      Delete
  6. Tahniah OZ atas kelahiran baby girl....moga Dahlia membesar menjadi muslimah solehah yer.
    Sama lah petua awak OZ....abah saya dulu dulu pun nyalakan pelita atas tanah tempat uri ditanam tu...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....tahniah dari saya....insyaAllah Dahlia aksn jadi anak yg solehah....penyejuk mata

    ReplyDelete