Sunday, April 17, 2016

RAI KELAHIRAN MAC DAN APRIL

Assalamualaikum

Terimakasih yang mendoakan kelahiran dan mengalu-alukan kehadiran Dahlia dalam keluarga Osman.

Ada yang salah sangka, mungkin cara penulisan saya mengelirukan. Mohon maaf banyak-banyak. Dahlia sebenarnya cucu saudara saya.


Sabtu lepas saya ke kedai pembekal daging beku di Sungai Buluh. Cuba lihat  tindanan bungkusan di luar gudang penyimpan daging. Kalau yang tak tau mesti agak binatang tak halal tu kan. Sayapun terperanjat masa pertama kali ternampak objek ini dulu.

Jangan salahsangka, ianya adalah kambing.  Di sini murah. Seekor kambing untuk buat golek sederhana besar cuma rm300.00 ++.


Tapi yang saya cari kambing untuk dibakar. Bahagian bahu lebih kurang rm17.50 sekilogram. Saya perlukan 7kg untuk kenduri potluck kami malam nanti.

Balik terus basuh kambing, blend bahan dan campuran yang lain dan perap daging kambing. Sedap betul bau bahan marinate. 

Saya guna jintan putih, jintan manis, lada hitam, gula melaka, air perahan asam jawa, perahan lemon, sos lada hitam, dan garam untuk bahan perapan.


Selain dari kambing, saya prepare juga kebab ayam. Saya beli 1kg fillet ayam, sos blackpepper, rosemarry kering dan lemon. Campur semua ditambah dengan bahan lebihan perapan kambing dan perap ayam.


Petang dalam pukul 5.30pm saya mula mencucuk daging ayam yang dah diperap diselangseli dengan cili benggala dan tomato ceri. Siap... selepas maghrib kami mula membakar.


Kali ini potongan daging bahagian bahu agak kecil, jadi saya tidak potong dua. Selembar daging kambing kalau diikutkan memang kenyang dah. Tapi agaknya sebab berkumpul ramai-ramai adik beradik dan anak-anak buah, 5kg kambing malam tu habis. 2kg lagi simpan sejukbekukan. Kambing ditaja oleh Kak La dan Dd. Alhamdulillah. Terimakasih.


Sebenarnya kami meraikan mereka ini Along, Kak La dan Suzie. Kelahiran Mac dan April. Termasuk doa selamat untuk menerima kehadiran Dahlia yang juga Aprillicious. Selamat hari lahir juga untuk Aprillicious Firhan yang tinggal bersama ayahnya di Kelantan.


Anak buah saya cuba "kepakaran" menyediakan potato jacket. Signature receipe katanya. Sedap juga walaupun hanya guna kentang biasa saja.


Manisan dan muffin dari pasangan Suzie dan Iwan, anak buah saya. Salad buah-buahan pun sedap. Terimakasih meriahkan makanan malam tu.

Sosej, kentang goreng, buah tembikai dan bake beans Kak Da sponsor. Terimalasih dalam sibuk melunaskan order customer Kek Buah Kukus Kuang sempat gak menyumbang untuk majlis gather gather ni.

Durian King dibawa khas oleh anak buah, Elin dan Li untuk uwan mereka, emak kami, Cik Wok. Beli dalam perjalanan balik menjemput buah hati mereka yang belajar di UiTM Manjung. Terimakasih ye.


Kali ini birthday cake Chocolate Delight Bakery yang sediakan. Dah lama tak baking, semua bahan takde. So beli saja. Boleh tahan juga rasa Chocolate Almond cake ni. Kek ditaja Makyong. Terimakasih ye Makyong.


Inilah ayah Dahlia. Yang berdukung tu abang Ariq. Geram dengan abang Ariq ni tak mahu langsung berenggang dengan ayahnya.


Berborak sampai tengah malam. Macam-macam cerita keluar termasuk cerita-cerita seram waktu menuntut di universiti. Sayang banyak gambar tak boleh ditempek di sini sebab tak lulus lembaga penapisan. Tak patuh syariah.


Crew bakar malam tu. Terimakasihlah membahagiakan keluarga. Banyak pahala menggembirakan orang tau.


Insan yang paling bahagia malam tu ialah Cik Wok, buah hati semua ahli keluarga Osman. Walaupun tak semua anak-anak ada malam tu, gigih duduk di beranda sampai tengah malam mendengar cerita kami. Terimakasih emak. Semoga emak sihat sentiasa dan disayangi Allah swt.

Dah tengah malam. Saya berhenti di sini dulu. Semoga hari-hari yang mendatang penuh kebahagiaan untuk kita semua.

Wassalam.

2 comments:

  1. Makan lagi! Alahai bestnya.....
    Suka Cik Wok dpt tengok anak anak berkumpul makan makan gitu kan....

    ReplyDelete
  2. Makan lagi! Alahai bestnya.....
    Suka Cik Wok dpt tengok anak anak berkumpul makan makan gitu kan....

    ReplyDelete