Monday, May 2, 2016

TIGA PERISTIWA SATU PERJALANAN

Assalamualaikum wbt

Weekends ni kami ke Sitiawan Perak. Selain hadir untuk kenduri kawin anak sepupu, kami pakat buat pertemuan keluarga. Kali ni family gath famili belah arwah abah.



4 beradik dan kesemuanya lelaki. Dalam gambar paling kiri arwah Pak Ngah, arwah abah dan arwah Pak Cu. Arwah Pak Long takde dalam gambar. Duduk pula kiri Mak Ngah dan arwah Opah Biah. Dari mereka inilah kehidupan kami bermula. Alfatihah untuk kesemuanya yang telah pergi. Semoga roh mereka dirahmati Allah swt. AAmiin.

Jadi untuk tujuan ukhuwah, cuti 3 hari sempena Hari Pekerja, saya dan kakak ke lokasi wedding dan gath famili.

Lokasinya di D'Chalet, Kampung Sitiawan, Sitiawan, Perak. Nombor contact 012-511 2343

Menarik tempat ni. Saya cerita sedikit di pertengahan nanti.



Hampir tiga bulan kami merancang bbq famili Kasad ini. Bukan senang hendak menyatukan ahli keluarga dari 4 ayahanda dengan kesibukan masing-masing.

Walaupun kehadiran agak 'lemah', secara keseluruhannya ianya berjaya, atleast memperkenalkan who's who dalam family kepada generasi yang lebih muda. Alhamdulillah.



Mak Long, ketika ini berusia 85 tahun, berkahwin dengan Pak Long Yusof. Anak-anak dan cucu-cucunya ramai yang hadir. Paling best, salah seorang cucunya pandai memasak dan contribute banyak dalam gath bbq ni. Well done Ayin.


Mak Ngah, 80 tahun, masih sihat dan kuat ingatan.  Bonda ini isteri Pak Ngah Omar. Sangat positif. Masih boleh ingat banyak peristiwa. Anak-anaknya pun ramai hadir malah orang kuat AJK gath dan chef bakar adalah anak beliau. Congrates Ina, Chef perap kambing dan ayam malam tu.

Mak Lang, iaitu ibu saya yang berkahwin dengan Osman anak ketiga Atok Kasad dan Opah Biah tak dapat hadir atas sebab kesihatan. Keluarga saya dan keluarga kakak sebagai pengganti diri.

Begitu juga dengan Mak Cu pasangan Pak Cu Hamid juga uzur.  Didoakan agar Allah swt meringankan beban sakit mereka dan diberi reseki untuk sembuh. Aamiin.


Hasil bakar batch pertama. Air asam, mushroom soup dan garlic bread tak sampai lagi masa ni. Takde pun hasil bakar 1st batch ni langsai dengan jayanya. 


Kakak saya dan my boy makan ratah-ratah. Semua sedap hingga menjilat jari. Terimakasih chef perap Ina Omar. 


Inilah famili yang tinggal hingga akhir wedding anak Kak Nah. 

 Semoga kekal bahagia hingga anak cucu. Besarkan lagi keluarga Atok Kasad dan Opah Biah. Jangan lupa kenalkan susur galur keluarga pada anak-anak ye.

Tak ramai yang tunggu sampai habis kenduri. Kami pun takde dalam gambar ni sebab dah bertolak ke Lumut.


Inilah D'Chalet, lokasi wedding dan gath kami. Tempatnya berhampiran muara sungai. Sunyi dan tenang. Boleh buat macam-macam event dekat sini.



Harga bilik pun berpatutan sangat. Ini bilik saya cuma rm150 semalam. Besar dan katil king size. Selesa.



Ini view dari bilik saya. Muara sungai. Kalau rajin berjalan pagi-pagi ke jeti di jalan masuk ke D'Chalet, ada jualan hasil laut yang segar. Tapi kami diberitahu lewat oleh owner chalet. Jeti kosong dah.


Di belakang chalet ini ada hutan paya bakau yang sangat cantik. Dengan kicauan burungnya, kocakan airnya bersama dengan panahan cahaya matahari membentuk halwa mata yang cantik. Subhanallah tenang sangat. 


Di hujung hutan paya bakau ada sebuah jeti batu. Kalau buat team building boleh adakan aktiviti air di sini. Pengurusan chalet boleh aturkan saya rasa.


Adik beradik yang lahir dari rahim ibu yang sama tapi punya raut wajah yang berbeza. Yang depan mirip ibu, yang sikakak di belakang mirip abah. Kuasa Allah.


Saya memang sukakan rimba dan air. Impikan suasana tenang begini menghabiskan usia tua. 


Lepas habis acara kami ke pekan Lumut membeli ikan bilis mata biru yang khabarnya cuma ada di Pangkor dan Lumut. Juga sotong kering dan makanan kudapan. Harga? Boleh tahan juga lah.


Sebenarnya tujuan utama bukan nak shopping hasil laut ni tapi lebih nak ke Pengkalan TLDM Lumut. Bukan senang nak masuk ke base ni kalau bukan Hari Terbuka Maritim. Apatah lagi nak tour kapal.


Berderet semua jenis kapal TLDM di belakang sana. Kami cuma sempat meninjau 2 buah kapal iaitu KD Penyu dan KD Hang Tuah. Harapan nak naik KD Mahawangsa,tak tercapai sebab masa melawat sudah tamat.


Inilah dia KD Hang Tuah, kapal terpanjang dan tertua milik TLDM. Menurut anggota yang bertugas, kapal ni digunakan oleh tentera Ghana masa perang dunia kedua. 

2 dari 4 injinnya juga sudah rosak selain dari peralatannya yang sudah ketinggalan zaman. Kapal ini sekarang lebih kepada memberi latihan kepada anggotanya. 



Lepas melawat kapal ini barulah saya tahu selain alat telekomunikasi moden, mereka juga menggunakan bahasa kod bendera.  Setiap bendera yang dinaikkan punya maksud tertentu. Nampaknya boy lebih banyak rahu pasal ni dari saya. Untuk hari terbuka ini semua bendera dinaikkan.


Juga setiap kapal punya tugas tertentu seperti kapal peninjau, kapal pemetaan bawah laut, kapal penyapu ranjau, kapal tunda dan sebagainya. 


So, nak ke KD Mahawangsa, kapal penyapu ranjau tak cukup masa, selfie lah untuk kenangan di bawah panahan terik sang mentari.


Menarik skuad penyelam tempur laut dalam dengan sut yang lain dari penyelam biasa. Bayangkan mereka ni tetap senyum bergaya dengan sut tebal di bawah cahaya matahari yang terik. Thumbs up lah.. memang ketahanan tinggi mereka ni.



Gaya dah ada, nak ke masuk Akademi Laut ke dah habis sekolah nanti?


Nak balik, sempat lagi snap gambar dengan anggota keselamatan beruniform lengkap. Boy macam tak percaya jumpa mereka ni, katanya.

Hampir jam 6.00 petang kami bertolak balik ke Sungai Buluh. Alhamdulillah, jalan tak sesesak waktu kami ke Sitiawan tempohari.  Habis dah cuti 2 hari 1 malam kami.

Sampai di sini dulu. Esok kembali bertugas. Cuti dah habis.

Jumpa lagi, in sha Allah.

6 comments:

  1. Ok juga kalau Boy nak masuk ALAM (akademik laut)
    Anak buah kakak ada dua dlm kerjaya marine
    Income puluh ribu tau tapi jarang dpt balik M'sia.
    Setahun kalau dpt sekali pun dah happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie... nangis saya kalau setahun sekali baru jumpa.. mati beragan saya nanti..

      Delete
  2. Seronok bila dapat gather gather cenggini kan OZ... Yang bestnya memasing sporting. Tolong menolong. Yang berat pun jadi ringan.
    Memang puaslah makan bakar bakar ye mlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yg tak serokok melaunlan yang seronok belaka.. alhamdulillah

      Delete
  3. Menariknya dapat lawat kapal tu semua..
    Makchaq balik kampung baru ni pun lalu ikut sitiawan sebab hiway jem..
    Pi balik ikut jalan tu.. singgah beli ikan di pantai remis..

    Mesti seronok gathering keluarga.. kami pun tengah merancang gathering keluarga.. tapi tak tau la jadi ke tak..harap2 jadi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq mungkin pada orang lain, biasa-biasa je naik kapal tu tapi saya rasa tu peluang yg perlu diambil.

      Gath family memang best. Saya doakan family gath makchaq sukses.

      Delete