Wednesday, August 3, 2016

SELAMAT JALAN SYAWAL

Assalamualaikum wbt

SELAMAT JALAN SYAWAL
Terimakasih kerana perjalanan hidup ini sangat indah dengan terjalinnya silaturrahim.  Kami tak selalu dapat bersama tapi hari ini kerana kamu kami bersatu. Semoga bertemu lagi.

Sebagai kenangan. Ianya akan menjadi lebih indah 10 atau 20 tahun akan datang, in sha Allah.  Di saat lantai kerja ini sudah ditinggalkan, tatkala kita sudah bersendirian, ianya pasti menjadi sangat berharga.


Sambutan Raya Kami-Kami Aje. Makanan konsep potluck.



Penyumbag Laksa Sutera sedang bergambar.



Antara staff bukan muslim yang bersama



Wajah-wajah ceria anak-anak muda kreatif. Kerja mereka ini yang sahabat tonton dalam banyak program terbitan Primeworks.




Orang kuat di sebalik Raya kita-kita Aje




Tokeh Unit 999 menyumbang popia Kemboja makan sampai direman taglinenya.



Mesti pernah tengok wajah-wajah cantik ini, kan!



Jemaah unit Islamic Content. Tangan di sebalik program ugama.




Tukang ambil gambar merantau ke luar negara hampir 3 bulan sebelum Ramadan demi mencari bahan untuk tontonan sahabat semua. Saksikan Dunia Tersembunyi, jangan lupa.



Yang berselfi tenaga penyumbang program dokumentari yang banyak memenangi award. Cuba teka programnya.




Ucapan pembukaan oleh tokeh program Madrasah




Peserta Da'i 4 yang sedang berlangsung sekarang pun turut sama. Sokong program ni ye.




Dah habis jom tapau lebihan. Tak baik membazir.


Ok, sehingga jumpa lagi... wassalam.

17 comments:

  1. Terkenang zaman bekerja dulu.... seronok dan meriah berjamuan bersama rakan-rakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik.. ye seronok kakcik. Tambah kita antara yg otai dikalangan mereka.. tak buat apa.. duduk dan makan je..

      Delete
  2. MERIAH SUNGGUH MAJLIS RAYA TV3...TENTU PENAT OZ N KWN2 YG MENGENDALIKANNYA...PENGENDALI MESTI TAPAU BANYAK2 REZKI YG TINGGAL HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI...terimakasih singgah. Tak penatpun kak sbb datang makan e.

      Delete
  3. Teringat juga zaman bekerja buat makan2 potluck ni seronok..lagi seronok bila ada bos hulur duit raya. Ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis.. istimewanya potluck merasa hasil tangan teman2. Haahkan.. kalau ada duit raya lagi unphhh majlusnya

      Delete
  4. Potluck begini mestilah meriah sebab juadah terhidang macam-macam
    Puas hati. Yg non-muslim tu untunglah dpt tumpang sekaki:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie... yang non muslim ada 2 kerat je kak..

      Delete
  5. Org belakang tabir pun tak kurang pentingnya ye OZ....
    Moga bertemu lagi Syawal tahun depan. Insyaallah....

    ReplyDelete
  6. Org belakang tabir pun tak kurang pentingnya ye OZ....
    Moga bertemu lagi Syawal tahun depan. Insyaallah....

    ReplyDelete
  7. Salam "selamat jalan syawal".
    Makcik ni baru je buat "housewarming" rumah yg dah bersawang :))

    ReplyDelete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. Salam OZ..... lama sungguh tak berentri ni. Bizi ke?

    ReplyDelete
  10. Cepat update entri baru
    Kakak suka tengok Irin puteri dan Fiedtri Yahya
    Da'i pun dah selesai

    Cepat! Capat! hihi...

    ReplyDelete
  11. salam awak..

    lamanya tak melawat sini!!
    :)

    ReplyDelete