Showing posts with label Kek Buah Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kek Buah Kukus. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

SIAPA NAK TAHU?

Salam..

2 hari lagi menjelang Ramadhan.  Suasana memang dah terasa.  Panas berbahang seperti yang digambarkan dengan erti Ramadhan itu sendiri.  Maka itulah yang kita alami sekarang ini.  

Kesian tengok si kecil yang baru nak belajar berpuasa dengan cuaca terik.  Kehausan dan kekeringan itu sudah pasti.  Tak pelah si kecil, belajarlah menahan keperitan berpuasa ini.  Pasti ganjarannya amat besar.

 Orkid kat laman mak yang baru bunga.  Anak-anak kita umpama putik bunga orkid ini.  


Kalau dibaja, disiram dijaga, dibelai, diajar.. pasti membesar jadi manusia berguna.

Cantik kan..

Baiklah... ada yang bertanya dari manakah asalnya resepi kek Kukus Asli Kuang ini.  Bukan...bukan dari Kuang sudah pasti.  Ianya berasal dari Johor sebenarnya.  Usianya menjangkau puluhan tahun.  Resepi antik kata Precious emak.  Bayangkan orang dulu-dulu travel naik keretapi dari Selangor ke Johor Baharu untuk mencari ilmu baking. Kita sekarang senang, masuk je internet search google terus dapat resepi apa yang kita hendak.  

Tuan punya resepi.  Siapa nak resepi Kek Buah Kukus yang antik ini, tanyalah dengan Hajah Cik Wok. Kacip yang dipegang tu pun antik gak tu..

Atas pengalaman sendiri, resepi yang kita beli dan pelajari dari mereka yang berpengalaman atau chef-chef dari sekolah baking tidak sama dengan resepi yang kita ambil dari internet.  Percayalah.  Nilai wang yang kita labur untuk resepi dengan resepi percuma pasti lain.  Betul kan..  


Resepi Kek Buah Kukus yang disalinfoto bertarikh 1954

Saya pernah bercerita mengenai buku resepi 1954 ini yang bertulisan jawi.  Naik berpusing mata membaca tulisan jawi yang kecil..almaklumlaaa... membaca tulisan jawi ini seperti kecacatan kepada saya kan... heheh.. berputar mata menterjemahkan tulisan ini ke dalam tulisan rumi.  Berkat 'sabar' dapat jugak.. hahaha..

Dalam buku ini banyak resepi kek dari kek pelangi, kek dam (sedap giler kek ni), sampailah ke royal icing dan resepi fondant.  Susah nak percaya zaman tu ada royal icing dan fondant tapi itu lah hakikatnya.  

Punyalah antik sampai ukuran yang digunakan pun TIN CIGERETTE (tin rokok ye).. jenuh!.. 

dan resepi asal mengandungi 1 sudu teh RUM.. kalau letak tak patuh syariah tu... tak dapat sijil HALAL... kehkeh..

Dried mixed fruit perlu dibasuh, dikering dan digaul tepung terlebih dahulu.  Ingat tu.. tips!.. foto google


Kek Buah dikukus selama 4 jam.  Kek bertahan selama 1 bulan tanpa bahan pengawet tak perlu simpan dalam petiais, in sha Allah..


Selain dari itu, untuk mengekalkan kelembapan kek, saya cadangkan sahabat-sahabat sekelian membalut kek buah ini dengan aluminium foil dan simpan dalam bekas bertutup.



Okelah, bersempena Ramadhan ini izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan.

Saya ingin memetik kata-kata ustaz dalam ruangan Usrah Nurani, radio IKIM
"Ketuklah Pintu Ramadhan dengan taubat, kerana tanpa taubat kita bakal memasuki gerbang Ramadhan dengan kaki yang terantai bebola besi"

Selamat beramal, mengikat hati dengan kesabaran, istiqomah berterusan dalam ibadah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Tuesday, July 2, 2013

SESAPE MINAT BOLEHLAH EMAIL SAYA YE...

Salam semua!!

Rasanya ramai yang dalam mood puasa.  Mencari keberkatan Syaaban yang tinggal beberapa hari je lagi ni. Menyiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjengah tak lama lagi.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dan yang penting tak rugi.

Oke lah, kali ni saya nak syer gambar (gambar je heh!).  Kek buah kukus ni resepi tradisi.  Tidak di'alter' walau sedikit.  Tu pesan emak.  Resepi ni dah berusia puluhan tahun.  Kat mana dapat?  Ha.. dalam buku resepi bertulisan jawi kepunyaan mak saya.  

Tayang yang belum potong.  Hak yang ni berat 1kg.  RM35.00 je..

Masuk tahun ni dah 4 tahun saya berniaga kek kukus ni untuk Syawal.  So kalau sesiapa berminat nak merasa kesedapan Kek Kukus Resepi lama ni, boleh la email saya rozanothman@yahoo.com.my.  

Tunjuk gambar potong.. tu bukan tangan saya tapi tangan my sister.  Dia yang selalu mengadun dan mengukus kek ni sebab dia fulltime housewife.  Setiap Syawal kami sama-sama mengusahakan pembuatan kek kukus ini. Saya akan tolong bila ada masa.

Nampak... moistkan... buahpun tak kedekut kan..

Saya jamin rasanya sedap, lembab, kaya buah-buahan kering dan tahan lama walau tidak disimpan dalam petiais.  Lagi lama simpan, lagi lembab tau.  Kesedapan kek ni di'endorse' oleh Chef Hanieliza. In Sha Allah tak mengecewakan.

Sedap.  Mak abah mesti suka kek ni.  

Pesan mak "kalau kita membahagiakan orang lain, pasti Allah akan membalas dengan membahagiakan kita pulak".  

Jadi, jangan kedekut bila berniaga.  Ikhlas untuk membuat orang lain gembira.  


Kalau nak buat hamper pun boleh, nak buat buahtangan perkahwinan pun boleh.  Bulan Oktober ni majlis resepsi anakbuah, kami jadikan kek buah kukus ni sebagai buahtangan tetamu.  Sangat classy.  Nanti upload gambar bila dah siap nanti.

 Kek buah kukus saya untuk 1kg rm35.00 dan untuk 2kg (size 10 tin empatsegi). Harga cuma rm70.00 sahaja.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua.

NOTE :-  Pada yang nak resepi KEK KUKUS BUAH yang saya belajar di Sekolah Baking, rasanya pun sedap..cuma tak sesedap resepi lama ni.. saya akan upload tak lama lagi.  Bagi saya kukus dulu hak resepi yang tu dan tayang kat sini ye..

Bye alls..