Showing posts with label family event. Show all posts
Showing posts with label family event. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

AKHIR 2014 AWALNYA 2015

Assalamualaikum

Saat saya menulis ini, tangan bermain di keyboard tetapi telinga mendengar kuliah Ustazah Norhafizah, tajuknya Sentiasa Untung.

Takde siapa mahukan kerugiankan, semuanya inginkan keuntungan.  Antara ciri orang yang sentiasa untung ialah orang yang menginfakkan hartanya kepada jalan Allah.  

Disaat negara ditimpa bencana banjir besar yang melanda kebanyakkan negeri, inilah masanya, kalau tidak mampu dengan harta, kita bantu dengan kederat, kalau kederat tiada kemampuan, kita bantulah dengan doa.  Mari sahabat infakkan yang mampu, tolong yang boleh dan panjatkan doa sebanyak-banyaknya kepada saudara kita yang ditimpa bencana.

Didalam suasana pilu dan suram menyelubungi negara, rasa berat untuk upload gambar-gambar ini. Tapi di sinilah diari saya, mengabadikan kenangan bersama keluarga.

Akhir Disember, 28hb kami ke sini.  Meraikan emak.  Meraikan harijadi anakbuah. Dah ramai yang bercerita mengenai sedapnya makan di sini dan murahnya makanannya.  So, saya tak mahu bercerita pasal restoren popular ini.  


Keluarga kami sudah mula membesar.  Anak-anak dah mula mendirikan rumahtangga.  Tak lama lagi cucu-cucu kami pula akan berlari ke sana-sini memeriahkan suasana.  Kami juga sudah berensot umur matang, precious emak sudah terlalu lanjut usianya.  Inilah permintaannya, berkumpul makan bersama.


Walaupun keluarga Angah (kakak), dan keluarga Culit (abang) tidak dapat datang, precious emak senyum hingga ke telinga.  Gembira sangat nampaknya.  Alhamdulillah.



Kami tempah lima meja untuk 'cater' 20 orang ahli keluarga. Setiap meja dihidangkan makanan ini dan lauk-pauk yang lain, tomyam, ikan kerapu tiga rasa, ikan stim limau, ikan stim halia.  Alhamdulillah, cukup rasa, cukup sedap dan cukup untuk semua orang makan puas.


Along sangat suka ketam. So ketam sweet and sour, sweetnya berkakakkan Along yang bertungkus lumus menolong arwah Abah membesarkan kami.  Sournya kehidupan along sebab mengorbankan waktu remajanya untuk kami.  Terimakasih along.



Tinggal hampas, tapi memori bersama bersenda gurau, gelak ketawa di sini tetap 'juicy' sehingga bila-bila.



Lihat, senyum precious emak.  Semoga emak terus berbahagia hingga ke akhir hayat, in sha Allah.



Birthday Zulfiqar jatuh pada 31hb Disember.  Genap 17 tahun. 



Kalau nampak dari gambar, macam mengada-ngada.  Biar mengada-ngada asal kemesraan itu kekal menjadi pengikat kasih-sayang kamu berdua.

Sehingga ke lain kali, wassalam.










Saturday, December 20, 2014

YANG TERINDAH OKTOBER DAN NOVEMBER 2014

Assalamualaikum

Beberapa minggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 2015, meninggalkan 2014 dengan pelbagai kenangan pahit manis, suka dan duka.  


Yang manis kita pahatkan dalam kenangan, dan yang pahit jadikan sempadan semoga menjadi panduan di masa hadapan.

Sepanjang hampir 6 bulan tidak membuat apa-apa update dalam diari Sekadar Coretan Buat Kenangan ini, saya coretkan beberapa kenangan indah dalam keluarga Osman.

MAHLIGAI CINTA IWAN & SUZIE

Bunga pahar yang kami bawa dari Selangor ke Kedah sebagai iringan

Harum sungguh wangian rampai
Perkahwinan Iwan dan Suzie sudahpun sampai

Bulan Oktober termetri satu ikatan yang lama ditunggu keluarga kami.  Anak buah lelaki sulong diijabkabul.  Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Pernikahan di Sungai Petani 24/10/2014 Malam 1 Muharram 1436H.  Semoga kekal hingga ke akhirnya

Makcik-makcik (kamii le tuu)..dan adik pengantin, si minah engine

Baju pengantin cantik kan.. kalau minat 

GROOM & BRIDE BY ARMA ABD RAHMAN WEDDING COUTURE
Sila hubungi 03-8999 4729 (boutique) , 017-3288893 (syenell)

Gambar cantik dibidik oleh Angah, Heri Besi.. kalau minat nak abadikan gambar cantik di hari bahagia, bolehla kontek angah di facebook beliau.  Saya juga pernah berikan nombor talipon semasa update diari ini perkahwinan anak buah yang lepas.




Cantik menawan pengantin perempuan.  Abang bambam bawak kamera tu la si pembidik gambar, Mohd Haire Zainal ataupun Heri Besi. Nota :- gambar ini dibidik oleh saya pakai kamera fon je.. 


Gagah bergaya si pengantin lelaki

Osmanian muda. Pakcik dan anak-anak buah.

7 Nov 2014, Resepsi di sebelah kami pula
Pengapit dua dua masih solo, tapi pengapit perempuan dah ada yang cop.. pengapit pengantin lelaki masih trang tang tang...

Telur tetap menjadi pilihan sebagai simbul kesuburan.  Osmanian DIY membuatnya


Siap sedia My Precious jadi 'pengiring pengantin'.

Pelamin cantik tajaan boss Suzie.  Terimakasih boss.

Pembidik foto nombor satu, Heri Besi, gambar terbaik!

Inilah kami... The Osmanian...

HADIAH TERINDAH 1ST WEDDING ANIVERSARY
AFIQ & SYAKILA


Kenduri Aqiqah cukur jambul Ariq, Osmanian termuda

Si bunga telur

 Buai berendoi

 Si anak, Ariq Aryan

Bidadari... nenek dan ibu

Kepala Ariq memang dah dicukur awal oleh atok Zulhaidi..

Tunggangan Ariq.. sedapnya laaaa

 Famili Ariq belah ibu

Famili Ariq belah abah, the uwannssss... hehe

Baiklah, sampai di sini dulu.  Saya ingin mengucapkan Selamat 
Menyambut Tahun baru 2015, semoga tahun ini membawa lebih kebahagian kepada kita.

Tetapkan azam, teruskan usaha, istiqomah dan berdoa.  Semoga usaha kita menemui kejayaan dunia dan akhirat.  

Jumpa lagi pada tahun depan sekiranya masih dikurniakan rezeki kesihatan dan umur oleh Yang Esa.


Saturday, June 14, 2014

OSMANIAN BERJUMPA LAGI

Assalamualaikum sahabat.

Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan, bulan seribu rahmah.  Kita juga baru saja melalui malam Nisfu Sya'aban, malam diangkat segala amalan kita.  Namun, bukan pada malam itu sahaja amalan diangkat, tetapi setiap hari iaitu pada waktu Subuh dan Asar juga setiap minggu iaitu Isnin dan Khamis.  Menurut ustaz, ada hadis sahih mengenai ini.

Semoga kita semua istiqomah mencari yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat.



Minggu ini juga minggu terakhir anak-anak bercuti sekolah.  Mak abah zaman ini ramai yang prihatin. Mengatur bermacam-macam aktiviti untuk mengisi masa anak sepanjang cuti sekolah.  Apapun apa yang diatur emestinya untuk kebaikan anak-anak kita.  Berjalan sudah, beraktiviti sudah, balik kampung sudah, sekarang anak-anak perlulah fokus pada pembelajaran bagi setengah tahun lagi ini.



Berjubah di hari terakhir Klinik Hafazan Al-Bahgdadi. Harap lepas ni lebih mudah menghafaz mengikut kaedah yang dah diajar, in sha Allah.


Saya juga ambil kesempatan cuti sekolah untuk buat perjumpaan keluarga.  Kan keluarga kami memang suka makan-makan.  Kali ni untuk Birthday Bash May kami buat BBQ potluck.  Lokasi kami ubah dari beranda depan ke bahagian belakang rumah.  Lebih tenang, lebih banyak angin dan lebih luas.

Pagi-pagi precious kakak nombor 5 dah ke Pasar Borong Selayang beli segala seafood yang kami dah bincang.  Saya dan sepupu di rumah sudah siap sedia dengan bahan perapan.


Bahan perapan udang mudah saja.  Kami tak de resepi tertentu.  Semua resepi campak-campak. Cuma letak serbuk kari, halia sikit, serai sikit, gula sikit, serbuk cili sikit, bawang merah dan bawang putih, blend dan perap.



Sotong kami tak letak serbuk kari, lain-lain bahan sama seperti perapan udang.


Ayam kami sudah sediakan awal sebab nak perap lebih lama.  Bahan-bahan perapan ayam pun tak de resepi tertentu, cuma bawang merah, bawang putih, serbuk cili, perahan lemon, gula sikit, letak serai banyak-banyak, halia, lepas tu perap semalaman.


Ini pula kambing.  Saya suka kambing panggang.  Jadi portion ni saya sponsor.  Saya cuma blend serai, minyak jagung, bawang merah, bawah putih, gula perang kemudian blend kering lada hitam banyak-banyak, campurkan semua dan kemudian letak rosemarry kering.  Campur semua bahan dan sapu atas lamb dan perap.  Biar bahan meresap dalam daging kambing dalam satu ke dua jam, dah tu masuk dalam bekas tutup, simpan dalam peti ais.

Sebagai pelengkap kambing, kami sediakan mash potato dan brown sause.  Mash potato saya rebus sampai empuk.  Lenyek-lenyek kan sampai hancur sepenuhnya, kemudian campurkan sedikit butter, serbuk lada hitam.  Campurkan semua, akhir sekali masukkan susu sedikit demi sedikit sampai mash potato jadi smooth.

Untuk brown sause, ni resepi kawan-kawan chef.  Panaskan lebih kurang 2 sudu butter, dan masukkan bawang holland yang dicincang.  Biarkan layu dan dimasukkan lebihkurang 2 sudu besar tepung gandum.  Goreng sampai tepung jadi perang.  Dah tu masukkan pulak stok ayam atau 2 cawan air dicampur dengan kiub ayam.  Biarkan mendidih dan campurkan lada hitam yang diblend halus.   Masukkan sos tiram sikit, kicap sikit untuk jadikan warna dia gelap sikit.  Tapi saya tak nak dia hitam sangat, jadi saya tak masukkan kicap.  Masak sampai kekepekatan yang kita nak.



Kambing bakar, campur kentang lenyek, campur salad campur udang tercucuk lidi 2 ekor.


Rumah kami tak de tempat membakar,  jenuh la memikir macam mana nak buat tempat membakar ini.  Lepas ni nak minta tolong Haris buat tempat BBQ kat belakang ni.  Bolehlah bakar ikan atau sate ke lepas ni.  Babah dok mikir macamana nak buat tempat bakar.


Alhamdulillah, belakang rumah luas.  Orang lain sibuk kat dapur, Makyong ambil kesempatan rehat jap main-main bola ngan Firhan.  Seronok bersantai di belakang rumah.


Permintaan Precious Emak,  ikan bakar.  Kami cuma letak serbuk cili dicampur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.  Lumur semua atas ikan dan balut dengan daun pisang.  Siap.


Saya amat berharap dan berdoa supaya ikatan kami adik-beradik sentiasa rapat dan harmoni bukan setakat masa emak masih ada tetapi sehingga bila-bila.  Angah (kakak no 2), seperti biasa tetap tidak dapat menghadirkan diri bila kami buat makan-makan.  Teringin nak jumpa cucu-cucu saya Mira, Kila, Adam dan Alisya.  Abang no 3 juga tak dapat datang.  Tak de lah rezeki nak jumpa dengan anak-anak buah Alif dan isteri, Mirol dan adik bongsunya.


Kalau dulu, masa arwah Wan masih ada, dialah yang akan sibuk setiap kali buat kenduri.  Sekarang, rumah ni dah jarang mengadakan kenduri gotong royong.  Kalau ada pun semuanya pakai katering.  Kadang rindu suasana sibuk kenduri gotong royong ni.

Hari ni, wan dah tak de dan emak pulak dah tak mampu nak buat kerja masak memasak.  BBQ ni pun dia takut nak melangkah longkang di belakang rumah.  Jadi dia duduk di dapur je sambil mulutnya becok bercakap macam-macam.


Masing-masing sibuk bergadget, sibuk berselfie.  Generasi Y memang punya personaliti berbeza dengan Gen X seperti saya.  Apa yang penting budaya hormat menghormati, faham memahami patut terus dipraktiskan.

 Saya juga berdoa, agar kerjasama seperti ini terus dapat dipupuk di kalangan anak-anak nanti.


Inilah barisan kelahiran bulan May dan June.  Kak Hana ibu BFF Muaz juga ada sama menyambut.  Happy Birthday Kak Hana.


 Famili Kak Hana


Sangat berselera makan di taman belakang rumah Emak. Saya juga berharap segala anugerah Ilahi yang kami kecapi pada hari ini kekal sehingga ke anak cucu nanti.


 Si bulu menumpang rezeki di sini.  Kekenyangan.


Sampai di sini dulu.  

Saya ingin berkongsi kata-kata hikmah dalam ceramah Ustazah Norhafizah, kata-kata yang sangat indah.

"Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki, lalu dari mana kita belajar ikhlas.

Jika semua yang kita impikan segera terujud, lalu dari mana kita belajar sabar.

Jika setiap doa kita terus dikabulkan, lalu bagaimana kita dapat belajar ikhtiar"

Marilah kita bersedia untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba. Penuhkan dada dengan ilmu supaya Ramadhan tidak berlalu sia-sia.

Wassalam dan jumpa lagi.